Ahad, 12 September 2010

Gelongsor Air Berliku

Kedudukan Kemaman bersempadan dengan Pahang memberi signafikan kepada Zoo Kemaman. Zoo ini bukan sahaja dikunjung pelancong tempatan malah penduduk Kuantan turut berkunjung pada hari Sabtu dan Ahad. Mereka ke sini untuk menaiki gajah dan membawa mereka mengeliling kawasan zoo.
Zoo ini juga mempunyai beberapa taman tema seperti Taman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropikal, Taman Cendawan, Taman Buah-buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik. Di bahagian belakang zoo ini terdapat kolam mandi , gelongsor air dan air terjun.
Kolam mandi ini mempunyai dua buah iaitu untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Air terjun buatan manusia setinggi 15 kaki mengindahkan lagi suasana kolam mandi. Kolam mandi yang berlatarbelakang hutan dengan bunyi air terjun dan suara penghuni zoo membuat kita terasa berada dalam hutan tebal.
Bukit yang terdapat dalam kawasan zoo ini digunakan untuk meletakan gelongsor air dengan ketinggian 20 kaki. Anda boleh bermain gelongsor yang berliku bagi memberi keseronokan dan kepuasan pengunjung. Setiap saluran gelongsor akan menurun dengan laju dan menuju ke dalam kolam air.
Jadikan zoo ini tempat destinasi utama keluarga anda kerana di sini mempunyai berbagai tarikan yang menarik. Anda pasti terhibur.

INFO


Pemilik
Majlis Perbandaran Kemaman
09 859 7777/7700

Lokasi
Melalui Jalan Mak Chili-Ibok dan jalan Kerteh-Ibok. .

Jarak
170 km dari Kuala Terengganu
40 km dari Kuantan
10 km dari Chukai

Bayaran Masuk
Dewasa - RM10.00 seorang
Kanak 12 tahun ke bawah - RM 7.00 seorang
Pelajar Sekolah Beruniform - RM 5.00 seorang

Waktu Operasi
10.00 pagi - 5.00 petang

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, dan kenderaan sendiri

Perkhidmatan Bas - Dua laluan
1. Awana Kijal melalui pekan Kijal, Kampung Payoh dan Ibok ke zoo

2. Stesyen bas Chukai melalui Centre Point (KCP) ke Telekom dan terus ke zoo.

Bas berkenaan bertolak dua kali sehari iaitu pada pukul 12 tengah hari dan 4 petang.

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Zoo ini berhampiran dengan tempat melihat kunang-kunang di kampung Yak Yah.

1 ulasan:

Azman Md Safiee berkata...

Salam Ziarah,

Musafir Home@Town Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog http://jasinhomestay.blogspot.com @ 0123736548