Isnin, 20 September 2010

Ikut Laut Atau Ikut Udara

Pulau Redang adalah salah satu  daripada 9 buah pulau yang membentuk Taman Laut Negara iaitu Pulau Lima, Pulau Paku Besar , Pulau Paku Kecil , Pulau Kerengga Besar,  Pulau Kerengga Kecil , Pulau Ekor Tebu , Pulau Ling dan Pulau  Pinang. Pulau Redang merupakan pulau yang terbesar di Terengganu dan satu-satu yang mempunyai landasan kapal terbang.. Di sebelah kanan pulau ini ialah Pulau Bidong dan sebelah kiri ialah Pulau Lang Tengah dan Pulau Perhentian dan gugusannya. Perjalanan yang sejauh 21 km ini akan mengambil masa hampir 1 jam dengan bot dan 50 minit dengan perjalanan udara dari Subang ke pulau ini.
Keseronokan bercuti mula terasa apabila anda sampai di jeti  Merang di mana anda dapat melihat deretan gerai  yang menjual cenderahati, panaroma Sungai Merang dan pertemuan  antara sungai dan laut. Di tepi pulau ini terdapat lagi sebuah pulau yang bernama Pulau Pinang. Di sini terletak Taman Laut  yang menjadi tumpuan aktiviti snorkeling kerana keindahan batu karang dan ikan yang cantik. Di pulau ini  terdapat dua jeti utama iaitu di kawasan kampung ( kawasan penduduk kampung) dan di Pasir Panjang ( kawasan resort).
Kebiasaan pelancong datang ke sini melalui operator pelancong yang mengatur perjalanan dari jeti Merang atau melalui perkhidmatan udara terus ke pulau ini (landasan kapal terbang kepunyaan Berjaya Group). Melalui pakej ini pelancong akan membawa anda snorkeling, skuba, mengail/bercandat, pusing pulau dan melihat penyu bertelur.
Air laut ini di sini memang jernih hingga dapat melihat ikan dan coral tanpa menyelam. Anda letak secebis roti di permukaan air dan sekejab lagi beratus ikan berebut-rebut untuk makan. Anda akan terleka. Anda bertambah geram untuk menangkap ikan dengan tangan anda. Itu fenomena biasa apabila anda berkunjung ke pulau ini.
Di kawasan pulau ini terdapat dua buah bangkai kapal perang British iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse  yang telah ditenggelamkan di sini  semasa Perang Dunia Kedua. Keindahan coral dan ikan yang berwarna warni menjadikan daya tarikan utama pelancong asing ke sini.

INFO UNTUK KE PULAU INI

Lokasi
Pulau Redang terletak berdekatan dengan Pulau Bidong dan Pulau Lang Tengah   di   Laut China Selatan. Tempat menaiki bot ialah di Jeti Merang atau Jeti Jabatan Laut, Terminal Feri  Shahbandar, Kuala Terengganu


Keluasan
Pulau ini mempunyai keluasan 7 km.

Jarak 
40 km dari Kuala Terengganu  ke jeti Merang

100 km dari Kota Bahru ke jeti Merang
21 km dari Jeti Merang ke Pulau Redang
45 km dari Jeti Jabatan Laut, Kuala Terengganu   ke Pulau Redang


Penginapan

Redang Kalong Resort
 
Redang Reef Resort
 
Redang Holiday Resort
 
Redang Bay Resort
 
Redang Mutiara

  Redang Beach Resort

  Ayu Mayang
 
Laguna Redang Resort

  Coral Redang Resort

  Sari Pacifica Resort

  Berjaya Redang Beach

  Redang Lang Resort

  Lang Sari Resort

 D'coconut Lagoon Resort
 
 
Berjaya Redang Resort
P.O. Box 126, Main Post Office,
20928 Kuala Terengganu, Terengganu,
Tel: 09-6308866, 09-6308888, 1-800-8000-3838
Faks: 09-6308855
Laman Web: http://www.berjaya-redang.com
Emel: reservation@b-redang.com.my

Bahtera Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot PT 3207 P, Tingkat 2, Jalan Petani,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6301610

Laguna Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
S-5, Ground Floor, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6222907, 03-21411188

Redang Bay Resort Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.139, Jalan Bandar,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6203200

Redang Islands Marine Advanture Sdn. Bhd
No. 35, Jalan Bandar,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242236

Redang Kalong Resort Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 57, Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6221591, 03-79607163, 03-79608163

Redang Pelangi Resort Tour & Travel Sdn Bhd
No. 2-A, Jalan Syed Hussein,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242158

Redang Reef Resort Travel & Tours S. Bhd
167, Jalan Bandar,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6226181

Sri Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.5, Ruang Niaga MPKT, Gong Kapas,
Jln. Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6221229
 
Wisana Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot PT 3204P, Tingkat 2, Jalan Petani,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6227840

Pengangkutan

Untuk ke Pulau Redang , bot akan disediakan oleh pengusaha hotel dan perkhidmatan udara untuk tetamu yang menginap di Berjaya Redang Resort.


Perkhidmatan udara dengan   Berjaya Air

Stesyen Kereta Sewa/Teksi Bandar Permaisuri
22100 Setiu, Terengganu
Tel: 019-9580488


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu

Tel: 09-6979840
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Pulau mempunyai keindahan semulajadi baik di daratan atau di dasar laut.Tempat ini adalah tempat snorkeling dan scuba yang popular.

2 ulasan:

C L J berkata...

Mengapa tidak selalu ada penganjuran penganjuran tertentu menggunakan sumber alam yang unik dan menarik seperti dalam gambar itu. Kreatif la sikit.

wamora wasa berkata...

maksud penganjuran apa..xafahm..
siapa yg kreatif