Memaparkan catatan dengan label Taman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taman. Papar semua catatan

Khamis, 30 September 2010

Satu-satu Di Dunia

Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man  mula beroperasi pada 3 Febuari 2008. Taman yang seluas  23 hektar mengandungi  taman tema, tasik, dewan besar, jeti, kedai cenderahati, kedai makan, rumah rehat dan Masjid. Kebanyakan bangunan yang dibina mempunyai rekabentuk islam.
Sebanyak 21 buah replika masjid, tugu dan monumen yang terdapat diseluruh dunia islam telah dibina di taman tema ini. Sebagai taman hiburan yang berinteraktif  berunsurkan pendidikan  islam, amat sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan umur.  Selain daripada itu kita dapat mempelajari kecemerlangan tamadun islam di zaman dulu.
Pintu gerbang  yang tersergam indah di taman ini akan menyambut kedatangan anda. Untuk memasuki taman tema, anda perlu membeli paspot  (tiket). Paspot ini  mengandungi maklumat tentang replika  dan digunakan  sebagai panduan untuk melawat. Setiap tempat  yang dilawati, paspot anda akan dicop untuk menandakan anda sudah sampai ke tempat ini.
Anda akan dibawa dengan tram untuk mengelilingi taman ini. Selain daripada melawat replika, anda boleh bermain di tema hiburan seperti buaian. Setelah selesai melawat taman tema ini, anda boleh menjamu selera di D Beteng dan membeli cenderahati serta  pakaian di galeri kedai. Anda boleh menaiki bot atau perahu untuk menyusuri sungai (river Cruise) melihat  pemandangan dan  pulau-pulau yang terdapat di  Sungai Terengganu.
Selepas itu kita boleh bersolat di Masjid Kristal yang berhawa dingin terletak di permukaan sungai. Nikmatilah keindahan Masjid Kristal  yang hanya ada di Terengganu sahaja.

INFO

Lokasi
Taman Tamadun Islam,
Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang ,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Kontek
Tel: +609 627 8888
09-6278909/019-9422068
sales@tti.com.my

Jarak
5 km dari pusat Bandaraya


Replika Masjid
  • Masjid Negara (Malaysia),
  • Dome of the Rock (Palestin),
  • Masjidil Haram (Arab Saudi),
  • Al-Hambra Citadel (Spain)
  • Taj Mahal (India).
  • Mimbar Kalyan (Uzbekistan),
  • Makam Abu Nasr (Afghanistan),
  • Mimbar Berputar Samarra (Iraq),
  • Masjid Mohd Ali (Kaherah),
  • Masjid Besar Qairawan (Tunisia),
  • Masjid Besar Agadez (Nigeria),
  • Aleppo Citadel (Syria),
  • Masjid Kul Syarif (Russia)
  • Mimbar Xian, China.
Bayaran Masuk Taman Tema
RM 10.00 - dewasa
RM5.00 - kanak-kanak

 
Tambang Bot
Rm10 seorang selama 50 minit
Sewa bot Kolek -RM90 sebuah bot 6 penumpang selama 1 1/2 jam
Sewa bot Payang - RM150 sebuat bot 12 penumpang selama 1 jam

Pengangkutan
Bas Bandar (antik) atau teksi

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6664067

Cas Ligas Sdn. Bhd.
Tingkat 9, Menara Permint,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Tel :+609-6278000 begin_of_the_skype_highlighting              +609-6278000      end_of_the_skype_highlighting (samb 8170)
Faks :+609-6233880
pertanyaan@casligas.com.my


Pengangkutan
Bas atau teksi 

 
Perhentian Teksi/Kereta Sewa
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
Jalan Masjid Abidin
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
 Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
1300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067

Penginapan

 
Permai Inn HotelJalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6222122Faks: 09-6222121
http://www.permainnkt.com.my
Emel: sales@permaiinnkt.com.my

Batu Burok Beach Resort
No. 906A, Jalan Pantai Batu Burok,
 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6221410Faks: 09-6232904
Emel: bbbr@batuburukbeachresort.com

Felda Residence Kuala Terengganu
Jalan Hiliran,
21400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6321111 Fax: 09-6321122
Email: reservation.frkt@felda.net.my

Keistimewaan
Boleh memandu kenderaan sendiri ke pulau ini, berdekatan dengan kerepok losong dan Muzium Negeri (yang terbesar di Asia Tenggara) dan Masjid Kristal.


Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Masjid Kristal Yang Berkelip-kelip

Taman Tamadun Islam  (TTI) terletak di Pulau Wan Man merupakan tempat tumpuan utama  pelancong ke Terengganu. Ada pelancong yang ingin datang ke Terengganu kerana semata-mata untuk bersolat di Masjid Kristal dan melihat sendiri 21 monumen masjid. Begitu hebatnya taman ini yang hanya ada di Terengganu sahaja.
Apabila tiba disini, anda boleh menaiki  perahu gendola untuk menyusur Sungai Terengganu yang cantik dengan alam semulajadinya. Anda akan dibawa ke Muzium, Pulau Sekati, Pulau Duyung, Pengkalan Kerepok dan Pulau Warisan. Anda akan mengalami pengalaman baru apabila perahu ini akan tiba di muara sungai.
Anda juga dapat melawat Dewan Utama Taman Tamadun Islam yang cantik rekabentuknya. Dewan yang boleh memuatkan seramai 3000 orang  digunakan untuk majlis graduan, pamiran, pertandingan dan sebagainya. Kedudukan di tepi sungai menambahkan lagi keindahan bangunan ini.
Mercu tanda Pulau Wan Man ini ialah Masjid Kristal yang terletak di atas sungai. Dinding masjid yang diperbuat daripada kaca begitu tersergam indah. Pada waktu malam, masjid ini bertambah cantik lagi kerana kubah dan menara masjid akan bertukar warna. Masjid yang berhawa dingin ini boleh memuatkan jemaah seramai 1000 orang dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

INFO

Lokasi
Taman Tamadun Islam, 

Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang ,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Kontek
Tel: +609 627 8888
09-6278909/019-9422068
sales@tti.com.my

Jarak
5 km dari pusat Bandaraya


Tambang Bot
Rm10 seorang selama 50 minit
Sewa bot Kolek -RM90 sebuah bot 6 penumpang selama 1 1/2 jam
Sewa bot Payang - RM150 sebuat bot 12 penumpang selama 1 jam

Pengangkutan
Bas atau teksi 

 
Perhentian Teksi/Kereta Sewa 
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
Jalan Masjid Abidin  
20100 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel: 09-6242694

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa 
 Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 
1300 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel: 09-6664067

Penginapan
Permai Inn HotelJalan Sultan Mahmud, 
20400 Kuala Terengganu, Terengganu. 
Tel: 09-6222122Faks: 09-6222121
http://www.permainnkt.com.my 
Emel: sales@permaiinnkt.com.my

Batu Burok Beach Resort 
No. 906A, Jalan Pantai Batu Burok,
 20400 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel: 09-6221410Faks: 09-6232904 
Emel: bbbr@batuburukbeachresort.com

Felda Residence Kuala Terengganu 
Jalan Hiliran, 
21400 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel: 09-6321111 Fax: 09-6321122 
Email: reservation.frkt@felda.net.my

Keistimewaan
Boleh memandu kenderaan sendiri ke pulau ini, berdekatan dengan kerepok losong dan Muzium Negeri (yang terbesar di Asia Tenggara) dan Masjid Kristal.


Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan 

Khamis, 19 Ogos 2010

Hutan Dalam Bandar

Rimba bandar adalah satu konsep untuk mewujudkan sebuah hutan dalam bandar bagi penduduk bandar menghirup udara bersih dan mengurangkan suhu panas. Di Dungun terdapat rimba bandar di Bukit Bauk yang mudah dikunjungi kerana terletak ditepi jalan utama .
Di Rimba Bandar ini terdapat dataran untuk pengunjung bersenam ringan sebelum berjogging. Sebuah trek jogging disediakan untuk pengunjung beriadah. Trek jogging dibina melalui celah-celah pokok besar dalam hutan bagi memberi kepuasan kepada pengunjung.
Di dataran ini terdapat pondok bagi keselesaan pengunjung untuk berehat dan menjamu selera. Kerusi atau bangku kecil diletak ditepi hutan bagi membolehkan pengunjung menghayati panaorama hutan yang cantik. Hutan ini juga menjadi tempat jurufoto merakam keindahan semulajadi hutan dan yang ingin latarbelakang hutan.
Rimba ini terdapat jenis kayu balak yang bermutu seperti cengal, bintan, meranti, balsa, nyatoh dan sebagainya. Pengunjung boleh melihat sendiri pokok kayu hutan dan pokok herba.


INFO

Kepunyaan :

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan - 09-844 1404

Nama :
Rimba Bandar Bukit Bauk

Lokasi :
Teletak di tepi jalan utama Dungun ke Paka

Jarak :
6 km dari Bandar Dungun
85 km dari Kuala Terengganu

Kemudahan :
  • Pusat penerangan
  • Tandas
  • Surau
  • Dataran hijau
Aktiviti :
  • Rekreasi
  • Ekopelancongan
  • Aktiviti lasak
  • Memanjat batu
  • Mendaki bukit
  • Merentas hutan
  • Flying fox
      Lain-lain info - sila klik

     Hotel

     Agensi Pelancongan

     Teksi

     Bas

    Sabtu, 14 Ogos 2010

    Bermain Dengan Puteri

    Tasik Puteri adalah tasik buatan manusia yang ditakung dari sungai Besul. Sungai Besul pada masa dulu amat penting kepada perlombongan bijih besi kerana airnya digunakan untuk membersih bijih.
    Dengan keluasan 131 hektar, Tasik Puteri menyediakan aktiviti berteraskan air. Aktiviti sukan berteras air ialah berkayak, power boat, bot kawalan jauh, paddle boat, memancing dan sukan air.
    Selain daripada itu, Tasik Puteri mempunyai air terjun, kawasan perkhemahan, taman permainan kanak-kanak dan padang permainan golf. Lain-lain kemudahan surau, gerai makan, tandas dan pondok berehat.
    Kunjungilah Tasik Bukit Besi yang mempunyai flora yang cantik dan sesuai dengan pelancong yang suka kepada air dan warisan sejara.


    INFO

    Di Miliki
    Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

    Kontek
    Tasik Puteri - 09 822 3100

    Kelab Golf - 019 956 4760

    Lokasi
    Bukit Besi, Dungun, Terengganu

    Green Fee Golf
    RM75 untuk seorang
    RM110 untuk berdua
    Bayaran termasuk buggy & Green Fees 18 lubang


    Rekreasi Air
    Masa
    8.30 pagi - 6.30 petang

    Bayaran
    Kayak - RM3.00 selama 30 minit
    Paddle - RM4.50 selama 30 minit

    Penginapan
    Chalet 6 bilik dari RM80-RM150 yang terletak berdekatan Rumah Kelab Golf

    Jarak
    77 km dari Kuala Terengganu

    33 km dari Dungun


    Keistimewaan
    Lubang 17, Par 5 mempunyai pemandangan yang cantik ditepi tasik yang dikenali sebagai ''signature Hole' .

    Tasik yang terbesar hasilan sejarah pembangunan Bukit Besi.



    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

    Penerbangan


    Jumaat, 30 Julai 2010

    Berehat Dengan Rhu Madu

    Pelancong yang datang ke Terengganu dengan kenderaan sendiri, apabila rasa penat memandu berhenti sekejab di Taman Rekreasi Rhu Madu, Jambu Bongkok. Taman ini terletak selepas Rantau Abang ( dari arah Dungun ) dan kedudukan cukup strategik kerana pertengahan jalan ke Kuala Terengganu.
    Di sini terdapat pondok atau tempat berteduh untuk berehat bagi melepas kepenatan. Pondok ini terletak di tepi alur berhampiran pantai. Suasana di taman ini cukup damai dan tenang dengan tiupan angin pantai.
    Jika bawa bekalan makanan, anda boleh makan di sini atau membuat susu anak. Sambil makan sambil melihat pemandangan di sekeliling taman. Pohon-pohon rhu melambai-lambai apabila ditiup angin dan menghasil bunyi yang merdu. Burung helang banyak bersarang di atas pokok rhu.
    Taman ini terdapat kedai makan dan tandas untuk kemudahan pelancong. Jangan lupa berhenti di taman ini untuk melepaskan keletihan memandu .

    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

    Penerbangan

    Sabtu, 24 Julai 2010

    Taman Rekreasi Pulau Kerengga

    Taman Rekreasi Pulau Kerengga, Marang terletak 35 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Taman ini dianggap menarik kerana dibina berhampiran sungai dan pantai.
    Taman ini terdapat sebuah padang permainan untuk kanak-kanak bermain. Di kawasan ini terdapat banyak pokok rendang yang sesuai untuk berteduh dari sinaran matahari.

    Pondok-pondok kecil dibina di sekitar taman ini bagi memboleh pengunjung duduk dengan selesa. Kawasan letak kereta cukup luas.
    Di bahagian belakang taman dibina sebuah jambatan merentasi sungai untuk menuju ke bahagian pantai. Sebuah pondok dibina di atas sungai melihat pemandangan sungai dan pokok nipah.

    Isnin, 12 Julai 2010

    Menara Keindahan Marang

    Menara ini terletak di tepi sungai, bandar Marang. Untuk sampai di sini anda perlu membelok ke kanan ( dari arah Dungun) di Lampu isyarat Bangunan MARA/Majlis Daerah Marang atau belok ke kiri ( dari arah Kuala Terengganu). Bandar Marang dengan Bandaraya Kuala Terengganu sejauh 20 km sahaja.
    Menara yang setinggi 20 kaki dibina di tepi sungai bagi memudah pelancong melihat dan menekmati pemandangan yang indah di kawasan sungai dan muka kuala. Dari sini kita akan dapat melihat bandar Marang seperti masjid, pasar, pasar minggu, deretan kedai makan dan bangunan perniagaan.
    Jauh di sana ternampak Pulau Kapas yang tersergam indah. Kelihatan juga muka kuala yang dilingkung batu pemecah ombak. Kawasan ini menjadi tumpuan kaki pancing kerana terdapat banyak ikan.
    Pokok rhu yang menghiasi tebing pantai menambah seri dan kehijuan di sekitar pantai. Di tambah lagi kumpulan burung yang sedang berterbangan di udara dan sekali-kala terbang ke bawah untuk mendapat ikan di sungai.
    Kelihatan bot-bot nelayan sedang berlabuh dan ada yang juga yang sedang membersih bot. Di darat terdapat nelayan sedang membaiki pukat dan jaring.

    Tidak rugi jika datang ke sini untuk merakam aktiviti nelayan yang sibuk dengan kerjanya untuk dijadikan satu kenangan yang indah.

    Ahad, 11 Julai 2010

    Taman Bandar Marang Yang Menawan

    Taman Bandar Marang terletak di tepi sungai Kijing yang bersambung dengan sungai Marang. Untuk sampai di sini, anda kena belok ke kanan (dari arah Dungun) di lampu Isyarat Balai Polis Marang dan belok ke kiri jika anda dari Kuala Terengganu.
    Taman ini dihias dengan cantik dengan pokok bunga, trek berjalan kaki dan alat permainan. Kawasan cukup bersih dan berasa nyaman apabila kita berehat di taman ini. Pokok rhu yang terdapat di sini menyebabkan kita terlindung dari terkena cahaya matahari.
    Di tepi sungai dibina pondok untuk kita berehat. Dari atas pondok ini, kita akan dapat melihat air sungai jernih. Kejernihan air ini boleh melihat ikan-ikan yang sedang berenang . Jika anda membawa pancing boleh terus melempar ke dalam sungai.
    Ini jambatan yang menghubungi kawasan pantai dengan taman ini. Jika anda ke pantai ini, anda boleh melihat orang sedang membuat bubu , orang sedang menjala ikan dan memancing.