Memaparkan catatan dengan label Setiu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Setiu. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Oktober 2010

Sukan Kuda Lasak Tarikan Pelancong

Salah satu perlumbaan kuda lasak yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong, Setiu, awal tahun ini.


Sukan berkuda agak asing bagi kebanyakan rakyat negeri ini sehinggalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memainkan peranan penting merintis Kejohanan Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge (SCTE).

Baginda yang dikenali sebagai peminat nombor satu sukan itu dan juga seorang penunggang handal mendorong pelaksanaan SCTE melalui edisi pertama pada 2002 di Sungai Tong Setiu.

Kejohanan yang mengetengahkan konsep pelancongan sukan di negeri ini akhirnya berjaya meletakkan Terengganu dalam peta destinasi kejohanan berprestij, bertaraf dunia.Ia bermula dengan perlumbaan jarak lebih dari 80 kilometer (km) selaras dengan ketetapan Persekutuan Berkuda Antarabangsa (FEI) dan Persatuan Berkuda Malaysia (EAM) disusuli kejohanan serupa di tasik Kenyir pada tahun berikutnya.

Kejayaan itu mendorong ke arah kewujudan Terengganu Endurance Ride (TER) pada 2004, perlumbaan jarak 140km buat julung kalinya SCTE telah diadakan di Lembah Bidong, Setiu yang dijadikan venue tetap kejohanan.Ekoran pencapaian hebat itu, TER yang dipimpin baginda dan EAM disaran membida kejohanan dunia, FEI World Endurance Championship (WEC).Sebagai persediaan, perlumbaan sejauh 160 kilometer (km) iaitu SCTE diadakan pada November 2006, salah satu perlumbaan paling berjaya di negara ini.
 
Akhirnya, Malaysia diberikan keistimewaan menjadi tuan rumah kejohanan FEI WEC 2008 di mana jarak perlumbaan melebihi 160km. Ia menempatkan Malaysia dengan lebih jelas di persada dunia dalam sukan berkuda dan menjadikan Terengganu International Endurance Park (TIEP) sebagai salah satu sirkit dan perkampungan sukan berkuda terbaik dunia.

SCTE telah menjadi salah satu kejohanan tetap bertaraf dunia yang berjaya menarik ramai peserta dan peminat sukan itu dari serata pelosok dunia saban tahun.Tradisi itu diteruskan lagi tahun ini di mana seramai 90 penunggang dari 15 negara dijangka berentap untuk merebut hadiah berjumlah RM86,000 di kejohanan SCTE 2010 yang bakal berlangsung di TIEP.Jumlah itu meningkat sebanyak 50 peratus berbanding tahun pertama ia dianjurkan dan ini memperlihatkan ia sentiasa menjadi tarikan.

Kejohanan selama tiga hari yang bermula pada 5 November ini bertemakan 'Karnival Kuda Bersongket' simbol kekayaan warisan negeri pasti menjanjikan kelainan yang lebih menyegar dan menghiburkan pengunjung.Buat pertama kalinya, ia dimeriahkan dengan program mencari harta Karun dari Kuala Lumpur Ke TIEP yang dinamakan 'jejak songket'.

Pelancaran disempurnakan oleh Tengku Seri Bendahara Mustafa Kamel, Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu yang mewakili kekandanya, Tuanku Mizan di sini baru-baru ini.Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada majlis itu berkata, ia membawa simbol industri songket yang menjadi kebanggaan rakyat.

''Kejohanan ini turut menarik perhatian peminat sukan berkuda, pemilik dan pembiak kuda, doktor haiwan dan lain-lain yang terlibat dalam industri ini.Ia sekali gus dapat meningkatkan kehadiran pelancong dan pastinya merancakkan lagi perkembangan ekonomi negeri.

Kejohanan semakin dekat dengan hati rakyat, memberikan ruang kepada anak tempatan untuk menimba lebih pengalaman serta melahirkan lebih banyak kepakaran dalam penganjuran sukan bertaraf dunia ini."Oleh itu, kita tidak dapat menolak bahawa pelaksanaan kejohanan berprestij sebegini mampu meletakkan Terengganu sebagai sebuah negeri pelancongan sukan yang unggul," ujarnya.

Usaha itu menepati hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan pelancongan salah satu penjana utama pendapatan negeri dan mengurangkan kebergantungan terhadap hasil minyak."Ia juga selari dengan usaha kerajaan menjadikan negeri bertuah ini sebagai hab bagi kebudayaan, warisan, seni, sukan dan rekreasi di rantau ini," katanya.Beliau yakin bahawa kejohanan bertaraf dunia ini mampu menjadi platform kepada usaha untuk merealisasikan hasrat itu.

Petikan Daripada
Oleh AHMAD FAZLI MOHD YADI
utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 14 Okt.

Sabtu, 5 Jun 2010

Remis Di Pantai Merang

Sekarang, Pantai Merang (bersebelahan Sutra Beach Resort) menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari remis. Bermula tengahari mereka memasang khemah dan hamparkan tikar
dibawah pokok rhu. Mereka makan nasi beramai-ramai dan apabila tiba waktu petang bermula mencari remis. Setengah penduduk mengatakan bukan remis tapi tijah. Remis atau tijah berada didalam air dan untuk mencarinya hanya menggunakan kaki. Apabila kita
merasa kaki terpijak remis barulah mengambilnya dengan tangan. Size tidaklah sebesar kerang tapi jika dimasak dengan gulai lemak memang sedap. Mereka mencari remis bukan
untuk tujuan menjual tetapi sekadar bersuka ria. Orang dewasa teringat zaman kanak-kanaknya mencari remis, tijah, kepah, etok, lala dan yang muda akan menjadi satu pengalaman untuknya.

Ahad, 23 Mei 2010

Ngail Dalam Botol

Penduduk kampung mengeratkan perpaduan & mengekal semangat kejiranan dipupuk melalui sukan tradisional. Mengail dalam botol memerlukan ketekunan & semangat yang tinggi untuk memasukkan kail dalam lubang botol yang sempit.
Sesiapa yang berjaya mengangkat botol terlebih dahulu akan ditabal menjadi juara. Acara ini amat mengeli hati melihat telatah peserta yang berusaha berapa kali untuk mengangkat botol tetapi terlucut.

Pelancong asing pasti terhibur dan ingin mencuba.

Jumaat, 21 Mei 2010

Nelayan Pantai

Jika kita bertemu pantai, jangan lupa berhenti untuk melihat nelayan pantai sedang menjalankan aktivitinya. Ada yang menolak bot ke laut beramai-ramai & anda boleh menyertainya sama. Anda terhibur kerana dapat membantunya.
Ada kalanya anda melihat nelayan sedang memunggah ikan dari botnya. Anda boleh membelinya dengan harga yang lebih murah dari harga dipasar. Yang pasti anda membeli ikan yang segar.
Anda juga dapat melihat nelayan yang baru sampai dan sedang memudik botnya untuk berlabuh dipantai. Anda boleh menaiki bot dan bergambar dengannya untuk buat kenangan. Yang pasti anda dapat melihat hasil tangkapan seperti ikan kerapu, kakap, bawal, kembong, pari dan sebagainya.

Selasa, 18 Mei 2010

Pesta Ngambat Ikang

Pesta Ngambat Ikang atau Pesta Menghambat Ikan adalah sukan tradisi penduduk Langkap pada setiap tahun. Apabila tiba musim kemarau, air Sungai Nerus, Setiu menjadi cetek maka penduduk disekitar pekan Langkap beramai-ramai turun ke sungai untuk mengambat ikan.
Ada yang membawa jala, pukat jala atau tangguk. Apabila peralatan dipasang dalam sungai maka penduduk tersebut akan berkumpul jauh dihadapan pukat & mereka beramai-ramai berlari mengusir ikan. Ikan tersebut melari diri hingga melanggar pukat yang dipasang.
Pesta ini sesuai dijadikan produk pelancongan kerana keriuhan suasana melihat gelagat penduduk kampung yang beramai-ramai terjun ke sungai sambil mengejar ikan. Ikan yang diperolehi akan dimasak disitu juga & mereka beramai-ramai menjamu selera.
Diantara ikan sungai yang diperolehi ialah Baung, Sebarau, Lampan dan sebagainya. Ikan Kaloi seberat 10 kilogram berjaya ditangkap. Acara ini jarang boleh dilihat dilain tempat kecuali di Langkap, Setiu.

Isnin, 17 Mei 2010

Lokam Di Pengkalan Gelap

Lokam jika digulai lemak atau gulai cili api memang sedap tidak terkata. Makan nasi tiga kali tambah. Di mana hendak dapatkan lokam? Ada dua tempat iaitu di Penarik & Pengkalan Gelap.
Pengkalan Gelap yang terletak 20 minit perjalanan dari Penarik, Setiu atau dari Kampung Raja, Besut. Terdapat gerai yang menjual hasil laut & kraftangan yang diusahakan penduduk tempatan disitu.
Selain daripada itu cuka nipah dan budu ada dijual disitu dengan harga yang berpatutan.
Lokam ini dijual dengan harga 80 sen satu kilogram. Lokam ini diperolehi di celah pokok nipah yang terdapat disepanjang sungai berhampiran dengan Setiu Wetland.
Gerai ini ada menjual ikan kering pelbagai jenis, belacan, lidi, lekar dan pelbagai kraftangan nipah dengan harga berpatutan. Singgah sebentar untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang.

Ahad, 16 Mei 2010

Kecantikan Ayam Serama

Ayam Serama mempunyai perwatakan dan gaya istimewa dengan pelbagai warna. Sifatnya suka menunjuk-nunjuk dengan gaya ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus kebawah. Ayam ini juga dikata cepat mengenai tuan dan jinak

Suria Resort telah menganjur pertandingan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama dengan menawarkan hadiah bernilai RM40,000. Dalam pertandingan ini ayam serama yang bernama
Warisan Buyong Emas telah dipilih menjuarai pertandingan ini. Ayam ini dimiliki oleh Halida Ngah 43, dari Cabang Tiga, Kuala Terengganu dengan membawa hadiah wang tunai RM1,050.00 & piala pusingan. Ayam Serama dianggap baik apabila berdiri tegak nampak
kegagahan dengan kepala melunjur ke belakang & kepak menegak. Harga seekor ayam ialah dari RM40,000 hingga RM50,000 seekor.

Sabtu, 15 Mei 2010

Lembah Becah Setiu

Lembah Becah Setiu atau Setiu Wetland mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung antara laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan & paya bakau.
Tanah lembab ini dianggap paling unik, cantik & penuh dengan flora serta fauna. Kawasan ini terletak di Kuala Setiu iaitu 50 kilometer dari bandaraya. Keluasannya ialah 880 hektar dan menganjur sepanjang 26 kilometer.
Lembah Becah ini terdapat dua persekitaran yang indah iaitu lagun yang tenang & hamparan pantai yang memutih. Di tambah dengan spesis kehidupan seperti pelbagai jenis ikan, burung, krustasia, ketam, tiram & lain-lain kehidupan.
Di sini juga terdapat dua jenis spesis tuntung yang sukar dan jarang dijumpai iaitu 'river terrapin' dan 'painted terrapin'. kawasan ini adalah pemuliharaan tuntung yang telah dijalankan oleh WWF Malaysia (World Wildlife Foundation)
Di kawasan lagun ini terdapat 1,924 buah sangkar ikan dengan keluasan 54,334 meter persegi. Hasil keluaran ialah RM16 juta iaitu 1,447 tan metrik. Sebanyak 81 buah sangkar
tiram dengan keluasan 3,554 meter persegi dan sangkar udang pula dengan keluasan 60 hektar dengan hasilan 500 tan setahun. Jenis udang ialah udang harimau & udang putih.
Mempunyai 9 ekosistem Setiu Wetland dianggap wetland paling hebat dan jarang boleh ditemui. Datang sendiri untuk alami dengan menyusuri sungai, meredah bakau & nipah atau bercanda di pantai. Untuk menginap di lembah becah Setiu, sila hubungi Laguna Agro Resort 09 690 2245/ 09 690 3045. 


INFO UNTUK KE SINI

Lokasi
Wetland  terletak di Laguna Setiu tepi pantai Lautan China Selatan. Untuk ke sini anda perlu ke Kampung Kuala Setiu.


Keluasan
Wetland   mempunyai keluasan 880  hektar dan mengunjur sejauh 26 km

Jarak
50 km dari Kuala Terengganu
100 km dari Kota Bahru
21 km dari Permaisuri



Penginapan

Kembara Resort
Lot 474, Pantai Peranginan Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6531770
Faks: 09-6531900

Homestay Kampung Rhu 10
Persatuan Nelayan Kawasan Setiu,
Lot 6494, Kampung Rhu 10,
22120 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6927921
Faks: 09-6927921

Merang Suria Resort
Lot 1841. Kg Rhu Tapai,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6531600
Faks: 09-6531601

Nelayan Resort
Persatuan Nelayan Kawasan Setiu,
Lot 6494, Kg. Rhu 10,
22120 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6977921, 019-9137380
Faks: 09-6977921

Pandan Laut Beach Resort
Lot 390, Pantai Perangginan Rhu Sepuluh, Penarik,
21010 Setiu, Terengganu.
Tel: 013-6812495
Laman Web: http://www.pandanlaut.com

Peladang Setiu Agro Resort
Lot 3912, Gunton,
22040 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6902240/41/45
Faks: 09-6903482

Penarik Inn
Lot 31, Kg. Baru Penarik,
22120 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6977816, 013-3260564
Faks: 09-6243318

Rhu Sepuluh Guest House
Kem Bari,
D/A Majlis Daerah Setiu,
Terengganu
Tel: 09-6099434

Rumah Rehat Setiu
C/O Pejabat Daerah Setiu,
22100 Permaisuri, Setiu,
Terengganu
Tel: 09-6090508
Faks: 09-6099017

Sutra Beach Resort & Spa
Kampung Rhu Tapai Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6531111
Faks: 09-6531226
Laman Web: http://www.sutrabeachresort.com.my

Teamate Training Resort
Lot 252, Pantai Peranginan Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 019-9368463

The Aryani Resort
Kg. Rhu Tapai-Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6532111
Faks: 09-6694948


 
Pengangkutan


3. Teksi

Stesyen Kereta Sewa/Teksi Bandar Permaisuri
22100 Setiu, Terengganu
Tel: 019-9580488

Stesen Kereta Sewa Kuala Besut

22300 Kuala Besut, Besut, Terengganu

Tel: 09-6974294

Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh

22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6242694

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa

Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6664067

Keistimewaan
Lembah Becah  belum lagi tercemar dengan pembangunan fizikal dan tempat ini mempunyai tiga lapisan iaitu sungai/lagun, pantai dan laut. Terdapat  stesen  penyelidikkan oleh Universiti Malaysia Terengganu.

Jumaat, 14 Mei 2010

Abang Mat Yang Baik Hati

Tanpa dirancang, saya berhenti kereta apabila ternampak papan tanda kraftangan & papan tanda Pengerusi, Jawatankuasa Kampung & Kawalan Keselamatan, Kuala Setiu, Setiu. Saya bersalam dengan seorang yang memperkenalkan namanya Abang Mat.
Saya datang kesini untuk melihat hasil kerja kraf anyaman nipah & buah kelapa telah di raikan oleh Abang Mat yang lebih dikenali Abang Mat Perikanan. Abang Mat menjamu saya dengan buah kelapa muda yang baru dipetik di laman rumahnya.
Keramahan & mudah mesra menyebabkan saya tertarik berkenalan dengannya. Abang Mat merupakan seorang nelayan. Sekarang ini menjadi tenaga pengajar kepada nelayan di Jabatan Perikanan di Demong Besut. Di samping menjadi chegu perikanan beliau juga adalah
Pengerusi, Jawatankuasa Kampung & Kawalan Keselamatan Kuala Setiu. Beliau juga pandai membuat kraftangan iaitu menghasilkan tempurung berlampu dengan ukiran bercorak . Tempurung kelapa yang tidak berisi akan diletak mentol didalam untuk mengeluarkan cahaya yang klasik.
Sesiapa yang ingin bertandang ke teratak Abang Mat untuk berkenalan dengannya & melihat hasil kerja kraftangannya. Sila hubungi 013 934 5843

Khamis, 13 Mei 2010

anyaman Nipah

Di Kampung Pengkalan Gelap terdapat satu industri anyaman lidi nipah. Di kampung ini kaya dengan tanaman pokok nipah dan mudah diperolehi. Selain daripada itu, pokok kelapa juga
banyak terdapat disini & buahnya boleh dibuat cenderahati. Buah ini dibuang isinya untuk dijadikan tempurung bagi menghasil rekaan yang cantik. Produk ini boleh dibuat lampu.
Kak Za atau Maimun bt Muhamad pengusaha anyaman lidi nipah yang aktif banyak menghasilkan kraftangan yang berasas pokok nipah. Di antara hasil anyaman ialah seperti

bekas untuk meletak barangan, lidi, atap nipah, bekas gelas dengan pelbagai size & warna. Harganya ialah dari RM5 hingga RM25 sebiji bergantung pada size.
Beliau juga menghasilkan lidi nipah untuk digunakan menyapu sampah. Produk ini di jual pada harga rm2 satu unit.
Daun pokok nipah boleh menghasilkan atap. Atap ini bila dipasang di pondok dapat menampilkan ciri tradisional & unik.
Kak Za juga menghasil kraftangan dari bahan terbuang. Kotak yang dibuang boleh dihasilkan menjadi bekas tisu, bekas telur, bekas menyimpan dan sebagainya. Sesiapa yang ingin melawat bengkelnya & membuat tempahan boleh menghubungi 017 969 0441.

Rabu, 12 Mei 2010

Agro Resort - Dikelilingi Air

Agro Resort mempunyai dua buah Kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa. Kolam renang untuk orang dewasa berbentuk bulat & mempunyai air terjun dua
tingkat buatan manusia yang cantik. Untuk kanak-kanak pula, kolam tersebut mempunyai gelongsor air & jambatan pendek yang merentasi kolam. Ada laluan air dibawah jambatan ini.
Jika anda suka bermain rakit, bot kayuh & kayak, anda dapat menyusuri Pulau Bunga Wangi.
Agro Resort dikelilingi air yang mengalir melalui tepi bilik penginapan. Apabila kita membuka tingkap, ternampak ikan bermain dalam air. Mesti anda teruja apabila melihatnya yang tiada terdapat ditempat anda.
Mempunyai 58 buah chalet berciri senibina tradisional Melayu menawarkan harga chalet dari RM89.00 satu malam hingga RM390.00 satu malam. Selain daripada itu Agro Resort menawar tempat seminar & aktiviti bina semangat.
Aktiviti lasak seperti kembara hutan, flying fox, abseiling, rempuh halangan boleh diperolehi disini. Berkonsep agrotourism anda pasti mengalami satu keunikan yang tiada tempat lain. Cuti sekolah ini bawalah keluarga anda untuk berehat disini. Hubungilah 09 6903045/690 2245 untuk tempahan. www.agroresort.com

Selasa, 11 Mei 2010

Agro Resort - Bermesra Ikan Manja

Agro Resort menyediakan kolam yang mengandungi ikan yang jinak. Hanya menabur makanan, ikan-ikan tersebut akan datang menghampiri kita.
Kita akan merasa teruja apabila beratus-ratus ikan meluru merebut makanan yang kita taburkan.

Apabila kita meletak kaki ke dalam air maka ikan tersebut akan menghurungi kaki & melompat-lompat dihadapan kita. Ikan tersebut juga akan mengigit kaki kita & gigitan ini boleh dijadikan satu terapi.

Ingin tahu merasa sakit atau tidak & menjalan terapi gigitan ikan bercutilah di Agro Resort. Bawalah keluarga kita & anda merasa nyaman apabila menginap disini. Hubungi Ago Resort 09 690 2245.