Khamis, 30 September 2010

Masjid Kristal Yang Berkelip-kelip

Taman Tamadun Islam  (TTI) terletak di Pulau Wan Man merupakan tempat tumpuan utama  pelancong ke Terengganu. Ada pelancong yang ingin datang ke Terengganu kerana semata-mata untuk bersolat di Masjid Kristal dan melihat sendiri 21 monumen masjid. Begitu hebatnya taman ini yang hanya ada di Terengganu sahaja.
Apabila tiba disini, anda boleh menaiki  perahu gendola untuk menyusur Sungai Terengganu yang cantik dengan alam semulajadinya. Anda akan dibawa ke Muzium, Pulau Sekati, Pulau Duyung, Pengkalan Kerepok dan Pulau Warisan. Anda akan mengalami pengalaman baru apabila perahu ini akan tiba di muara sungai.
Anda juga dapat melawat Dewan Utama Taman Tamadun Islam yang cantik rekabentuknya. Dewan yang boleh memuatkan seramai 3000 orang  digunakan untuk majlis graduan, pamiran, pertandingan dan sebagainya. Kedudukan di tepi sungai menambahkan lagi keindahan bangunan ini.
Mercu tanda Pulau Wan Man ini ialah Masjid Kristal yang terletak di atas sungai. Dinding masjid yang diperbuat daripada kaca begitu tersergam indah. Pada waktu malam, masjid ini bertambah cantik lagi kerana kubah dan menara masjid akan bertukar warna. Masjid yang berhawa dingin ini boleh memuatkan jemaah seramai 1000 orang dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

INFO

Lokasi
Taman Tamadun Islam, 

Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang ,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Kontek
Tel: +609 627 8888
09-6278909/019-9422068
sales@tti.com.my

Jarak
5 km dari pusat Bandaraya


Tambang Bot
Rm10 seorang selama 50 minit
Sewa bot Kolek -RM90 sebuah bot 6 penumpang selama 1 1/2 jam
Sewa bot Payang - RM150 sebuat bot 12 penumpang selama 1 jam

Pengangkutan
Bas atau teksi 

 
Perhentian Teksi/Kereta Sewa 
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
Jalan Masjid Abidin  
20100 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel: 09-6242694

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa 
 Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 
1300 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel: 09-6664067

Penginapan
Permai Inn HotelJalan Sultan Mahmud, 
20400 Kuala Terengganu, Terengganu. 
Tel: 09-6222122Faks: 09-6222121
http://www.permainnkt.com.my 
Emel: sales@permaiinnkt.com.my

Batu Burok Beach Resort 
No. 906A, Jalan Pantai Batu Burok,
 20400 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel: 09-6221410Faks: 09-6232904 
Emel: bbbr@batuburukbeachresort.com

Felda Residence Kuala Terengganu 
Jalan Hiliran, 
21400 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel: 09-6321111 Fax: 09-6321122 
Email: reservation.frkt@felda.net.my

Keistimewaan
Boleh memandu kenderaan sendiri ke pulau ini, berdekatan dengan kerepok losong dan Muzium Negeri (yang terbesar di Asia Tenggara) dan Masjid Kristal.


Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan 

Tiada ulasan: