Rabu, 8 September 2010

Mengail Bersama Monica

Pantai Monica Bay atau Pantai Teluk Mak Nik adalah pantai tumpuan kaki pancing. Tidak kira pagi, tengahari, petang dan malam sentiasa ada orang datang mengail di sini. Begitu hebat pantai ini sentiasa digemari oleh kaki pancing.
Apa yang menyebabkan mereka gemari memancing di sini kerana di pantai mempunyai banyak ikan yang bersaiz besar. Pantai yang terletak di tepi kaki bukit amat digemari ikan kakap batu dan ikan kerapu. Untuk mendapat ikan ebek atau kerapu kena menggunakan umpan ketam angin
Walaupun cuaca panas terik, kaki pancing masih menumpu pada jorannya menunggu ikan makan umpan. Apabila tergerak joran maka mereka cepat-cepat menyentap joran itu. Jika ada tindakbalas maka umpan telah dimakan oleh ikan. Apa lagi tarik joran tu cepat-cepat. Mana tahu ikan kerapu atau ikan ebek atau pari yang terdapat dimata kail anda.
Jangan lupa apabila datang berkunjung ke pantai ini bawa joran. Jangan bawa satu, bawa lebih daripada dua kerana kat sini dikatakan lubuk ikan.

INFO

Lokasi
Pantai ini terletak di belakang INTAN Wilayah Timur .

Jarak
150 km dari Kuala Terengganu
5 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Kawasan ini berhampiran perkampungan nelayan, tempat membuat kerepok, satar, otak-otak dan memilik pantai yang cantik. Jarak dengan Kuala Kemaman ialah 5 km.

Tiada ulasan: