Selasa, 14 September 2010

Di sini Perhentian Yang Ku Cari

Bila sebut nama Pulau Perhentian, semua orang akan kata memang best. Bila ditanya ingin datang lagi. Mereka akan kata sudah pasti, siapa yang tidak sudi datang lagi ke pulau bagaikan syurga. Itulah gambaran sebuah pulau yang cantik dan indah yang bernama pulau Perhentian. Pulau ini mempunyai dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Di Pulau Perhentian Besar kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung ialah di Teluk Keke, Teluk pauh, Pasir Jong, dan Teluk. Manakala di Pulau Perhentian Kecil ialah di Teluk Aur, Pasir Panjang, Teluk Kerma dan di beberapa tempat di pantai sebelah timur. Agensi Pelancongan terbesar di dunia iaitu Lonely Planet mengiktirafkan pulau ini di antara yang cantik dan terindah di dunia. Bagaikan anda terperangkap dalam syurga itulah ungkapan yang diberi kepada pulau ini oleh pelancong. Pulau mempunyai kawasan pantai yang luas dengan pasir yang halus dan memutih. Manakala air laut yang jernih bagaikan kristal. Anda boleh dapat melihat ikan dan memberi makanan kepada ikan. Ikan di sini memang cantik ada yang berwarna kuning, berbelang hitam dan berwarna warni. Bukit-bukit yang ketinggian hingga 300 kaki menawar pemandangan yang cantik. Pulau ini berada kelima terbaik dalam kategori 'Best Beach To Swing A Hammock’ oleh Ultimate Experiences 2010. Sesiapa mampu bercuti di pulau ini kerana kos penginapan tidak begitu mahal berbanding dengan pulau-pulau lain. Hanya bayar penginapan serendah RM40 satu semalam anda telah dapat bermalam di sini. Sebanyak 1,000 buah bilik yang murah, sederhana dan mewah seperti dorm, khemah, chalet dan resort terdapat di sini dengan 42 buah operator pelancongan yang bersedia menunggu anda.
Aktiviti ‘snorkeling’ serta selam scuba adalah aktiviti utama di sekitar pulau ini. Pulau ini mempunyai batu karang yang cantik dan spesis ikan yang jarang dapat dilihat. Di Pantai Tiga Ruang, Teluk Dalam, Tanjung Tukas laut, Teluk Kerma adalah tempat tumpuan penyelam. Terdapat lima puluh spesis batu karang telah dijumpai di sekitar Pulau Perhentian dan dua puluh jenis batu karang lagi setiap 200 meter persegi disekitar kawasan laut ini. Di sini memang syurga untuk penyelam.

INFO UNTUK KE PULAU INI

Lokasi
Pulau Perhentian terletak di daerah Besut dipengairan Lautan China Selatan. Manakala jeti untuk menaiki bot ialah di Kuala Besut. Jarak dari jeti ke Pulau perhentian ialah 21 km.

Keluasan
Kedua buah pulau ini mempunyai keluasan 1, 392.15 hektar.

Jarak
130 km dari Kuala Terengganu

45 km dari Kota Bahru
21 km dari Jertih


Penginapan

Abdul Chalet
Lot 143, Kg. Seb. Tengah,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu.

Tel: 09-6911610, 019-9127303

Arwana Perhentian Resort

Lot 181, Teluk Dalam,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu
Tel: 09-6911887/8
Faks: 09-6911880
http://www.arwanaperhentian.com.my
Emel: enquiry@arwanaperhentian.com.my


Aur Bay Chalet

PT 435, Pulau Perhentian Kecil,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 013-9950817, 019-9858584


Samudera Beach Chalet

Lot 182. Kg. Teluk Dalam,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu
Tel: 09-6911677, 013-9006763

Senja Bay Resort Sdn Bhd
Coral Bay,
Pulau Perhentian Kecil,

22300 Besut, Terengganu, Malaysia.

el: 09-6911799, 019-2800801, 019-6643105
Faks: 09-6911790
http://www.senjabay.com
Emel: reservations@senjabay.com


Sepadu Chalet

Lot 64, Kg. Tanjung Langgir,
Pulau Perhentian Kecil,
22300 Besut, Terengganu

HP: 010-9834464

The Reef Chalet
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu
Tel: 09-6911762, 019-9816762

Symphony Chalet

Lot 21, Pasir Panjang,
Pulau Perhentian Kecil,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 013-9755935


Watercolours Impiani Island Resort
Pantai Petani, Pulau Perhentian Kecil,
Kuala Besut, Terengganu

Tel: 09-6911850, 09-6911857, 019-9113852

Faks: 09-6911851, 09-7479852
http://www.impiani.com
Emel: watercolours.impiani@gmail.com


Watercolours Paradise Chalet

Lot 136, Kg. Seb. Genting,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu
Tel: 09-6911852, 09-6911850, 019-9113852

Faks: 09-6911851

http://www.impiani.com

Emel: watercolours.paradise@gmail.com

Agensi Pelancongan

Perhentian Pelangi Travel & Tours Sdn. Bhd.
712, Jalan Jeti Kuala Besut, Kuala Besut
Tel: 09-6974353

Yaudin Holidays & Tours Sdn. Bhd.
B6, Terminal Pelancong, Kuala Besut
Tel: 09-6974887

Perhentian Sunny Travel Sdn. Bhd.
Lot B9, Terminal Pelancongan Besut, Kuala Besut
Tel: 09-6975854

Lovely Travels & Tours Sdn. Bhd.
No.79, Jalan Pantai Kuala Besut
Tel: 09-6974297/09-6975422

Kuala Besut Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 8, Jalan Pantai, Seberang Barat, Kuala Besut
Tel: 09-6974948

Kuala Besut Connection Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.2, Tingkat B, Jalan Pantai, Besut
Tel: 09-6974367/019-9639014

Pengangkutan

Untuk ke Pulau Perhentian, bot akan disediakan oleh pengusaha hotel.




Stesen Kereta Sewa Kuala Besut
22300 Kuala Besut, Besut, Terengganu
Tel: 09-6974294


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu

Tel: 09-6979840
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Pulau mempunyai keindahan semulajadi baik di daratan dan di dasar laut.

Tiada ulasan: