Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan

Selasa, 2 November 2010

Kuih Terengganu

 Jala emas dibuat dari telur. Rasanya sedap dan manis
 Bike ubi dan rasanya memang lemak.
 Bronok diperbuat dari sagu dan diatasnya diletak kelapa.
 Hasidoh adalah kuih lama orang Terengganu. Rasanya manis diatasnya diletak bawang goreng.
Koleh kacang sedap dimakan diwaktu petang.


Kuih tersebut mudah didapati di Gerai Kuih di Pengadang Akar, Gerai kuih di Jalan Sultan Sulaiman, Pasar Kedai Payang, Pasar Cabang Tiga dan Pasar Kedai Buluh.

Ahad, 5 September 2010

Satar Kuala Kemaman No 1

Satar dan otak-otak Kuala Kemaman memang terkenal di kalangan pelancong. Malah mereka sengaja datang ke Kuala Kemaman semata-mata untuk menikmati satar dan otak-otak yang cukup lazat dan sedap.
Satar diperbuat daripada ikan dengan kelapa bersantan dan dibungkus dalam daun pisang berbentuk tiga segi. Manakala otak-otak pula, seketul isi ikan dilumur dengan kelapa bersantan dan dibungkus dengan daun kelapa secara memanjang.
Satar yang siap dibungkus akan dicocok dengan besi dan dibakar di atas bara. Manakala otak-otak pula dibakar dengan cara memanggang dan diletak atas bara api. Dalam setengah jam, makanan ini masak dan boleh dimakan.
Jangan lupa singgah Kuala Kemaman untuk membeli satar & Otak-otak untuk dibawa pulang.

INFO

Lokasi
Kedainya terletak di tepi jalan Kampung Geliga dan untuk sampai di sini kena melalui simpang Masjid Geliga.

Jarak
160 km dari Kuala Terengganu
5 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan

Kawasan ini terdapat perkampungan nelayan terdapat jeti perikanan, tempat membuat kerepok, satar, otak-otak dan memilik pantai yang cantik. Jarak dengan Pantai Mok Nik (Monica) ialah 5 km.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Jumaat, 27 Ogos 2010

Lemang Nombor 1

Kijal bukan saja terkenal dengan kecantikan pantainya dan kampung kelahiran Menteri Besar Terengganu malah terkenal tempat pengeluar lemang yang unggul. Lemang Kijal memang terkenal diseluruh Malaysia kerana rasanya sedap dan lazat. Apatah lagi gerainya terletak di tepi jalan besar dan mudah untuk berhenti membelinya.
Lemang yang diperbuat daripada beras pulut dan santan adalah makanan tradisi orang Melayu sejak dulu lagi. Untuk membuat lemang, buluh dan daun pisang diperlukan. Daun pisang akan diletak dalam buluh terlebih dulu dan baru diletak beras pulut serta santan.
Buluh yang berisi beras dan santan akan diletak di atas para dengan cara menyandar. Dikeliling buluh ini diletak bara api yang menyala. Buluh ini dibiarkan selama setengah jam lebih untuk masak. Masa ini aroma lemang akan keluar menyebabkan kita tidak sabar-sabar untuk makan.
Apabila masak, lemang ini akan diangkat dan buluh dibelah untuk mendapatkan isinya. Lemang yang dikeluar dari buluh akan berkeadaan bersalut dengan daun pisang. Kepala lemang amat digemari kerana berlemak dan lembut. Lemang boleh makan begitu sahaja atau mencicah dengan serunding atau rendang.

INFO

Lokasi
Ditepi jalan besar Dungun-Kemaman iaitu selepas lampu berisyarat Kampung Anak Dara. Tempat menjual lemang ada dua tempat iaitu jika datang dari arah Kuala Terengganu disebelah kiri dan dari arah Cukai di sebelah kiri.

Bahan
Beras dan santan

Harga
Dari RM2 sebatang hingga RM5 sebatang bergantung pada saiz lemang.

Penjual Lemang
Kak Moh - 019 957 4978
Lina - 013 970 6777
Azman - 013 949 6717

Selasa, 17 Ogos 2010

Berbuka Di Hentian Bukit Besi

Pelancong-pelancong yang hendak datang ke Terengganu atau baru balik dari Terengganu yang melalui Lebuhraya Jeranggau Jabor boleh berhenti berbuka puasa di Hentian Rehat Bukit Besi.
Di hentian ini terdapat banyak gerai makan dengan pelbagai makanan dan lauk yang anda boleh pilih untuk berbuka puasa. Anda boleh pilih lauk yang sudah siap dimasak atau makanan yang bergoreng seperti nasi goreng atau mee goreng.
Jika anda sampai di simpang tiga Bukit Besi ini singgah untuk berbuka puasa disini dengan kemudahan tandas, surau dan kawasan letak kereta yang selesa.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Sabtu, 14 Ogos 2010

Pukul 6 Habis

Nasi Minyak John memang popular di Kuala Terengganu. Kedai harian terletak di Kampung Kolam tetapi sempena bulan puasa, beliau menjual di Bazar Ramadhan Taman Syahbandar. Nasi memang sedap dengan kelembutan nasi dan keenakan kuah gulainya.
Azhar adalah generasi yang ketiga yang menjual nasi minyak yang diasaskan datuknya Haji Mat Senani. Datuknya menjual nasi pada tahun 50 an dan diteruskan oleh anaknya Haji Omar. Haji Omar pula mnecurahkan ilmu nasi minyak kepada anaknya iaitu Azhar.
Bagaimana nasi minyak ini menjadi nasi minyak John. Semasa Haji Omar menjual nasi seorang pembantunya bernama John (bangsa Melayu). John ini yang bertungkus lumus membungkus dan menghidang nasi. Lama kelamaan nama John terlekat pada nama nasi. Kat mana hendak beli nasi minyak? di jawap kedai nasi minyak John.

INFO

Lokasi

Taman Syahbandar, Kuala Terengganu

Jenama
Nasi Minyak John

Harga RM3.00 - RM5.00 bergantung jenis lauk

Tempahan
Azhar - 016-9615050


Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Rabu, 21 Julai 2010

Bau Asap Eeh

Teringin hendak makan kuih tradisional seperti beka nyiur, akok atau kuih bakar perisa labu?. Jangan susah pergi ke Kampung Serting, Pulau Kerengga, anda ternampak sebuah gerai yang berasap dengan papan tanda yang bertulis BAU ASAP EEH. Gerai ini terletak di sebelah kanan ( dari arah Kuala Terengganu) iaitu selepas Penjara Marang.

Bukan saja anda boleh membeli kuih tetapi anda boleh melihat proses mengadun bahan, membakar dan sehingga masak. Untuk membuat kuih akok, mereka mengguna bahan asas seperti gandum , telur dan dikacau sehingga sebati. Apabila siap mereka akan menuang ke dalam acuan kuih.
Kuih ini dibakar dengan sabut kelapa. Cara membakarnya, diletak bara sabut di atas tudung dan di bawah acuan diletak bara arang. Tunggu selama setengah sejam dan baru boleh diangkat.
Inilah rupa kuih beka nyiur yang siap dimasak. Rasa terliur hendak makan. Beka tengah panas enak dimakan. Harganya RM2.00 untuk 7 biji.
Ini pula kuih bakar berperisa labu. Rasa memang manis dan lazat. Harganya Rm2.00 untuk 7 biji.

Jika ingin menempah kuih ini sila hubungi Pok Mat 013 992 0059

Selasa, 13 Julai 2010

Jamu Selera Di Waterfront Marang

Di Bandar Marang, banyak tempat yang menarik yang perlu dikunjungi. Di Tepi sungai, terdapat deretan gerai makan. Kedai ini dibuka dari jam 7 pagi hingga ke petang.
Kedai makan Pok Leh terletak di bahagian belakang dan di tepi benteng sungai. Pok Leh menjual nasi dagang, nasi lemak, nasi kerabu dan nasi putih berlauk iaitu lauk ikan, sotong, daging, ayam, hati dan udang. Jika hendak rasa pedas boleh letak sambil belacan.
Ikan di sini memang ikan segar kerana diperolehi terus dari bot nelayan. Bot-bot nelayan banyak berlabuh di sini sebab itu mereka memperolehi ikan, udang dan sotong yang segar.
Makanan di sini murah dan harga mengikut jenis lauk yang diambil. Setakat lauk ikan dan sayur hanya RM3.50 sahaja. Makan di sini memang seronok. Sambil makan sambil melihat pemandangan yang cantik dan bot-bot nelayan yang baru pulang dari laut.

Ahad, 13 Jun 2010

Kerana Nasi Dagang, Ku Sanggup Ke Terengganu

En Razin dari Kuala Lumpur yang baru dikenali di FaceBook sanggup bercuti di Terengganu semata-mata hendak makan nasi dagang. Sebenarnya beliau tidak merancang hendak bercuti di Terengganu. Tetapi gara-gara saya menceritakan keenakkan nasi dagang Terengganu menyebabkan beliau merasa terliur untuk makan nasi dagang.
Saya membawa beliau makan nasi dagang Mok Ngoh ( Mak Ngah) di chendering iaitu 10 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Nasi Dagang Mok Ngoh memang tersohor di Terengganu sejak tahun 1950 lagi dan menjadi kedai tumpuan pelancong dari luar Terengganu. Kedai ini pernah menjadi kedai kontroversi 4 tahun lepas kerana kes nasi dagang kepala ikan yang berharga RM45.
En Razin sedang menekmati nasi dagang dengan kerepok goreng. Nasi dagang dihidang dengan daun pisang dan sedap dimakan dengan lada jeruk. Nasi dagang dimasak dengan santan, halba dan sebagainya untuk menghasilkan rasa yang enak. Manakala kuahnya dimasak dengan ikan tongkol.
Harga nasi dagang hanya RM2.50, kerepok goreng RM2.00 dan minuman RM1.00. Murahkan!

Untuk sampai ke kedai ini dari Kuala Terengganu tidaklah sukar. Selepas Masjid Terapung di Kuala Ibai melalui jambatan anda akan menjumpa kedai ini sebelah kiri. Jika tidak jumpa juga hubungi saya.

Khamis, 3 Jun 2010

Satay Jabi Memang Sedap

Kampung Jabi terkenal dengan Lata Belatan & Gunung Tebu dimana menjadi tumpuan pelancong dan aktiviti mendaki. Sekiranya anda melalui kampung ini anda akan ternampak gerai menjual satay.
Kedai satay Mastura menjual satay ayam dan daging. Harganya ialah 30 sen satu cucuk. Anda juga boleh beli nasi kampit atau nasi himpit dari harga RM1.00. Satay ini dimasak dengan meletak atas para yang dibawahnya adalah bara. Kipas digunakan supaya bara sentiasa marak
dan ini akan mempercepatkan satay masak. Satay ini dimakan bersama kuah kacang, bawang & timun. Bawang adalah penawar untuk satay yang terbakar.

Untuk membuat tempahan sila hubungi Kak Ramlah 017 960 8264 & 09 699 1319

Isnin, 31 Mei 2010

Gerai Makan

Gerai berbentuk khemah besar yang terletak dihadapan pasar atau Jertih Souq adalah tempat menjual pelbagai makanan samada makanan yang siap sedia atau masakan panas.
Disini ada menjual kuih muih, makanan masakan tempatan atau masakan Thailand. Waktu berniaga antara 6.30 petang hingga 12 tengah malam.

Khamis, 27 Mei 2010

Otak-Otak & Satar

Otak-otak dan Satar adalah makanan tradisi orang Terengganu. Otak-otak diperbuat dari ikan atau sotong & diisi dengan rempah. Selepas itu akan dibungkus dengan daun kelapa & disalai diatas bara yang panas.
Manakala satar dibungkus dengan daun pisang & disalai atas bara api. Satar di jual dengan harga RM1.00 untuk 4 biji. Otak-otak pula dijual pada harga RM1.00 untuk 3 biji.
Gerai yang menjual makanan ini boleh di dapati di kiri kanan jalan dari Kampung Seberang Kastam hingga ke Kuala Besut.

Lain tempat lain rasa. Selamat mencuba.

Isnin, 24 Mei 2010

Gulai Itik Serati

Pernah tengok itik serati?. Orang kata dagingnya lebih sedap daripada biasa. Teringin atau mengidam hendak makan ke?
Jika anda melalui dari Kampung Raja ke Jertih, bila sampai di Kampung Gong Kepas perlahanlah kenderaan anda. Di situ anda akan ternampak papan tanda ayam kampung & itik serati.
Kedai makan kepunyaan Aziz ini menjual masakan yang jarang dijumpa iaitu gulai itik serati. Harganya tidaklah mahal hanya RM3 -RM4 satu ketul bergantung pada saiznya.

Pernah tengok belut? Belut juga sejenis ikan. Rasa belut memang sedap, rasanya manis. Bila sampai kedai ini, buat pesanan sup belut satu!. Harganya RM5 satu mangkok.

Jika ingin keterangan lebih lanjut, hubungi Aziz - 013 946 2571 di Restaurant Nasi Ulam Gong Kepas,Hadapan Pasar Raya Super Mas,Jln Besar Jerteh,Kampung Raja,Besut Terengganu.

Jumaat, 23 April 2010

Gerai Keropok Lekor


Apabila anda menjumpai papan tanda kampung Mengabang Lekor perlahankan kenderaan anda. Disepanjang kampung ini terdapat banyak gerai yang menjual kerepok dan makanan ringan. 
 Di sini anda dapat membeli kerepok rebus yang baru masak. selain daripada itu  Harganya ialah RM2 untuk 5 batang. Selain kerepok rebus, kita dapat membeli kerepok goreng, kerepok kering yang dibuat dari ikan parang, ikan tamban, keropok undang, kerepok sotong dan  kerepok sira.

Apabila anda sampai disini, anda boleh melihat secara terus bagaimana mereka membuat kerepok dari  proses  menyiang ikan hingga masak.

Harganya lebih kurang 3 bungkus RM10. Untuk tempahan sila hubungi Ramzas Daud 09 669 7381 & kedai kerepok selera ramai 013 9396 325 & 019 914 8665. Belilah kerepok untuk makan dalam perjalanan dan sebagai buah tangan untuk untuk kawan-kawan.

Rabu, 14 April 2010

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Semasa dalam perjalanan ke Besut, sampai di kampung Gong Pak Jin (selepas UMT) ternampak kepulan asap macam ayam kena bakar . Ternampak papan tanda nasi kerabu ayam bakar tiba-tiba perut saya rasa lapar.
Apa lagi terus park kereta dan order nasi kerabu dengan ayam tengah panas..Di atas nasi terletak ulam kampung, kerepok keping & sambal sebagai kuah. Minuman pula tea ping.
Harganya sepinggan nasi kerabu RM2.50 & tea ais RM1.20 sahaja.. Kenyang..alhamdulillah.. Lain kali boleh singgah lagi di kedai Norra Nasi Kerabu Ayam Bakar.