Memaparkan catatan dengan label Memancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memancing. Papar semua catatan

Rabu, 8 September 2010

Mengail Bersama Monica

Pantai Monica Bay atau Pantai Teluk Mak Nik adalah pantai tumpuan kaki pancing. Tidak kira pagi, tengahari, petang dan malam sentiasa ada orang datang mengail di sini. Begitu hebat pantai ini sentiasa digemari oleh kaki pancing.
Apa yang menyebabkan mereka gemari memancing di sini kerana di pantai mempunyai banyak ikan yang bersaiz besar. Pantai yang terletak di tepi kaki bukit amat digemari ikan kakap batu dan ikan kerapu. Untuk mendapat ikan ebek atau kerapu kena menggunakan umpan ketam angin
Walaupun cuaca panas terik, kaki pancing masih menumpu pada jorannya menunggu ikan makan umpan. Apabila tergerak joran maka mereka cepat-cepat menyentap joran itu. Jika ada tindakbalas maka umpan telah dimakan oleh ikan. Apa lagi tarik joran tu cepat-cepat. Mana tahu ikan kerapu atau ikan ebek atau pari yang terdapat dimata kail anda.
Jangan lupa apabila datang berkunjung ke pantai ini bawa joran. Jangan bawa satu, bawa lebih daripada dua kerana kat sini dikatakan lubuk ikan.

INFO

Lokasi
Pantai ini terletak di belakang INTAN Wilayah Timur .

Jarak
150 km dari Kuala Terengganu
5 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Kawasan ini berhampiran perkampungan nelayan, tempat membuat kerepok, satar, otak-otak dan memilik pantai yang cantik. Jarak dengan Kuala Kemaman ialah 5 km.

Isnin, 26 Julai 2010

Mengail Di Pulau Kerengga

Di Taman Rekreasi Pulau Kerengga, Marang terdapat sebatang sungai yang memisah pantai dengan taman ini. Sungai ini dikenali Sungai Buaya. Sungai ini dipenuhi pokok nipah di kiri kanan sungai dan kaya dengan kehidupan laut seperti ikan, ketam dan udang.
Pemandangan sungai ini cukup cantik dan tenang. Sekala sekali ternampak ikan timbul dipermukaan air menyedut udara. Di sini dikatakan tempat banyak ikan. Bahkan udang pun terdapat di sini. Sungai ini jenis air payau kerana bersambung dengan laut baik di hilir atau di hulu.
Atas jambatan ini, kaki pancing melontarkan mata kail ke dalam sungai. Nasib baik dapat ikan kakap atau udang. Jika bosan di sini, boleh mengail di pantai. Pantai terlalu dekat di hujung jambatan ini saja. Pengail mempunyai ada alternatif samada hendak mengail di sungai atau di Laut.

Jadi apa lagi jom mengail di sini.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Jumaat, 25 Jun 2010

Memancing Di Tasik Kenyir

Kolam memancing berkonsep rekreasi terdapat di Sungai Lawet, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Terletak 2 km dari Pengkalan Gawi dan 50 km dari Kuala Terengganu. Kolam ikan yang seluas 100 ka x 200 ka menunggu kaki pancing untuk mengail ikan air tawar.
Kolam ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi - 6 petang. Di kolam ini terdapat pelbagai spesis ikan air tawar seperti kakap, lampan, talipia dan sebagainya. Hanya menggunakan umpan yang sesuai anda boleh mendapat ikan yang seberat lebih daripada 3 kg.
Di kolam ini juga terdapat spesis burung yang mencari makan di tepi kolam. Itik dan angsa merupakan penghuni tetap di kolam ini. Anda boleh bergambar dengannya untuk buat kenangan. Kolam ini di bawah pengurusan KETENGAH.

Untuk mendapat gambaran yang lengkap, sila hubungi KETENGAH 09 822 3181 atau Pengkalan Gawi 09 666 8498.

Bawa keluarga anda untuk mengail sambil bersantai.

Ahad, 18 April 2010

Memancing Pari

Ini suasana pantai Batu Rakit yang menjadi kegemaran pemancing ikan. Kelihatan barisan joran yang terpancak di tepi pantai.
Ikan pari yang baru diperolehi oleh pengail. Di sini terdapat banyak ikan kerapu, siakap dan lain-lain lagi.
Pengail sedang merasa joran samada ikan sudah makan umpan atau tidak. Jika rasa tarikan bertalu-talu maknanya ikan sudah termakan mata kail.
Saya mencuba untuk melontar mata kail ke laut.
Menggunakan umpan undang. Selain daripada itu umpan anak ikan, perut ikan dan cacing juga boleh digunakan.
Hasil yang diperolehi iaitu ikan sembilan & pari. Datanglah ke Terengganu untuk merasa sentapkan ikan yang besar. Pasti anda berbaloi.