Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan

Selasa, 2 November 2010

Kuih Terengganu

 Jala emas dibuat dari telur. Rasanya sedap dan manis
 Bike ubi dan rasanya memang lemak.
 Bronok diperbuat dari sagu dan diatasnya diletak kelapa.
 Hasidoh adalah kuih lama orang Terengganu. Rasanya manis diatasnya diletak bawang goreng.
Koleh kacang sedap dimakan diwaktu petang.


Kuih tersebut mudah didapati di Gerai Kuih di Pengadang Akar, Gerai kuih di Jalan Sultan Sulaiman, Pasar Kedai Payang, Pasar Cabang Tiga dan Pasar Kedai Buluh.

Ahad, 31 Oktober 2010

Pesta Lumba Perahu Panjang 2010

INFO
  • Perlumbaan ini diadakan dua hari  bermula pada pada 30-31.10.2010
  • Di adakan di Terusan buatan manusia sepanjang kira-kira 700 meter di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.
  • Perlumbaan sejauh 2.2 kilometer mengikut tiga kategori yang membuat satu pusingan mengelilingi Pulau Warisan dan tamat di terusan.
  • Diadakan Sungai Terengganu berhampiran muara dan Pulau Warisan itu sebagai simbolik serta satu manifestasi rakyat Terengganu suatu ketika dahulu yang mengayuh perahu mudik ke hulu untuk mencari kayu api.
  • Pertandingan seperti ini juga adalah yang tertua diadakan di Terengganu sejak 1970-an dan sebelum ini pernah diadakan di Jeram Hilir, Jeram Manir, Tanjung Sabtu serta di tasik berdekatan tapak stadium di Gong Badak
  • Johan pertandingan akan mewakili Terengganu ke peringkat antarabangsa di tempat yang sama Mac tahun depan yang dijangka disertai Thailand, Brunei, Indonesia, Vietnam serta Myanmar.
  • Tiga kategori pertandingan yang berlangsung hari ini dan esok terdiri daripada 20 pendayung ujian masa, 20 pendayung trek dan 10 pendayung trek.
  •  Bagi 20 pendayung ujian masa, hadiah pertama menawarkan wang tunai RM3,000 diikuti RM2,500 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
  • Bagi 20 pendayung ujian masa, hadiah pertama menawarkan wang tunai RM3,000 diikuti RM2,500 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
  • Kategori 20 pendayung trek pula, tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM4,000 disusuli RM3,000 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
  •  Manakala bagi 10 pendayung trek, hadiah tempat pertama adalah RM2,000 diikuti RM1,500 (kedua), RM1,000 (ketiga), RM700 (keempat) dan RM500 (kelima).
  • Kesemua 10 pasukan yang bertanding terdiri daripada Tanjung Sabtu, Kenu Terengganu, Penjara Marang, Jeram Manir, Banggol Peradong, UnisZA, Petai Bubus, Jeram Kuala Nerus, Buluh Gading dan Primula.
Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan  

    Khamis, 28 Oktober 2010

    Lapangan Terbang Terpanjang




    INFO

    •  Mempunyai landasan ketiga terpanjang di Malaysia.
    • Lapangan Terbang Sultan Mahmud terletak di Telaga Batin dengan jarak perjalanan 15 km dari pusat bandaraya.
    • Bangunan baru dan penambahan landasan ini siap dibina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan RM200 juta
    • Seluas 128 ekar, termasuk memanjangkan landasan, pemasangan lampu pendaratan dan kawasan keselamatan penerbangan. 
    • Rekabentuk bangunan terminal baru setinggi dua setengah tingkat itu pula berasaskan alam semulajadi dan ciri-ciri tradisional Terengganu bagi menggambarkan budaya dan warisan negeri ini
    • Mampu menampung dua kapal terbang Boeing 737 dan dua Airbus 330 pada satu-satu masa.
    • Pada 11. Oktober 2008, kapal terbang kepunyaan MAS  Boieng 747 -400 telah mendarat di lapangan terbang ini.
    • Taraf lapangan terbang ini bersedia bertaraf antarabangsa. Setiap tahun membawa jemaah haji terus ke Jeddah.
    • Mampu  menguruskan 500,000 penumpang dengan 10,000 pergerakan kapal terbang
    Traffic 2003 2004 2005 2006 2007 2008
    Passengers 394,240 435,620 419,475 398,252 430,800 487,495
    Cargo handled
    (metric tonnes)
    160 124 94 70 47 24
    Cargo handled (KG) - - - 69,668 47,127 23,842
    Aircraft movements 5,508 5,834 5,622 3,792 8,781 10,045

    Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
    21300 Kuala Terengganu,
    MALAYSIA.
    Tel: +60 (0) 9 667 3666 begin_of_the_skype_highlighting              +60 (0) 9 667 3666      end_of_the_skype_highlighting
    Fax: +60 (0) 9 666 3084


    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

    Penerbangan  
     

    Selasa, 26 Oktober 2010

    Keindahan Bandaraya Warisan Pesisir Air

    Apabila anda menyusur Sungai Terengganu, anda pasti terpukau panaroma bandaraya Kuala Terengganu yang cantik dan unik.
    Pulau Duyong tempat berlangsung pertandingan kapal layar bertaraf dunia merebut Piala Monsoon.
    Apabila anda berada di Taman Tamadun Islam, anda melihat bandaraya yang mempunyai bukit-bukit yang rendah menyeri keindahan yang sedia ada.
    Bangunan yang paling tinggi di bandaraya ini ialah Wisma Darul Iman. Bangunan ini terletak Pejabat Menteri Besar Terengganu, Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
    Bazar Warisan tempat membeli belah kain batik dan sutera. Di belakangnya terdapat Bukit Puteri dan anda dapat melihat genta, bedil kembar dan sebagainya. Sebelah bazar pula ialah tempat membeli belah yang paling popular iaitu Pasar Kedai Payang.
    Hotel yang paling tinggi di Terengganu iaitu Hotel Felda Residence terletak di tepi Sungai Terengganu. Di sebelahnya ialah Waterfront.
    Pemandangan dari laut,  anda dapat melihat pantai Kampung Tanjung, Pantai Batu Buruk, Hotel Grand Continental, Hotel Primula dan Hospital Sultanah Nur Zahirah


    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

    Penerbangan 

    Ahad, 24 Oktober 2010

    Bandaraya Kuala Terengganu

    Bandaraya Kuala Terengganu yang diambil dari Kampung Tanjung (yang terletak ditepi pantai). Bangunan yang tertinggi ini ialah Wisma Darul Iman pusat pentadbiran negeri.
    Pulau-pulau yang terdapat di Sungai Terengganu. Pulau Wan Man (sebelah kiri) terdapat Taman Tamadun Islam dan berhampiran Muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Disebelah kanan ialah Pulau Duyong tempat berlangsung Monsoon Cup, Kota Lama, tempat membuat kapal tradisional dan resort bertaraf 5 bintang. Kelihatan Jambatan Sultan Mahmud merentasi pulau.
    Pemandangan Kampung Ladang (tempat membuat tembaga dan keris) ,Kampung Tanjung (taman selera & Pasar malam) dan Taman Shahbandar (melihat keindahan sungai dan muara)
    Pemandangan Pantai Batu Burok dan benteng pemecah ombak (kawasan memancing yang popular).
    Wisma Darul Iman dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
    Kampung Ladang  adalah tempat  membuat produk tradisonal berasaskan  tembaga dan mempunyai galeri seni.
    Jalan utama iaitu Jalan Sultan Ismail terletak kompleks pejabat-pejabat kerajaan seperti Wisma Persekutuan, Wisma Negeri dan ibu pejabat Polis.
    Pulau Duyong tempat berlangsung pertandingan Monsoon Cup yang bertaraf dunia. yang diadakan pada akhir bulan november.
    Kedudukan Bandaraya Kuala Terengganu yang strategik kerana terletak sungai (sebelah kiri) dan ditepi laut (sebelah kanan).
    Benteng pemecah ombak yang mengawal aliran pasang surut supaya tidak cetek bagi memudahkan kapal-kapal pelancongan memasuki Sungai Terengganu.
    Paya Bunga Mall terletak bersebelah stesen bas. Terdapat  kedai makanan segera Mc Donanld.
    Stadium tertua yang dibina pada tahun 1967 tempat perlawanan bolasepak bagi pasukan Terengganu
    Keindahan lagun Kuala Ibai memukau kita semua. Terdapat Masjid Terapung, Terengganu Equestrian Resort, muara Sungai Kuala Ibai dan gerai kerepok.
    Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungi Kuala Terengganu utara dan Selatan. Kelihatan  Masjid Kristal tersergam indah di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.
    Pulau Warisan dan Hotel Seri Malaysia
    Bandaraya Kuala Terengganu diambil dari udara Pulau Duyong
    Pemandangan muara Kuala Ibai yang begitu cantik dengan pasir pantai yang cukup bersih. Bangunan Terengganu Equestrian Resort (atap merah) adalah tempat menunggang kuda, bot, bowling dan aktiviti dalam dewan.
    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

    Penerbangan 

    Khamis, 21 Oktober 2010

    Perahu Besar Terengganu




    INFO
    • Perahu Besar memainkan peranan penting dalam tamadun maritim dan warisan budaya unggul Terengganu dalam bidang kelautan.
    • Perahu Besar telah digunakan sejak abad ke-18 dan pernah dimiliki oleh sultan- sultan Terengganu iaitu Sultan Mansur I dan Sultan Mansur II.
    • Digunakan sebagai pengangkutan perdagangan dan hubungan diplomatik, ia juga pernah digunakan untuk menghantar ufti berbentuk bunga emas ke Siam pada pertengahan abad ke-18 hingga awal abad ke-20.
    • Berperanan dalam perkembangan perdagangan antarabangsa pada abad ke-18 dan 19 yang menjadikan Kuala Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan antarabangsa.
    • Perkhidmatan terakhir Perahu Besar dalam aktiviti perdagangan ialah pada tahun 1982.
    • Pembuatan Perahu Besar di negeri ini juga telah mencatat sejarahnya tersendiri dengan tiga elemen penting yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Terengganu khususnya dalam bidang teknologi pembuatan perahu dan keilmuan dalam bidang pelayaran.
    • Dianggarkan kira-kira 200 hingga 300 perahu besar beroperasi di Terengganu sebelum Perang Dunia Kedua dan dua daripadanya berjaya diselamatkan yang kini di bawah penjagaan Muzium Negeri. 
    • Perahu Besar Kemajuan  dibina pada 1946 selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah kepunyaan Nik Muhammad Kaya dan Long Su.
    • Proses pembinaan selama lapan bulan dan memulakan pelayarannya yang pertama menuju Ban Lerm, sebuah pelabuhan di Selatan Siam (Thailand) untuk mengangkut garam pada 1947.Perahu Besar Kemajuan kemudian dijual kepada Muzium Negeri pada 1982 untuk dijadikan warisan pelayaran orang-orang Melayu di Terengganu pada suatu masa dulu.
    •  Keuniknya ialah pelayaran Perahu Besar yang menggunakan layar tanpa kompas mampu berlayar ke destinasi yang ditetapkan dengan berpandukan bintang dan angin untuk menggerakkan Perahu Besar belayar.
    • Perahu Besar yang diberi nama Sabar merupakan jenis Pinis Dogol yang didaftar pada 1954 dan dipercayai mula dibina pada 1925 dengan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.Perahu Besar tersebut dipercayai memulakan pelayaran pertama menuju Siam (Thailand) untuk membawa balik garam dan beras
      .
      Untuk melihat perahu-perahu tersebut, anda boleh datang ke Muzium Negeri Terengganu.
       Muzium Negeri Terengganu, 
      Bukit Losong 
      20566 Kuala Terengganu 
       09-6221444 

      Lain-lain info - sila klik

      Hotel

      Agensi Pelancongan

      Teksi

      Bas

    Rabu, 20 Oktober 2010

    Pemandangan Dulu & Sekarang Dari Bukit Puteri

    Pemandangan dari atas Bukit Puteri. Di bawah ialah Pejabat Shahbandar  & Jabatan Laut. Gambar ini dirakam sebelum tahun 1960.
    Pemandangan restoran terapung dan pengkalan bot penambang, Sebelah kanan ialah Pejabat Shahbandar dan Jabatan Laut.

    Rabu, 13 Oktober 2010

    Masjid Putih


    • Terletak di Jalan Masjid Abidin
    • Masjid Negeri
    • Nama masjid diambil dari nama Sultan Zainal Abidin
    • Masjid Abidin juga dikenali sebagai  Masjid Besar dan lebih dikenali Masjid Putih.
    • Bangunan masjid ini  pada asalnya  istana kayu (1793-1808).  Pada tahun 1269H/1852M dibina baru daripada batu. Pada tahun 1319H (1901M ) diperbesarkan.
    • Tahun 2008   menara dan kubah masjid. dibuat baru.
    Keterangan lanjut tentang Masjid

    http://museum.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article3.php?cid=43&aid=3333

    Selasa, 12 Oktober 2010

    Wajah Pasar Kedai Payang Akan Datang

    Wajah blok utama pasar dan blok ditepi sungai akan menambah keindahan pasar ini. Anda dapat melihat panorama Sungai Terengganu yang berdekatan dengan muara.
    Wajah pasar di waktu malam dan jam besar kembali dibina  di hadapan pasar.