Selasa, 28 September 2010

Makam Ulamak Terkenal

Tok Pulau Manis  dilahir pada tahun 1650 di kampung Pauh, Hulu Terengganu . Beliau mendapat pendidikan di Aceh selama 10 tahun dan  menyambung belajar di Mekah & Madinah. Di sana beliau sempat belajar ilmu fekah Mazhab Shafie dengan Sheikh Ibrahim Al Kurani. Beliau pulang ke Terengganu setelah mendalami ilmu selama 12 tahun
Beliau juga dikenali sebagai Sheikh Abdul Malek Abdullah  adalah seorang ulamak yang terkemuka pada masa itu. Beliau berkhidmat sebagai Penasihat kepada Sultan Terengganu yang pertama iaitu Sultan Zainal Abidin I (1708-1733).
Sebagai ulamak beliau banyak berdakwah dan menyebar agama islam dikalangan penduduk. Selepas itu, beliau memperkenalkan sistem pengajian moden berteraskan sistem Masjidil Haram. Sistem pengajian ini lebih dikenali sistem pondok dan mendapat sambutan orang ramai termasuk Sultan sendiri.
Pada usia 86 tahun, Tokku Pulau Manis meninggal dunia pada tahun 1736 bersamaan 1149H. Alangkah baiknya apabila mengunjung ke Terengganu,  kita mengambil kesempatan untuk menziarahi kubur ulamak terkenal dengan menyedekah surah Al Fatihah.

INFO UNTUK KE SINI

Jarak

15 km dari Kuala Terengganu atau 20 minit perjalanan.

 
Lokasi
 Dari Pusat Bandaraya menuju ke Pengadang Baru ke Kampung Serada dan Kampung Pulau  Manis.
 
Pengangkutan :
Teksi

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694



Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Tiada ulasan: