Selasa, 21 September 2010

Memori Pulau Bidong

Pulau Bidong memang terkenal sejak tahun 1980 apabila pulau ini menjadi kem perlarian Vietnam. Sepanjang kem ini dibuka untuk penempatan pelarian selama 10 tahun, hampir 40,000 orang telah menghuni pulau ini. Pulau ini mempunyai keluasan 40 hektar.
Di pulau ini terdapat peninggalan sejarah perlarian Vietnam  seperti telaga, balai polis, kuil, rumah, kubur, bengkel dan lain-lain monumen. Untuk melihat peninggalan sejarah ini, anda perlu berjalan kaki sejauh 2 kilometer mendaki bukit dan setelah 15 minit perjalanan  anda akan lihat kubur dan sebuah tangki air yang sudah usang menjadi tempat bekalan air pada masa itu.
Sepanjang perjalanan ini anda dapat melihat pokok buah-buahan seperti betik, asam jawa, jambu dan ibu kayu yang ditanam oleh perlarian ini. Hampir sejam perjalanan, anda akan dapat melihat  Pantai Pasir Pengkalan yang cantik dengan ekosistem yang terpelihara tanpa diganggu sentuhan pembangunan.
Sebanyak 27 buah kapal perlarian yang tenggelam di kawasan dijadikan tukun tempat pembiakan ikan dan coral. Kawasan pulau ini adalah tempat tumpuan kaki pancing yang sanggup bermalam atas bot untuk mendapat habuannya. Manakala yang berminat snorkeling tidak akan melepas peluang untuk menikmati keindahan coral yang terpeliahara di bawah akta Taman Laut Negara.
Jangan melepas peluang untuk berkunjung ke pulau ini yang penuh bersejarah terutama bekas penghuni pulau yang pernah tinggal di sini dan dilahir di pulau ini.


2 ulasan:

C L J berkata...

Bot bot itu adalah artifak sejarah. Eloklah kalau sebahagian terpilih dijaga sebagai artifak sejarah. Terutama yang ada fakta mengenai muatan/pemumpangnya.

wamora wasa berkata...

difaham kerajaan negeri xmbenar membina hotel disitu dan sebahagian peninggalan sejarah dijaga.