Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan

Selasa, 20 Julai 2010

Hebatnya Air Tuak dan Air Nira Kelulut

Pantai Kelulut, Marang memang terkenal dengan air tuak atau air nira. Apabila kita melalui jalan Dungun ke Kuala Terengganu terdapat deretan gerai yang menjual air tuak. Anda boleh pilih gerai yang mana anda suka sebelah kanan atau sebelah kiri.
Kampung Kelulut mempunyai sumber air tuak yang banyak. Air tuak dihasil daripada pokok nipah dan pokok kelapa. Air Tuak pula diperolehi daripada mayang kelapa. Mayang ini perlu diikat dan dihujungnya dipotong untuk mengeluarkan air tuak. Untuk menadahkan air tuak, tukil diperbuat dari buluh digunakan tetapi sekarang mereka menggunakan botol plastik.
Tadahan ini dibiarkan sehari dan boleh dipungut dua kali sehari iaitu disebelah pagi & petang. Rasanya masam dan manis. Harga yang dijual ialah RM1.50 sebotol dan RM1.00 sebungkus. Bulan puasa nanti air tuak menjadi minuman yang paling popular.
Air tuak sedap diminum secara sejuk. Rasanya memang enak. Air tuak ini perlu disimpan dalam peti sejuk untuk mengelakan menjadi masam. Jika masam boleh memabukkan dan jika dibiar lagi bertukar jadi cuka.

Respon dari rakan fb : http://www.facebook.com/?sk=messages&tid=1514931239894#!/photo.php?pid=580621&id=1669429885&ref=notif&notif_t=photo_comment

Rabu, 21 April 2010

Hilangkan Dahaga dengan Air Kelapa Muda

Sebelum sampai kawasan Lembah Bidong, Saya terjumpa sebuah gerai yang menjual air kelapa, Ais Batu Campur, goreng pisang & goreng kerepok. Masa ini cuaca agak panas , terasa
haus. Apa lagi saya terus membuat pesanan sebiji air kelapa muda. Harganya hanya RM2.50

sebiji. Bagi harga dalam gelas hanya RM1.20 & air batu campur RM1.20. Manakala harga goreng pisang & goreng kerepok ialah Rm1.00 untuk 5 pieces.
Mana lebih sedap minum secara togok atau minum menggunakan straw? Terpulang pada anda yang mana anda sukainya. Janji anda mendapat kepuasan apabila minum air kelapa muda.

Selepas minum, buah kelapa ini akan dibelah dua untuk mendapatkan isinya. Dengan menggunakan sudu anda dapat makan isi dengan sepuas hati.. Isinya cukup lazat

Respon oleh rakan di facebook mengenai yang mana lebih sedap minum air kelapa secara togok atau menggunakan straw. http://www.facebook.com/photo.php?pid=438224&id=1669429885.