Memaparkan catatan dengan label pesta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesta. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Oktober 2010

Sua Rasa Di Pulau Warisan

Sua Rasa anjuran Kerajaan Negeri & TV9 akan diadakan pada 8-9 Oktober 2010 dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Pulau Warisan. 

Untuk kesana anda boleh parking kereta anda kawasan Hotel Seri Malaysia atau Waterfront Balik Bukit dan berjalan kaki ke Pulau Warisan disebelah Hotel Malaysia atau parking kereta di Pasar Kedai Payang dan berjalan kaki ke tapak pesta disebelah pasar.

Program ialah Pameran,jualan,Upin & Ipin, perjumpaan dengan personaliti TV9, artis dan malam penghayatan rohani .

Jumaat, 24 September 2010

Cahaya Kong Ming Deng Di Udara

Festival Tanglung 2010 yang diadakan di dataran berkembar Pulau  Warisan, berjaya menarik 3,000 pengunjung dan pelancong untuk menyaksikan  Kong Ming Deng (tanglung terbang). Sebanyak 126  buah tanglung pelbagai warna telah dilepaskan ke udara. Festival yang mendapat sokongan Kerajaan Negeri dan NGO diadakan setiap tahun  dan menjadi produk pelancongan.
Perlepasan tanglung yang menjadi amalan  orang China   juga menarik minat pelancong asing menyertai sama melepas tanglung ke udara  yang diadakan pada 22 September 2010. Suasana dataran ini bermandikan  cahaya dengan lampu dan tanglung telah menerangkan  tempat festival ini. Tanglung berwarna merah memang menjadi warna kegemaran orang Cina.
Orang Melayu yang sudah biasa bermain tanglung turut memeriahkan  suasana perlepasan tanglung yang ditulis Salam Aidilfitri kerana festival ini diadakan selepas hari raya. Tanglung yang diperbuat dengan kertas minyak berbentuk bujur terlebih dahulu ditulis dengan  pelbagai ucapan sebelum dilepaskan.
Di dalam  tanglung diletak api untuk menghasilkan  wap panas. Wap panas yang memenuhi ruang dalam tanglung ini akan menerbangkan tanglung ke udara. Setiap kali tanglung berjaya diterbangkan akan disambut dengan sorakan dan tepukan oleh pengunjung. Ini menyebabkan pengunjung merasa seronok  melihat tanglung bertaburan di udara dan melayang-layang  mengikut arah  angin.

Disepanjang jalan Kampung Cina dan dataran kembar Pulau Warisan dihiasi tanglung tradisional dan moden dengan pelbagai bentuk dan warna. Penglibatan semua kaum dalam perlepasan dan perarakan tanglung telah memaparkan semangat 1 Malaysia yang sama-sama berkongsi  kebudayaan secara bersama.

Photo disumbang oleh Abang  Nomey.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Isnin, 6 September 2010

Alami Kegemerlapan Pelita Raya

Beberapa buah kampung di DUN Tepoh telah bermandi cahaya dengan kegemerlapan cahaya pelita menyinari setiap lorong kampung. Setiap rumah dipasang pelita buatan sendiri dan digantung direplika pelbagai bentuk.
Replika pelbagai bentuk dibuat dengan bahan terbuang dan bahan yang terdapat dalam kampung masing-masing seperti buluh. Mereka bersungguh-sungguh untuk menghias supaya kelihatan lebih cantik.
Suasana kampung bertambah meriah apabila pengunjung mula sampai untuk melihat sendiri keindahan kampung yang menyertai pertandingan pelita raya. Kanak-kanak turut gembira melihat cahaya dari pelita yang disusun dengan cantik. Ibu bapanya pula teringat zaman mereka menjadi kanak-kanak.
Selain pelita, tanglung juga digantung tepi rumah dan menambahkan seri malam tujuh likur. Malam ini malam terakhir pesta pelita raya dan bawalah keluarga untuk menyaksikan keindahan ini yang diadakan setiap akhir bulan ramadhan.
INFO

Penganjur
Lembaga Muzium Negeri Terengganu
019 963 0015 - Mohd Sabri

Tarikh
4-6 Sepetember 2010

Masa Untuk Lawati
10 malam- 12 tengah malam

Nama Kampung Yang Menyertai

Kampung Padang Hangus
Kampung Pagar Ubi
Kampung Raja Tepoh
Kampung Tokeng
Kampung Baru Tepoh

Hadiah

Keseluruhan hadiah bernilai RM30,000


Lokasi
Terletak di kawasan Tepuh dan untuk sampai di sini kena melalui kampung Tepuh atau melalui Gong Badak ke Pulai Baru

Jarak
25 km dari Kuala Terengganu

Penginapan

Baitul Muslim Homestay
No.5,Taman Koinsaf,
Kg Banggol Tok Jiring,

21060 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 019-2675808

Izzati Homestay

PT 27706 Kampung Gong Badak,

Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 019-9752199
Laman Web: http://izzatihomestaygongbadak.blogspot.com
Emel: izzatihomestay@gmail.com


KT Golf Resort
Tok Jembal,
Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6660613, 09-6666836
Faks: 09-6666493

Penginapan Dara Inn
Lot 28267, Telaga Batin,
Mukim Kuala Nerus,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6668482, 013-9359543



Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel: 09-6664067

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan

Sebanyak 194 buah rumah di lima buah kampung sekitar DUN Tepoh akan menyertai pertandingan ini. 10,000 buah pelita akan dipasang.

Sabtu, 4 September 2010

10,000 Ribu Pelita Raya Menyala


Pertandingan Pelita Raya akan berlangsung selama tiga malam bermula 4-6 September 2010 di kawasan DUN Tepoh. Ketika ini penduduk kampung di Kampung Padang Hangus sedang sibuk menyiap persiapan terakhir untuk menyerta pertandingan tersebut.
Hadiah bernilai RM30,000 di sediakan oleh Muzium Negeri sebagai penganjur untuk kategori individu dan Kategori Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung. Kreativiti penduduk kampung menggunakan bahan terbuang dan bahan yang terdapat dalam kampung mereka digunakan untuk mencipta objek dan pelita.
Ini rumah yang menjadi johan tahun lepas iaitu Roslim Ismail 019 923 0968 yang tinggal di Kampung Padang Hangus, Tepoh. Sebanyak 10,000 pelita akan menyala sepanjang tiga malam di 5 buah kampung.
Malam ini, malam esok dan malam lusa, kita pakat ramai-ramai melihat pesta pelita raya yang menjadi tradisi kampung sejak dulu lagi.

INFO

Penganjur
Lembaga Muzium Negeri Terengganu
019 963 0015 - Mohd Sabri

Tarikh
4-6 Sepetember 2010

Masa Untuk Lawati
10 malam- 12 tengah malam

Nama Kampung Yang Menyertai
Kampung Padang Hangus
Kampung Pagar Ubi
Kampung Raja Tepoh
Kampung Tokeng
Kampung Baru Tepoh


Hadiah

Keseluruhan hadiah bernilai RM30,000


Lokasi
Terletak di kawasan Tepuh dan untuk sampai di sini kena melalui kampung Tepuh atau melalui Gong Badak ke Pulau Baru

Jarak
25 km dari Kuala Terengganu

Penginapan

Baitul Muslim Homestay
No.5,Taman Koinsaf,
Kg Banggol Tok Jiring,

21060 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 019-2675808

Izzati Homestay

PT 27706 Kampung Gong Badak,

Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 019-9752199
Laman Web: http://izzatihomestaygongbadak.blogspot.com
Emel: izzatihomestay@gmail.com


KT Golf Resort
Tok Jembal,
Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6660613, 09-6666836
Faks: 09-6666493

Penginapan Dara Inn
Lot 28267, Telaga Batin,
Mukim Kuala Nerus,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6668482, 013-9359543



Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel: 09-6664067

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Sebanyak 194 buah rumah di lima buah kampung sekitar DUN Tepoh akan menyertai pertandingan ini.

Selasa, 31 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Malaysia diberi kemerdekaan dari kerajaan British pada 31 Ogos 1957. Maka setiap 31.Ogos, seluruh negeri di Malaysia menyambut hari kemerdekaan. Aktiviti sambutan hari merdeka bermula 16. Ogos dengan majlis mengibar bendera, malam ambang merdeka dan perarakan pembarisan. Tema tahun ini ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi.
Di Kuala Terengganu, sambutan hari kemerdekaan diadakan cukup sederhana dan tiada perarakan pembarisan kerana jatuh pada bulan ramadhan. Majlis ambang merdeka di buat di Balik Bukit Waterfront dan Masjid Kristal. Menteri Besar Terengganu telah bersolat dengan rakyat dan mengadakan majlis tahlil dan bersahur.
Di Pantai Batu Burok, jalur gemilang memenuhi sepanjang jalan. Warna kemerahan jalur gemilang menambahkan lagi  kecantikan pantai Batu Buruk dengan kibaran bendera apabila bertiup angin laut.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Selasa, 8 Jun 2010

Pasar Malam Di Taman Syahbandar

Cuti sekolah Taman Syahbandar menjadi tumpuan kunjungan pelancong untuk membeli belah. Berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, Bazar Warisan & Istana Maziah memudahkan pelancong singgah untuk membeli.
Pada waktu malam persembahan hiburan diadakan dengan jemputan penghibur terkenal & tempatan. Sebelah pasar malam ada taman pemainan seperti gondola, kuda berpusing dan sebagainya. Pertunjukkan ular juga diadakan oleh penjual ubat untuk menarik pembeli.
Selain menjual makanan, pasar malam juga ada menjual pakaian untuk sesuai semua golongan. Ada yang menjual tshirt, pakaian busana, pakaian kanak, kasut, beg tangan dan sebagainya.
Pengunjung yang datang kenderaan sendiri boleh meletak kereta dikawasan parkir yang luas. Mana kala pengunjung yang menyewa hotel berdekatan dengan tapak ini boleh berjalan kaki sambil bersantai.
Anda juga boleh menaiki beca ( orang Terengganu panggil teksi ) untuk datang ke tapak ini dengan bayaran RM5 atau menaiki bas pelancong (yang badannya berukiran kayu).

Jangan lupa bawa kamera untuk merakam pemandangan yang tercantik terutama berada di tepi Sungai Terengganu dan di muka kuala.

Isnin, 7 Jun 2010

Eye of Terengganu

Taman Syahbandar yang terletak di muka kuala Sungai Terengganu merupakan tempat tumpuan pelancong. Keindahan pemandangan sungai & laut sungguh indah sekali terutamanya apabila melihat bot-bot nelayan yang baru balik dari laut.
Di taman itu sedang berlangsung Taman Permainan yang dikenali Euro Fun Park. Taman permainan ini mengandungi permainan buaian kuda, rumah hantu, roller coaster. gondola dan  sebagainya.
Cuti sekolah sudah bermula amat sesuai membawa anak-anak ke taman ini untuk mencuba permainan yang ada di situ. Untuk memasuki ke taman ini bayaran RM3 untuk orang dewasa dikenakan dan kanak-kanak sebanyak RM2.00.
Apabila kita menaiki buaian berpusing, kita dapat melihat pemandangan muara sungai dan persekitaran Taman Syahbandar.

Jika anda berkunjung ke bandaraya Kuala Terengganu, jangan lupa singgah Taman Syahbandar.

Ahad, 6 Jun 2010

Main Pantai - Satu Nostalagia

Main Pantai adalah acara tradisi penduduk Kampung Padang Kemunting untuk berkumpul ditepi pantai. Pada kebiasaannya selepas musim menuai padi, mereka berpakat mendiri bangsal ditepi pantai. Mereka mendirikan bangsal dengan menggunakan pelepah kelapa dan buluh.
Bermula 4 Jun hingga 9 Jun 2010 bertempat di Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telepot mereka mengadakan pesta main pantai. Pada waktu siang mereka mengadakan pertunjukkan wau. Manakala pada waktu malam pertunjukkan Wayang Kulit dan Dikir Barat diadakan.
Selain daripada itu, terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan pakaian. Sebanyak 200 unit bangsal didirikan secara gotong royong. Anda boleh masuk kedalam bangsal untuk berkenalan dengan penghuni bangsal. Jika anda bernasib baik, anda akan dihidangkan nasi atau kuih tradisional seperti Loklik.
Anda juga boleh melihat mereka mengail ikan atau menjala ikan. Di sepanjang pantai ini terdapat banyak ikan seperti ikan ebek, kerapu, kakap dan pari. Disini juga anda melihat mereka menangkap ketam dengan mengguna tangan.
Mereka akan mencucuk perut ayam disebatang kayu & dipacak dalam air. Ketam akan memakan umpan tersebut. Untuk menangkapnya hanya memegang bahagian atas ketam
Untuk pergi ke tapak ini hanya memerlukan 30 minit perjalanan dari Kuala Terengganu. Tapak ini hanya bersebelahan dengan Universiti Malaysia Terengganu.

Sekiranya anda memerlukan penginapan yang berhampiran dengan tapak pesta ini sila hubungi chalet 09 666 6311 & homestay 012 949 0258/019 969 1871