Memaparkan catatan dengan label wajah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wajah. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Oktober 2010

Anak Dara Terengganu Comel-comel Belaka

Keayuan dan kesopanan anak-anak  gadis Terengganu terserlah dengan adat budaya timur dan islam yang diamalkan. Layanan mesra sedang menunggu untuk pelancong yang datang ke Terengganu.

Selasa, 26 Oktober 2010

Keindahan Bandaraya Warisan Pesisir Air

Apabila anda menyusur Sungai Terengganu, anda pasti terpukau panaroma bandaraya Kuala Terengganu yang cantik dan unik.
Pulau Duyong tempat berlangsung pertandingan kapal layar bertaraf dunia merebut Piala Monsoon.
Apabila anda berada di Taman Tamadun Islam, anda melihat bandaraya yang mempunyai bukit-bukit yang rendah menyeri keindahan yang sedia ada.
Bangunan yang paling tinggi di bandaraya ini ialah Wisma Darul Iman. Bangunan ini terletak Pejabat Menteri Besar Terengganu, Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Bazar Warisan tempat membeli belah kain batik dan sutera. Di belakangnya terdapat Bukit Puteri dan anda dapat melihat genta, bedil kembar dan sebagainya. Sebelah bazar pula ialah tempat membeli belah yang paling popular iaitu Pasar Kedai Payang.
Hotel yang paling tinggi di Terengganu iaitu Hotel Felda Residence terletak di tepi Sungai Terengganu. Di sebelahnya ialah Waterfront.
Pemandangan dari laut,  anda dapat melihat pantai Kampung Tanjung, Pantai Batu Buruk, Hotel Grand Continental, Hotel Primula dan Hospital Sultanah Nur Zahirah


Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan 

Rabu, 20 Oktober 2010

Pemandangan Dulu & Sekarang Dari Bukit Puteri

Pemandangan dari atas Bukit Puteri. Di bawah ialah Pejabat Shahbandar  & Jabatan Laut. Gambar ini dirakam sebelum tahun 1960.
Pemandangan restoran terapung dan pengkalan bot penambang, Sebelah kanan ialah Pejabat Shahbandar dan Jabatan Laut.

Selasa, 19 Oktober 2010

Wajah Bandar Marang Dulu & Sekarang



Sejarah Marang yang perlu di ketahui.

Pelbagai cerita dan dongeng dikaitkan dengan asal usul nama daerah Marang ini,di antaranya yang menarik nya ialah dipercayai ianya berasal daripada nama seorang peniaga keturunan Cina yang sangat terkenal pada suatu masa dahulu.Peniaga ini dipanggil Ma dan beliau tinggal di kuala sungai.Diceritakan beliau adalah seorang pengusaha hasil laut yang dikeringkan seperti ikan dan sotong.Pada masa itu di kediaman beliau terdapat banyak jemuran hasil-hasil laut tadi yang dipanggil “rang” oleh penduduk tempatan.Dipercayai oleh kerana banyak nya “rang” itu dan terkenal nya pengusaha cina yang bernama Ma tadi maka terbitlah nama Marang yang sehingga kini diguna pakai.

Sejarah pentadbiran Daerah Marang  pula telah bermula sebelum daripada pemerintahan Baginda Omar (1839 – 1876). Ia diketahui oleh pembesar – pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al- Sultan.Pentadbiran  oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai  (river districts). Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918 M, Yang Dipertuan  Muda Tengku Mohamad telah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Marang manakala Tengku Putra yang diwakili isterinya iaitu Puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Merchang. Mereka adalah bertanggungjawab menjalankan pentadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu – penghulu tidak mempunyai kuasa mentadbir. Kuasa mereka hanya terhad kepada kampung – kampung tertentu sahaja.

Pada tahun 1912 sistem pentadbiran daerah oleh pembesar – pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai (river districts). Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan ‘ river districts ’ yang terangkum di dalam Daerah Marang termasuk Merchang.

Pada tahun 1923 ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari 1920 hingga 1942, Penasihat British yang pertama di Terengganu iaitu J.L. hunphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu.  Kuala Berang dan Marang diletakkan  di bawah Jajahan  tengah dengan pusat pentadbiran nya di Kuala Terengganu. Daerah – daerah lain seperti Kemaman, Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah jajahan Timur dengan pusat pentadbirannya di Kemaman. Manakala Besut dan Setiu diletakkan di bawah Jajahan Barat dengan pusat pentadbirannya di Kampung raja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang Pesuruhjaya dengan dibantu oleh Penolong Penasihat British dan Pegawai Daerah masing –masing.

Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran daerah, bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina pada tahun 1915 berasaskan kepada model Pejabat Daerah Johor. Berdasarkan maklumat lisan, Bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina di tepi Muara Sungai Marang.
Pegawai – pegawai Daerah yang telah sempat memberikan khidmat mereka ialah:

• Y.M. Tengku Chick Haji
• Encik Ali B. Mohamad
• Y. Bhg. Dato’ Pahlawan (Encik Taib)
• Y.M. Tengku Zainal (Tengku Aria)
• Y.M. Tengku Sulong B. Ali (Tengku Lela Segera)

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan  

Khamis, 29 Julai 2010

Keindahan Kampung Mercang

Merchang merupakan perkampungan tradisional nelayan. Rata-rata penduduk di sini bekerja sebagai nelayan. Terletak 40 km dari pusat bandaraya dan dari Marang ialah 20 km. Apa yang menarik di sini ialah suasana di jeti nelayan di Kampung Mercang.
Kesibukan jeti ini bermula apabila nelayan pergi ke laut pada waktu pagi dan akan balik pada waktu tengahari atau petang. Pada waktu ini, mereka akan membawa hasil tangkapan untuk di jual. Bermacam jenis ikan akan dikeluar dari kotak bot untuk dipindah ke dalam bakul untuk ditolak pada peraih. Anda boleh membeli ikan segar dengan yang murah.
Inilah di antara peralatan yang dibawa ke laut iaitu lampu, pukat dan gabus. Nelayan bot kecil tidak pergi jauh untuk menangkap ikan. Mereka menangkap ikan dalam lingkungan 10-20 km dari pantai. Anda boleh menyerta sama untuk menangkap ikan di laut.
Di tepi tebing sungai, mereka membina bangsal untuk meletak peralatan menangkap ikan seperti sauh dan pukat. Di bangsal ini, anda dapat melihat nelayan-nelayan membaiki jaring yang rosak, membaiki bubu dan membersih peralatan yang berkarat.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Selasa, 1 Jun 2010

Kuala Besut Transit Ke Pulau

Kuala Besut adalah tempat pendaratan bot-bot nelayan memunggah hasilan tangkapan ikan untuk diedar kepada pelanggan. Selain daripada itu, Kuala Besut juga tempat pelancong
menaiki bot ke Pulau Perhentian. Tempat meletak kenderaan disediakan untuk pelancong yang datang dengan kenderaan sendiri. Pelancong yang datang awal boleh menyewa hotel seperti hotel Samudera ( 09 697 9326) sebelum bertolak ke pulau.
Di sini terletak perhentian bas & teksi yang membawa pelancong ke Jertih, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur & Kota Bahru.
Sebuah Pusat Penerangan Pelancong yang berfungsi untuk memberi bantuan dan maklumat tempat-tempat menarik, penginapan, pengangkutan dan sebagainya . Di pusat ini juga disediakan phamplet, risalah & majalah pelancongan
Papan tanda yang mengiklan perkhidmatan pelancongan (sila klik gambar untuk dapat nama syarikat & nombor telefon).
Sebuah Terminal Pelancongan yang menempatkan pejabat syarikat-syarikat perkhidmatan pelancongan dan Terminal ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 2 Mei 1999.