Sabtu, 25 September 2010

Keunikan Kampung Cina

Kampung Cina yang terletak ditepi sungai Terengganu merupakan pusat perniagaan yang sibuk pada ketika dulu. Kampung yang berusia 300 tahun  ini mempunyai peninggalan sejarah    yang perlu kita  lawati. Rumah kedai yang terdapat disepanjang jalan ini menampilkan ciri-ciri  kebudayaan dan kesenian orang Cina

 Apabila kita melalui jalan ini sejauh 3 km menuju ke Pasar Besar Kedai Payang, kita akan melihat dekorasi rumah kedai lama ini. Dinding  rumah mereka akan dihiasi lorekan bunga teratai yang berwarna kuning. Manakala tiang rumah pulak juga dihiaskan motif bunga dengan warna terang.
 Pintu dan tingkap diperbuat daripada kayu supaya kelihatan klasik. Setiap kepala tingkap diukir dengan motif kerawang. Anda terpegun melihat keindahan rumah-rumah kedai lama yang masih terpelihara. Bukan itu sahaja anda akan terjumpa sebuah gertak (jambatan pendek) yang mempunyai dekorasi yang cantik. Anda akan berhenti untuk mengambil gambar untuk buat  kenangan.
 Deretan rumah kedai ini dipisahkan dengan lorong yang menuju ke sungai. .Itu dulu, sekarang ini lorong tersebut tidak lagi menuju sungai tapi menuju ke Pulau Warisan selepas kerajaan menambak sungai  dibelakang rumah. Pulau  warisan adalah tempat baru untuk pelancong melihat keindahan Sungai Terengganu dan Kampung Cina. Lorong ini akan dihias dengan gambar pemimpin-pemimpin Cina
Lorong yang di namakan Lorong  Kenangan memaparkan imej  pemimpin-pemimpin kaum cina dari tahun 1959 hingga sekarang. Gambar-gambar ini diletak di dinding rumah kedai dan setiap gambar ini diletak nama pemimpin, jawatan dan tempoh berkhidmat.

INFO

Lokasi
Dari Jalan Bandar (Kampung Cina) Jalan Sehala dari Hotel Seri Malaysia ke Pasar Besar Kedai Payang sepanjang 3 km.


Penginapan
K.T Travellers Inn
201, 1st Floor, Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6223666
Faks: 09-6232692

Sahara View Apartment
74 & 75, Tkt 2 & 3, Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6252299, 09-6262229
Faks: 09-6242299

Seri Malaysia Hotel
Lot 1640 Jalan Hiliran (Balik Bukit),
20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6236454
Faks: 09-6238344
Laman Web: http://www.serimalaysia.com.my
Emel: smtgg1@yahoo.com 

Pengangkutan

1. Bas Online




Teksi

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan

Terletak di tepi tebing Sungai Terengganu, berdekatan dengan kubur Sultan Terengganu Pertama di Bukit Keledang, waterfront Balik Bukit, Pasar Kedai Payang dan sebelahnya Pulau Warisan, 

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Tiada ulasan: