Memaparkan catatan dengan label water front. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label water front. Papar semua catatan

Rabu, 1 September 2010

Chukai Waterfront

Taman Persiaran Bandar Chukai terletak di tepi sungai Chukai berhampiran dengan pasar dan stesyen bas. Taman ini dibuka pada 17 Mei 1990 oleh Dato' Seri Amar Di Raja, Bekas Menteri Besar Terengganu.
Bila berada di tepi benteng ini, anda boleh melihat pemandangan sungai yang luas. Di depan benteng terdapat pokok bakau yang menjadi tempat pembiakan ikan, ketam dan undang. Anda boleh memancing di sini kerana terdapat banyak ikan di sini. Bot-bot nelayan yang baru pulang dari laut untuk menghantar ikan ke pasar boleh ditonton dari sini.
Anda akan terasa nyaman bila berkunjung di sini kerana suasana yang nyaman dan damai. Lanskap yang menarik menambah keindahan taman. Ada pokok yang rendang dan pokok kelapa ditanam disekitar taman ini. Banyak kerusi disediakan untuk anda berehat.
INFO

Lokasi
Terletak di Jalan Sulaimani iaitu bersebelahan pasar dan stesyen bas.

Jarak
100 km dari Kuala Terengganu
0 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Berhampiran dengan dengan bank, pusat membeli belah, pasar dan hotel, Pantai Monica (15 minit perjalanan) dan kedai makan.

Rabu, 18 Ogos 2010

Pulau Warisan Buatan Manusia

Pulau Warisan yang terletak di Kampung Cina menjadi mercu tanda yang baru selepas Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Projek yang bernilai RM61 juta ini akan menempatkan bahan kebudayaan, kesenian dan makanan tradisional Terengganu.
Pulau buatan manusia seluas 6 hektar akan mempamer senibina Tradisional Terengganu dengan binaan lakaran bunga awan larat, buah guntong dan paleh. Kedai-kedai menjual songket, tembaga, kraf dan ayaman tradisi Terengganu akan dibina di pulau ini.
Di tengah pulau ini terdapat sebuah terusan untuk memudahkan bot-bot seperti perahu dan penambang untuk ke pulau ini. Sebuah jeti untuk mengambil dan menghantar pelancong yang menyusuri sungai Terengganu (river cruise) juga terdapat di terusan air ini. Pulau ini akan menjadi satu destinasi singgah aktiviti menyusur sungai (river cruise) yang bermula Taman Tamadun Islam.
Gambaran udara sumbangan Hock Teck Tan menunjuk Pulau Warisan telah siap penambak tanah untuk menjadi sebuah pulau buatan manusia

INFO

Lokasi
Dari Hotel Seri Malaysia ke Pasar Besar Kedai Payang


Penginapan
Seri Malaysia Hotel
Lot 1640 Jalan Hiliran (Balik Bukit),
20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6236454
Faks: 09-6238344
Laman Web: http://www.serimalaysia.com.my
Emel: smtgg1@yahoo.com

K.T Travellers Inn
201, 1st Floor, Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6223666
Faks: 09-6232692

Sahara View Apartment
74 & 75, Tkt 2 & 3, Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6252299, 09-6262229
Faks: 09-6242299


Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Ahad, 30 Mei 2010

Water Front Kuala Besut

Kuala Besut adalah tempat tumpuan pelancong untuk ke Pulau Perhentian. Suasana water front sungguh menarik apabila bot-bot nelayan yang baru balik dari menangkap di laut.
Bot-bot nelayan yang berbaris panjang sedang menuju ke jeti untuk berlabuh telah menarik perhatian pelancong sedang berehat di water front. Bot yang berwarna warni cukup cantik ditonton seperti perarakan kereta berhias .
Di water front terdapat gerai makan yang mengadap ke muka kuala. Angin yang menderu memberi kelegaan sambil makan otak-otak. Kawasan ini semakin cantik apabila melihat kaki langit yang kemerahan.
Di sini juga tempat transit sementara untuk menunggu bot ke Pulau Perhentian. Pelancong akan memesan makanan panas atau makanan yang siap sedia. Gerai ini juga ada menjual makanan laut.