Memaparkan catatan dengan label Penginapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penginapan. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Ogos 2010

Tidur Bersama Mayangsari

Mayang Sari sebuah tempat penginapan yang menekankan  ciri-ciri tradisional Melayu. Terletak di tepi pantai Teluk Lipat yang menawar pemandangan laut dan pantai.
Menawar villa dari satu bilik kepada villa 4 bilik. Dari harga RM75 hingga RM580 untuk satu malam. Antara jenis bilik ialah Water Villa, Fountain villa, Garden Villa dan Pool Villa. Memang cantik lanskap di hiasi sepanjang villa. Sekali pandang macam konsep lanskap Bali.
Mayang Sari juga menawarkan urutan tradisional kepada pengunjung spa. Dua jenis urutan ditawarkan iaitu untuk lelaki dipanggil urutan Panji Alam dan untuk perempuan dipanggil Puteri Tujuh. Teknik urutan diambil dari urutan Melayu Di Raja dengan mengurut tempat yang tertentu supaya melancarkan  perjalanan darah.
Jangan lupa untuk merasa sentuhan Bali dan urutan tradisi Melayu Di Raja di MayangSari Resort Dungun.

INFO

Nama & alamat

MayangSari Resort Dungun
Jalan Pantai, Kampung Sura Tengah
23000 Dungun, Terengganu

Konteks
Tel : 09 845 7885
Faks : 09 845 2885
Email: salesdungun@mayangsari.com.my

Harga Urutan
Urutan Puteri Tujuh RM120 selama 90 minit
Urutan Panji Alam RM120 selama 90 minit

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Sabtu, 7 Ogos 2010

Pantai Rantau Abang Tempat Ku Beradu

Di sepanjang pantai Rantau Abang adalah tempat pendaratan penyu belimbing. Antara bulan April-Ogos, penyu akan datang untuk bertelur dan jika anda nasib baik akan dapat meyaksi penyu sedang bertelur.
Untuk itu, pengusaha chalet De Teratai Beach akan memaklum kepada tetamu dan membawa melihat penyu bertelur apabila penyu mendarat di sini. Tiga jenis bilik ditawarkan dari harga serendah RM60-120 satu malam.
Chalet ini betul-betul di tepi pantai dan berada dalam kawasan pendaratan penyu. Maka anda berpeluang untuk melihat air mata penyu yang mengalir ketika bertelur, memegang penyu dan memegang telur penyu. Hebatkan.

INFO

Tempahan:

Nor - 017 987 8454

Jarak :
60 km dari Kuala Terengganu
15 km dari Dungun

Harga
Klasik A : RM60
Klasik B : RM70
Teratai Deluxe : RM100 - TV & berhawa dingin
Teratai Suite: RM120 - TV & berhawa dingin

Lokasi
Rantau Abang, Dungun, Terengganu

Pengangkutan
Teksi dan bas. Boleh dinaiki di Dungun atau Kuala Terengganu

Teksi
Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744
 
Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Khamis, 5 Ogos 2010

Bermalam Di Rantau Abang

Di Rantau Abang terdapat beberapa chalet yang menawarkan penginapan kepada pelancong yang berkunjung di sini. Apabila sampai di sini, anda tidak perlu bimbang tentang penginapan kerana anda boleh memilih chalet yang terdapat di pantai atau di tepi jalan besar.
Turtes De Village Inn dimiliki oleh Majlis Perbandaran Dungun (di swastakan kepada syarikat Paksi Alam Services) terletak di depan Masjid Rantau Abang dan bersebelah Pusat Penerangan Penyu. Chalet ini mempunyai 20 bilik iaitu Family Standard, Family Duluxe dan Family Suite.
Di belakang chalet ini terdapat pantai Rantau Abang. Anda boleh ke pantai untuk bersiar-siar menekmati suasana pantai. Di pantai ini juga anda boleh melihat penyu yang dibiakan dalam kolam atau tangki.

INFO

Tempahan:

Shafiq - 014 808 3137, 09 848 6001

Jarak :
60 km dari Kuala Terengganu
15 km dari Dungun

Harga
Family Standard : RM50
Family Deluxe : RM100
Family Suite: RM120

Lokasi
Rantau Abang, Dungun, Terengganu

Pengangkutan
Teksi dan bas. Boleh dinaiki di Dungun atau Kuala Terengganu


Keistimewaan
Berhampiran Masjid, Pusat Penerangan Penyu, Melihat penyu dalam tangki air, penyu bertolak, pantai yang cantik dan kedai makan yang banyak.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Jumaat, 23 Julai 2010

Menginap Di Semarak Inn

Semarak Aruni Inn terletak di Pantai Peranginan Kelulut. Tempat ini pada asalnya tempat pelancaran program SEMARAK oleh YAB Tun Dr Mahathir pada tahun 1980 an. Rumah ini kemudiannya dijadikan tempat penginapan untuk pelancong yang ingin menekmati keindahan laut.
Sebanyak 7 buah chalet dibina dengan senireka rumah Terengganu. Setiap rumah dinamakan mengikut daerah yang terdapat di negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut. Setiap rumah mengandungi 4 buah bilik. Anda boleh memilih bilik yang mengadap ke darat atau mengadap ke laut.
Chalet ini dilengkap alat hawa dingin, bilik air dan TV bagi keselesaan untuk menginap disini. Harga bilik dari RM80 - RM300 untuk satu malam. Untuk tempahan sila hubungi 09 618 4277.

Sabtu, 17 Julai 2010

Angullia oh Angullia

Angullia satu jenama yang hebat kerana begitu dikenali di kalangan pelancong. Angullia Beach House Resort adalah sebuah tempat penginapan yang popular di Rhu Muda, Marang. Terletak di pantai dan mengadap ke arah laut menjadi daya tarikan utama untuk menginap disini.
Jarak perjalanan dari bandaraya ialah sejauh 30 km. Angulia memang digemari oleh pelajar sekolah kerana kem motivasi selalu diadakan disini. Kemudahan asrama yang lengkap dengan pakej yang berpatutan menyebabkan resort menjadi pilihan pihak sekolah.
Angullia mempunyai 50 buah bilik termasuk asrama dengan kelengkapan alat hawa dingin. Harga bilik untuk satu malam dari RM60-RM250. Harga bergantung size dan keadaan bilik. Kemudahan yang disediakan ialah dewan, tempat makan, aktiviti pantai, surau dan sebagainya.
Keindahan pasir di Angullia memang tidak boleh dinafikan kerana kehalusan dan keputihan pantai. Dari sini kita dapat melihat Pulau Kapas yang tersergam indah. Di waktu malam kita dapat melihat lampu-lampu yang menyala di tengah laut seperti deretan rumah. Lampu yang menyala itu dari datang dari deretan bot-bot nelayan yang sedang bercandat sotong.
Angullia menyediakan meja di tepi pantai untuk kita berehat dan berjamu selera. Sambil menekmati tiupan angin , kita boleh bermain bolasepak pantai atau bola tampar pantai.

Kepada yang ingin menginap disini, boleh hubungi 09 6181322 & www.angulliaresort.com

Isnin, 5 Julai 2010

Menginap Dalam Suasana Hutan

Anda pernah tidor dalam hutan? Jika anda belum pernah merasa, ini peluang untuk merasa. Datang ke Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu untuk menginap di sini bersama keluarga atau mengadakan aktviti tahan lasak di sini.
Sebelum datang sebaiknya anda membuat pertanyaan & tempahan Pejabat Hutan Lipur Sekayu ( Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ) 09 688 2510. Sekiranya anda ingin mengadakan mesyuarat atau aktiviti tahan lasak, Kakitangan Pejabat Hutan boleh mengaturkan.
Untuk menginap di sini, anda boleh memilih chalet yang mempunyai alat hawa dingin dengan harga RM60 satu malam (10 buah), Chalet berkipas dengan kemudahan memasak RM50 satu malam ( 2 buah) dan rumah rehat yang mengandungi 3 bilik dengan harga RM60 satu malam ( 2 buah). Sekiranya chalet ini penuh anda boleh menempah chalet kepunyaan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) yang bersebelahan dengan chalet kepunyaan Pejabat Hutan. Chalet MDHT mempunyai 25 buah dan keterangan lanjut hubungi MDHT 09 681 1466.

Selamat merasa kehebatan bermalam di hutan Sekayu.

Rabu, 30 Jun 2010

Tidur Atas Tasik

Kelah Rakit Resort terletak Lata Terap, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Jarak perjalanan ke resort ini ialah 70 km dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 15 km dari Pengkalan Gawi Tasik kenyir. Untuk datang ke sini boleh menaiki teksi di perhentian teksi Kuala Berang.
Resort ini mempunyai 6 buah bilik dan setiap bilik boleh di duduki seramai 5 orang. Bilik dan dewan rehat atau dewan makan dibina di atas tasik. Resort terapung ini memberi pengalaman baru kepada pelancong belum biasa suasana ini.
Kawasan sekitar ini dianggap lubuk memancing. dan boleh memancing di Santuari Kelah. Terdapat banyak ikan patin, sarong golok atau kelah yang menghuni di kawasan ini. Anda boleh memancing di resort itu sendiri dan hasilnya boleh dimasak di situ juga. Untuk kaki pancing apa lagi ! jom.
Selain memancing, pakej ini juga membawa anda mejelajahi tasik ini dengan bot untuk melihat pemandangan indah yang anda belum pernah jumpai. Jelajah tasik ini anda boleh melihat burung dan tumbuhan yang belum terusik seperti orkid liar yang hidup di kayu balak. Pelbagai spesis flora dan fauna akan anda jumpa yang hidup ditepi tasik dan anak sungai.
Anda juga boleh melihat kumpulan gajah yang sedang mencari makan. Anda boleh merakam gelagat gajah bersama ahli kumpulan yang sedang bergurau. Lawatan ke Santuari Gajah boleh diaturkan sekira anda berminat.
Suasana dingin dengan bunyian penghuni hutan menambah keunikan yang belum dirasainya. Harga pakej 2H 1M ialah RM150 dan 2H 3M RM330 seorang (penginapan, makan, memancing, bersiar dengan bot). Umur bawah 17 tahun dikenakan bayaran separuh harga.

Jika anda teringin untuk menginap disini kenalah buat tempahan awal dengan menghubungi Saufi 014 320 6545 dan http://kelahrakitresort.multiply.com/


Rasailah kehebatan Kelah Rakit Resort.

Rabu, 23 Jun 2010

Lake Land Resort terletak di Lata Terap, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Untuk sampai disini, anda boleh memandu kereta pada jarak 70 km ( 1 jam) dari Kuala Terengganu dan 22 km dari Kuala Berang.
Mempunyai 20 buah chalet gaya kampung yang sedang menunggu pelancong untuk menginap disini. Mempunyai kemudahan bilik air, air paip dari gunung, elektrik menggunakan generator dan sebagainya.

Selain daripada itu rumah terapung disediakan untuk pelancong yang ingin suasana berlainan dengan bunyi aliran air. Mempunyai 10 katil bertingkat dapat memuat 20 orang. Pakej yang disediakan untuk menginap samada di chalet atau rumah rakit ialah berdasar harga pakej iaitu
2 hari 1 malam RM300, 3 hari 2 malam RM400, 4 hari 3 malam RM480. Pakej ini termasuk penginapan, makan, memancing, mandi di air terjun dan menjelajahi tasik. Anda juga boleh menyewa rumah bot dengan harga RM1,000 satu malam ( minima 2 malam).
Jika anda ingin merasa alam semula jadi yang belum terusik, anda boleh menginap di Lake Land Resort dengan menghubungi Abu 019 995 0720 atau Nor 014 845 1763. http://lakelandresort.bravehost.com

Yang Pasti Anda Merasa Hebat Bila Anda Bermalam Jauh Kebisingan Kota.

Ahad, 20 Jun 2010

Menginap Di Tepi Tasik Terbesar Di Asia Tenggara

Lake Kenyir Resort & Spa terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu merupakan sebuah resort yang berlatarbelakang hutan Hujan Tropika dan tasik. Anda perlu melalui Pengkalan Gawi untuk sampai ke resort ini.
Apabila anda sampai ke resort ini, anda akan dibawa dengan kenderaan khas ke lobby hotel. Selepas check in anda dibawa pula ke bilik yang terletak di tepi tasik.
Resort ini mempunyai135 buah chalet dengan rekabentuk senibina tradisional Melayu. Kadar sewa antara RM288 - RM1047 untuk satu semalam berdasar jenis bilik. Dalam bilik ini disediakan kemudahan membuat kopi/teh, telepon IDD, mini bar dan sebagainya.
Kedudukan resort yang mengadap tasik cukup menawan baik di waktu pagi atau di waktu senja. Kolam mandi juga mengadap ke tasik memberi pemandangan yang luas dengan pulau-pulau kecil. Ruang minum ditepi kolam juga sesuai aktiviti santai.
Resort ini juga menyediakan pakej untuk berkelah di air terjun Saok dan Lasir, melawat Gua Bewah dan Taat, Taman Negara, Pulau Herba dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut & membuat tempahan sila hubungi 09 666 8888, 03 2052 7766. http://www.lakekenyir.com/

Jumaat, 11 Jun 2010

Bermalam Di Lata Tembakah.

Suasana hutan pada waktu malam cukup mengasyik dengan bunyi air terjun yang sayup, bunyi serangga mendayu dan bunyi salakan penghuni hutan membuat kita teruja.
Untuk bermalam disini tidaklah menyulitkan terdapat banyak ruang-ruang untuk anda beristirehat disediakan. Anda boleh menyewa tapak khemah dengan bayaran RM2 sahaja.
Anda juga boleh menyewa chalet yang mempunyai alat penghawa dingin dengan kadar yang murah. Hanya bayar RM150 satu malam anda boleh tidor lena dengan selesa.
Manakala chalet yang ada kemudahan kipas bayaran untuk satu malam antara RM50 hingga RM100. Sebanyak 20 chalet disediakan dengan kadar harga berbeza menunggu kedatangan anda. Manakala asrama sebanyak 4 buah disediakan dengan bayaran RM200 satu malam untuk 14 orang.
Kedudukkan chalet yang berdekat dengan anak sungai menyebabkan kita teringin untuk mandi disitu. Chalet tersebut dijaga dengan baik kerana dibawah kepunyaan Jabatan Perhutanan Negeri.

Untuk membuat tempahan & keterangan lanjut sila hubungi En Shamsudin Devasih 012 920 9892.

INFO UNTUK KE LATA TEMBAKAH

Kepunyaan
Jabatan Perhutanan Terengganu - 09 623 4122/627 4153
Pejabat Hutan Besut - 09 695 6148

Lokasi
Lata Tembakah   terletak di Hutan Simpan Pelagat, Besut . Untuk sampai ke sini, anda perlu menuju ke arah Pasir Akar dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di Jertih dan mengambil teksi untuk datang kesini.
Jarak
130 km dari Kuala Terengganu
80 km dari Kota Bahru
24 km dari Jertih


Penginapan

Chalet Lata Tembakah
Lata Tembakah
Besut, Terengganu
HP: 012 920 9892.
09 695 6148


D’ Lata Belatan Chalet & Champ

Lata Belatan, Jabi,

22020 Jertih, Terengganu

Tel: 017-9685025, 017-9508140, 09-7864298

Faks: 09-7864298



D’Pinggiran Gunung Tebu Resort

Lata Belatan, Jabi,

22020 Besut, Terengganu

Tel: 012-9578075

ATZ Homestay

Kg. Tok Raja, Jerteh, Besut, Terengganu

Tel: 019-3346156, 019-3346151

 http://atzhomestay.blogspot.com, 
http://atzhomestay.fotopages.com

Belian Hotel
G-137 Jalan Pasir Akar,
22200 Jertih, Terengganu
Tel: 09-6971350

Bukit Keluang Beach Resort
Pantai Peranginan Bukit Keluang
22200 Besut, Terengganu.
Tel: 09-6954100, 019-9575200
Faks: 09-6954200
Laman Web: http://www.bkbr.com.my
E-mail: sales@bkbr.com.my

Coral View Resort
No. 89 A, Depan Stesen Teksi Kuala Besut,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Alor Lintang, Besut, Terengganu
Tel: 09-6911700, 09-6974943, 019-9180943
Faks: 09-6902600, 09-6911701

D’Rizan Resort
Lot 1611, Jalan Pantai Seberang Kastam,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 09-6957854, 013-9029582
Faks: 09-6950239

Damai Beach Resort
523 Lorong Permai, Alor Lintang,
22200 Jertih, Terengganu
Tel: 09-6957488
Faks: 09-6971563, 09-6971589

Demong Beach Resort
Lot 25 Tanjong Demong,
Jalan Bukit Keluang,
Kg. Raja Besut, Terengganu
Tel: 09-6955500
Faks: 09-6955501

De Bonsai Chalet
Kg. Pengkalan Gaduh, Bukit Keluang,
22200 Besut, Terengganu
Tel: 013-9752234

Pusat Rekreasi La Hot Spring Resort
Pusat Rekreasi Lo Hot Spring,
2, Kg La, 22010 Hulu Besut, Terengganu
Tel: 09-6060525, 013-9276998

Rumah Rehat Kerajaan
Pantai Peranginan Air Tawar,
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6956326

Agensi Pelancongan

Asij Venture Sdn. Bhd.
Lot 279, Tingkat Atas, Jalan Jerteh,
22000 Besut, Terengganu
Tel: 09-6974404
Yiros Tour & Travel Sdn. Bhd.
Lot PT 323, Tingkat 1, Jalan Hj. Jusoh, Jerteh,
22000 Besut, Terengganu
Tel: 09-6975919


Yaudin Holidays & Tours Sdn. Bhd.
B6, Terminal Pelancong, Kuala Besut
Tel: 09-6974887

Musafir Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot No. 468, Tingkat Bawah, Bangunan SEDC,
Jalan Besar Jertih,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979333

Lovely Travels & Tours Sdn. Bhd.
No.79, Jalan Pantai Kuala Besut
Tel: 09-6974297/09-6975422

Kuala Besut Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 8, Jalan Pantai, Seberang Barat, Kuala Besut
Tel: 09-6974948

Kuala Besut Connection Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.2, Tingkat B, Jalan Pantai, Besut
Tel: 09-6974367/019-9639014

Pengangkutan

Untuk ke Lata Belatan.


1. Bas online



3. Teksi

Stesen Kereta Sewa Kuala Besut
22300 Kuala Besut, Besut, Terengganu
Tel: 09-6974294

Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu

Tel: 09-6979840
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin (Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067

Keistimewaan
Lata ini  mempunyai keindahan rimba semulajadi  dan  mempunyai kemudahan chalet, dewan, surau dan tapak perkhemahan.

Selasa, 25 Mei 2010

Bermalam Dengan Deruan Angin Dingin

Bukit Keluang Beach Resort merupakan tempat penginapan yang popular di Besut. Untuk sampai di resort mengambil 2 jam dari Kuala Terengganu, 1 1/2 jam dari Kota Bahru & 15 minit dari Jeti Kuala Besut.
Terletak di Pantai Peranginan Bukit Keluang menawarkan 64 pelbagai jenis bilik daripada harga RM180 hingga RM800 satu malam. Resort ini juga menawarkan tempat mesyuarat atau seminar dengan harga pakej yang berpatutan.
Mempunyai 2 buah kolam mandi yang cantik sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa. Lanskap kawasan kolam cukup cantik & menarik membolehkan kita merehatkan minda dari kesibukan kota.
Bilik tidur yang kemas dengan ukiran kayu sungguh menawan & memberi kepuasan kepada pengantin yang berbulan madu disini.
Bangunan bercorak rekabentuk tradisional Terengganu begitu hebat dipandang boleh dihubungi 09 6954 100 http://www.bkbr.com.my untuk membuat tempahan.

Rabu, 12 Mei 2010

Agro Resort - Dikelilingi Air

Agro Resort mempunyai dua buah Kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa. Kolam renang untuk orang dewasa berbentuk bulat & mempunyai air terjun dua
tingkat buatan manusia yang cantik. Untuk kanak-kanak pula, kolam tersebut mempunyai gelongsor air & jambatan pendek yang merentasi kolam. Ada laluan air dibawah jambatan ini.
Jika anda suka bermain rakit, bot kayuh & kayak, anda dapat menyusuri Pulau Bunga Wangi.
Agro Resort dikelilingi air yang mengalir melalui tepi bilik penginapan. Apabila kita membuka tingkap, ternampak ikan bermain dalam air. Mesti anda teruja apabila melihatnya yang tiada terdapat ditempat anda.
Mempunyai 58 buah chalet berciri senibina tradisional Melayu menawarkan harga chalet dari RM89.00 satu malam hingga RM390.00 satu malam. Selain daripada itu Agro Resort menawar tempat seminar & aktiviti bina semangat.
Aktiviti lasak seperti kembara hutan, flying fox, abseiling, rempuh halangan boleh diperolehi disini. Berkonsep agrotourism anda pasti mengalami satu keunikan yang tiada tempat lain. Cuti sekolah ini bawalah keluarga anda untuk berehat disini. Hubungilah 09 6903045/690 2245 untuk tempahan. www.agroresort.com