Memaparkan catatan dengan label Marang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Marang. Papar semua catatan

Selasa, 19 Oktober 2010

Wajah Bandar Marang Dulu & Sekarang



Sejarah Marang yang perlu di ketahui.

Pelbagai cerita dan dongeng dikaitkan dengan asal usul nama daerah Marang ini,di antaranya yang menarik nya ialah dipercayai ianya berasal daripada nama seorang peniaga keturunan Cina yang sangat terkenal pada suatu masa dahulu.Peniaga ini dipanggil Ma dan beliau tinggal di kuala sungai.Diceritakan beliau adalah seorang pengusaha hasil laut yang dikeringkan seperti ikan dan sotong.Pada masa itu di kediaman beliau terdapat banyak jemuran hasil-hasil laut tadi yang dipanggil “rang” oleh penduduk tempatan.Dipercayai oleh kerana banyak nya “rang” itu dan terkenal nya pengusaha cina yang bernama Ma tadi maka terbitlah nama Marang yang sehingga kini diguna pakai.

Sejarah pentadbiran Daerah Marang  pula telah bermula sebelum daripada pemerintahan Baginda Omar (1839 – 1876). Ia diketahui oleh pembesar – pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al- Sultan.Pentadbiran  oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai  (river districts). Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918 M, Yang Dipertuan  Muda Tengku Mohamad telah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Marang manakala Tengku Putra yang diwakili isterinya iaitu Puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Merchang. Mereka adalah bertanggungjawab menjalankan pentadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu – penghulu tidak mempunyai kuasa mentadbir. Kuasa mereka hanya terhad kepada kampung – kampung tertentu sahaja.

Pada tahun 1912 sistem pentadbiran daerah oleh pembesar – pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai (river districts). Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan ‘ river districts ’ yang terangkum di dalam Daerah Marang termasuk Merchang.

Pada tahun 1923 ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari 1920 hingga 1942, Penasihat British yang pertama di Terengganu iaitu J.L. hunphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu.  Kuala Berang dan Marang diletakkan  di bawah Jajahan  tengah dengan pusat pentadbiran nya di Kuala Terengganu. Daerah – daerah lain seperti Kemaman, Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah jajahan Timur dengan pusat pentadbirannya di Kemaman. Manakala Besut dan Setiu diletakkan di bawah Jajahan Barat dengan pusat pentadbirannya di Kampung raja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang Pesuruhjaya dengan dibantu oleh Penolong Penasihat British dan Pegawai Daerah masing –masing.

Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran daerah, bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina pada tahun 1915 berasaskan kepada model Pejabat Daerah Johor. Berdasarkan maklumat lisan, Bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina di tepi Muara Sungai Marang.
Pegawai – pegawai Daerah yang telah sempat memberikan khidmat mereka ialah:

• Y.M. Tengku Chick Haji
• Encik Ali B. Mohamad
• Y. Bhg. Dato’ Pahlawan (Encik Taib)
• Y.M. Tengku Zainal (Tengku Aria)
• Y.M. Tengku Sulong B. Ali (Tengku Lela Segera)

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan  

Khamis, 16 September 2010

Melepas Tekanan Di Pulau Gemia

Pulau Gemia atau dikenali dikalangan oleh pelancong sebagai Gem Island. Pulau ini adalah hak milik persendirian di mana terdapat sebuah resort sahaja. Nama resort ini ialah Gem  Island  Resort & Spa. Pulau ini berdekatan dengan Pulau Kapas hanya 800 meter sahaja dan jarak dengan jeti Marang ialah sejauh 5 km.
Untuk sampai di sini, anda hanya perlu pergi ke jeti Marang untuk menaiki bot. Anda hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke pulau  ini. Apabila bot meninggalkan jeti, bermulanya anda melihat panorama yang cantik dan indah. Suasana muara Sungai Marang akan memberi kenangan yang indah. Selepas meninggalkan muka kuala Marang, anda sudah berada di laut China Selatan dan akan melihat alunan ombak serta  kehebatan bot anda yang naiki meredah laut.
Dari jauh  anda sudah ternampak dua buah pulau iaitu pulau yang besar dan pulau yang kecil. Pulau yang besar itu ialah Pulau Kapas dan pulau yang kecil ialah Pulau Gemia. Apabila bot menghampiri pulau, jangan lupa melihat air laut yang jernih bagaikan kristal. Kejernihan air laut ini, anda dapat melihat pasir, ikan sedang berenang dan coral yang cantik. Anda sudah teruja dan tidak sabar-sabar untuk menjejak pantai yang menawan.Apa-apa pun anda kena check in dulu. Tukar pakaian dan bawa pelampung dan cermin mata untuk aktiviti menyelam.
Resort ini menawar harga pakej yang berpatutan. dari harga RM200 keatas. Harga pakej berdasarkan jumlah hari bermalam, snorkeling, mengail   dan pilihan jenis bilik. Untuk tempahan anda hanya menghubungi syarikat pelancongan yang mempunyai hubungan dengan pemilik resort ini. Resort ini juga menawarkan perkhidmatan terapi spa dari Thailand.


INFO - Cara untuk ke Pulau Gemia

Jarak
18 km dari Kuala Terengganu ke jeti Marang
  5 km dari jeti Marang  ke Pulau Gemia

Agensi Pelancongan
 
Carta Rampai Travel & Tours Sdn. Bhd.

d/a CR Marang Resort, Bandar Marang,
21600 Marang, Terengganu
Tel: 09-6184500

Qubra Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 3-Lot 104, Kg. Rhu Muda,
21600 Marang, Terengganu
Tel: 09-6185385

Shaheera Travel & Tours Sdn. Bhd
.
No. 6-10, Unit Hadapan Pejabat Majlis Daerah Marang,
26100 Marang, Terengganu
Tel: 019-9628090, 012-9089472

Sweet Two Travel & Tours Sdn. Bhd.
178, Kampung Bukit Payung,
Marang, Terengganu
Tel: 019-9753747, 012-9520280

Pengangkutan

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067

Perhentian Teksi Jalan Sultan Zainal Abidin
(Stesen Bas Lama)
20200 Kuala Terengganu
Tel: 09-6204881

Perhentian Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Hadapan Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6265150

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Penerbangan Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu
For enquiries on bookings, please call:

Malaysia Airlines:
http://www.malaysiaairlines.com

24 Hours Call Center:

Contact:
1 300 88 3000 (within Malaysia)
+603 7846 3000  (outside Malaysia)

Air Asia:
http://www.airasia.com

Call Centres:

Daily from 8.00 am to 9.00 pm

Contact:
1 300 88 99 33 (within Malaysia)
+603 7884 9000  (outside Malaysia)

Berjaya Air:
http://www.berjaya-air.com

Contact:
603-7847 6828


Laman Web Yang menawar Pakej

http://www.impression.com.my/Trengmain/Gemisland/GemResort.htm
http://www.cuti.com.my/Sub/Terengganu/guide_gemisland.htm
http://www.pulaupulau.com/gemiapac.htm 

Isnin, 2 Ogos 2010

Pokok Duku Tertua Di Terengganu

Lansium Domesticum atau lebih dikenali buah duku adalah sejenis spesies yang sama dengan dokong, duku langsat dan dokong. Duku biasanya berbuah di tangkai dahan pokok. Buah ini rasanya manis dan lazat. Musim berbuah dari bulan Julai hingga Oktober.
Anda pernah tengok buah duku?. Sudah tentu biasa tengok malah pernah makan pun. Tetapi pokoknya pernah tengok?. Yang kita hendak tengok ialah pokok duku yang paling tua sekali di Terengganu. Pokok duku yang berusia 250 tahun.
Sudah berusia tua namun pokok ini mampu berbuah lagi. Hebatkan. Biasa pokok duku bersaiz kecil dan rendang tetapi pokok duku tertua ini bersaiz batang balak dan tinggi (dianggar tinggi 20 kaki). pokok ini terletak di Bukit Cerana, Serada, Marang.
Bagaimana duku mendapat nama. Diriwayatkan seorang rakyat telah menjumpai sejenis buah yang manis dan lazat pada 300 tahun yang lalu. Duku ini dipersembahkan kepada Sultan dan Sultan bertanya apa nama buah ini. Rakyat tersebut dengan tergagap-gagap menyebut du..du..du... dan ku di akhir ayat. Ku merujuk kepada nama Tuanku. Sejak itu Sultan menamakan buah tersebut sebagai buah duku dan kekal sehingga sekarang.

INFO

Lokasi:
Bukit Cerana melalui Kampung Serada ke Banggol Kantong ( Jalan ke Kubang Bujuk).

Jarak :
15 km dari Bandaraya

Pengangkutan : Teksi dan kenderaan sendiri

Diurus :
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. 09 -622 2444

Harga duku :
Rm1-RM3 kg

Kawasan ini dan sekitar seperti Serada, Beladau, Kepong adalah tempat pengeluaran buah duku.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Ahad, 1 Ogos 2010

Hutan Lipur Jambu Bongkok

Hutan Lipur Jambu Bongkok Marang terletak di hadapan Taman Rekreasi Rhu Madu. Hutan ini cukup popular untuk dikunjungi kerana berhampiran pantai Jambu Bongkok dan pantai Rantau Abang tempat penyu bertelur. Kedudukan ditepi jalan besar Kuala Terengganu ke Kemaman memudah pelancong untuk berkunjung.
Hutan lipur ini seluas 54 ekar mempunyai keunikan dan kaya dengan pokok balau besar, gelam dan tanah beris yang jarang dijumpa. Di sini anda akan terasa berada di dalam hutan tebal kerana bunyi cengkerik dan unggas mendayu-dayu tanpa henti. Suasana di sini begitu redup kerana dirembun pokok-pokok besar.
Hutan lipur ini telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Terengganu sebagai lokasi Jambori Pengakap Asia Ke 12. Jambori ini akan diadakan pada 4 - 9 Jun 2011 dan di jangka 8000 orang pengakap dan 1000 orang pegawai akan menyertai jambori ini.
Aktiviti latihan bina semangat, perkhemahan dan motivasi sering diadakan di sini. Kemudahan yang ada di hutan lipur ini ialah trek hutan, tapak perkhemahan, tempat mandi, tandas, chalet, padang kawad dan pejabat urusetia.
INFO

Kepunyaan :
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Konteks :
Zailani - 09 627 4155
Haji Harun - 09 622 1746

Jarak :
50 km dari Kuala Terengganu
20 km dari Dungun

Pengangkutan :
Bas atau Teksi dari bandar Dungun

Teksi
Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Penginapan :
De Teratai Beach Resort - 017 987 8454
Rantau Abang Chalet - 09 845 6001

Harga bilik dari RM50 - RM200 satu malam

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Sabtu, 31 Julai 2010

Papan tanda menunjuk Taman Ternakan Lebah yang terletak Kampung Telaga Air, Mercang, Marang berhampiran Sekolah Rendah Jambu Bongkok.
Madu merupakan satu ramuan penting dalam bidang perubatan. Ianya membantu untuk melega pelbagai penyakit. Madu dihasil apabila lebah mengutip nektar daripada bunga dan disimpan dalam kantung madu.
Inilah tempat sarang lebah untuk memproses nektar kepada madu. Madu yang dihasilkan akan disimpan dalam petak madu (honeycombs). Jika anda datang ke tempat ini anda dapat melihat kotak sarang lebah. Bukan sarang lebah saja, sarang kelulut juga terdapat di sini.
Dalam kotak sarang terdapat petak-petak tempat menyimpan madu. Madu ini menjadi sumber makanan untuk lebah sendiri dan larva muda. Madu ini akan diproses dan dibotolkan untuk dijual kepada orang ramai.
Madu dapat membantu melegakan selsema, melancarkan penghadam, memberi tenaga, membuang angin dalam badan , menajamkan memori dan menceriakan kesihatan kita.

Jika anda berminat, sila hubungi Hisham, 013 921 7800.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Jumaat, 30 Julai 2010

Berehat Dengan Rhu Madu

Pelancong yang datang ke Terengganu dengan kenderaan sendiri, apabila rasa penat memandu berhenti sekejab di Taman Rekreasi Rhu Madu, Jambu Bongkok. Taman ini terletak selepas Rantau Abang ( dari arah Dungun ) dan kedudukan cukup strategik kerana pertengahan jalan ke Kuala Terengganu.
Di sini terdapat pondok atau tempat berteduh untuk berehat bagi melepas kepenatan. Pondok ini terletak di tepi alur berhampiran pantai. Suasana di taman ini cukup damai dan tenang dengan tiupan angin pantai.
Jika bawa bekalan makanan, anda boleh makan di sini atau membuat susu anak. Sambil makan sambil melihat pemandangan di sekeliling taman. Pohon-pohon rhu melambai-lambai apabila ditiup angin dan menghasil bunyi yang merdu. Burung helang banyak bersarang di atas pokok rhu.
Taman ini terdapat kedai makan dan tandas untuk kemudahan pelancong. Jangan lupa berhenti di taman ini untuk melepaskan keletihan memandu .

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Khamis, 29 Julai 2010

Keindahan Kampung Mercang

Merchang merupakan perkampungan tradisional nelayan. Rata-rata penduduk di sini bekerja sebagai nelayan. Terletak 40 km dari pusat bandaraya dan dari Marang ialah 20 km. Apa yang menarik di sini ialah suasana di jeti nelayan di Kampung Mercang.
Kesibukan jeti ini bermula apabila nelayan pergi ke laut pada waktu pagi dan akan balik pada waktu tengahari atau petang. Pada waktu ini, mereka akan membawa hasil tangkapan untuk di jual. Bermacam jenis ikan akan dikeluar dari kotak bot untuk dipindah ke dalam bakul untuk ditolak pada peraih. Anda boleh membeli ikan segar dengan yang murah.
Inilah di antara peralatan yang dibawa ke laut iaitu lampu, pukat dan gabus. Nelayan bot kecil tidak pergi jauh untuk menangkap ikan. Mereka menangkap ikan dalam lingkungan 10-20 km dari pantai. Anda boleh menyerta sama untuk menangkap ikan di laut.
Di tepi tebing sungai, mereka membina bangsal untuk meletak peralatan menangkap ikan seperti sauh dan pukat. Di bangsal ini, anda dapat melihat nelayan-nelayan membaiki jaring yang rosak, membaiki bubu dan membersih peralatan yang berkarat.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Rabu, 28 Julai 2010

Pantai Yang Belum Terusik

Selepas melalui jambatan Sungai Buaya, Taman Rekreasi Pulau Kerengga, Marang, anda akan terpukau dengan keindahan pantai Pulau Kerengga yang belum terusik dengan pembangunan.
Pasir yang halus membuat kita tertawan dengan keindahan semulajadi yang terdapat di pantai ini. Di gigi air terdapat ombak memutih memenuhi sepanjang pantai.
Di sini boleh ternampak Pulau Kapas yang tersergam indah dengan kebiruan air laut. Di sekitar pantai terdapat kulit kerang dan kulit siput bertaburan. Kutip kulit siput yang pelbagai warna dan bentuk untuk dibawa pulang sebagai hiasan atau untuk buat mainan.
Hirup kesegaran udara yang nyaman sambil menikmati kecantikan pantai yang tidak terusik. Bawalah keluarga anda ke sini untuk memancing dan berkelah .

Pasti anda terhibur.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan
 

Selasa, 27 Julai 2010

Urutan Perbidanan Untuk Lelaki

Anda sakit urat? Mahu diurut? anda patut dirawat melalui kaedah Uruterapi Aura oleh Mr Sun. Siapa Mr Sun? Orang putih ke?. Mr Sun orang Melayu tinggal di Kampung Serting, Pulau Kerengga, Marang Terengganu. Nama sebenar Che Hassan Daud, bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan mempunyai pengetahuan luas tentang aura.
Mr Sun menawarkan  perkhidmatan mengurut seluruh badan dengan mengguna kaedah terapi cakra dan aura. Cakra ialah pusat energi kehidupan dan aura ialah medan tenaga eletromagnetik. Pesakit lelaki diurut secara tradisional iaitu kaedah urutan ala bidan (midwife massage) .
Urutan ini dapat meredakan urat saraf, mengimbangkan perjalanan darah dan mengurangkan rasa tekanan. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan Mr Sun, sila hubungi nombor ini 013 992 0059.

Selamat merasa kehebatan urutan Mr Sun.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Isnin, 26 Julai 2010

Mengail Di Pulau Kerengga

Di Taman Rekreasi Pulau Kerengga, Marang terdapat sebatang sungai yang memisah pantai dengan taman ini. Sungai ini dikenali Sungai Buaya. Sungai ini dipenuhi pokok nipah di kiri kanan sungai dan kaya dengan kehidupan laut seperti ikan, ketam dan udang.
Pemandangan sungai ini cukup cantik dan tenang. Sekala sekali ternampak ikan timbul dipermukaan air menyedut udara. Di sini dikatakan tempat banyak ikan. Bahkan udang pun terdapat di sini. Sungai ini jenis air payau kerana bersambung dengan laut baik di hilir atau di hulu.
Atas jambatan ini, kaki pancing melontarkan mata kail ke dalam sungai. Nasib baik dapat ikan kakap atau udang. Jika bosan di sini, boleh mengail di pantai. Pantai terlalu dekat di hujung jambatan ini saja. Pengail mempunyai ada alternatif samada hendak mengail di sungai atau di Laut.

Jadi apa lagi jom mengail di sini.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan