Memaparkan catatan dengan label gerai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gerai. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Julai 2010

Gerai Makanan Ringan Di Pantai Kelulut

Medan Selera Taman Esplanade terletak di Pantai Peranginan Kelulut, Marang iaitu 30 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Di sini mempunyai 50 buah gerai makan dengan pelbagai masakan. Ikan bakar di sini cukup masyhur kerana ikan yang segar yang diperoleh terus dari nelayan tempatan.
Di sebelah medan selera terdapat deretan gerai yang menjual makanan ringan dan kerepok. Di sini pun ada menjual kerepok lekor berjenama Losong. Pelbagai jenis kerepok ada dijual di sini seperti kerepok keping, kerepok segera, kerepok goreng dan lain-lain lagi.
Air kelapa juga ada dijual di sini. Sambil makan kerepok goreng atau kerepok rebus anda boleh memesan air kelapa yang segar.
Satar ikan pun ada dijual di sini. Boleh beli panas-panas lagi. Harganya RM2.00 untuk enam biji. Satar di sini cukup enak kerana dibuat dengan ikan yang segar.
Menjamu selera di medan ini cukup selesa dengan pemandangan mengadap ke laut. Medan ini dibuka pada 3 petang dan ditutup lewat malam.

Jangan lupa memesan ikan bakar di sini ya!
Terbitkan Catatan

Ahad, 27 Jun 2010

Manisnya Jagung Kuala Berang

Jagung Kuala Berang memang popular dan digemari oleh pelancong. Jika datang ke Kuala Berang tidak membeli jagung maka dianggap tidak berbaloi. Gerai menjual jagung dan buah-buahan terletak dekat dengan Kampung Gaung selepas Jambatan dan simpang ke Sungai Tong.
Jagung Kuala Berang memang manis dan mendapat sambutan yang tinggi. Harga dijual ialah RM10 untuk sepuluh biji.
Kacang tanah dijual pada harga RM2 kg. Kacang ini direbus memang sedap dimakan panas-panas.
Selain daripada itu, pelbagai buah-buahan di jual di gerai ini. Di antara buah-buahan ialah pisang emas, buah salak, mempelam dan rambutan. Makanan ringan seperti kerepok, apit-apit dan lain-lain ada terdapat disini.

Rabu, 19 Mei 2010

Gerai Buah Di Kiri Kanan Jalan

Sekarang ini kita berada di daerah Besut di utara Terengganu. Apabila kita sampai di Kampung Pengkalan Kubur kita dapat melihat gerai buah di kiri kanan jalan. Gerai yang terdapat disepanjang jalan ini menjual
pelbagai jenis buah seperti tembikai, labu, ubi dan sebagainya. Tembikai ini di jual pada harga 80 sen satu kilogram.
Timun betik & tembikai susu yang  terdapat  di sini dijual dengan harga yang berpatutan. Agaknya musim tembikai sudah sampai kerana terlalu banyak gerai yang menjual buah tembikai.
Labu ini sedap dibuat pengat atau sayur. Selain pada itu labu ini boleh dibuat kuih seperti kuih bakar atau kuih beka.
Di gerai ini terdapat ubi keledek & telur masin. Sekira anda melihat papan tanda Kampung Pengkalan Kubur, singgah untuk membeli & membawa pulang sebagai buah tangan.

Isnin, 17 Mei 2010

Lokam Di Pengkalan Gelap

Lokam jika digulai lemak atau gulai cili api memang sedap tidak terkata. Makan nasi tiga kali tambah. Di mana hendak dapatkan lokam? Ada dua tempat iaitu di Penarik & Pengkalan Gelap.
Pengkalan Gelap yang terletak 20 minit perjalanan dari Penarik, Setiu atau dari Kampung Raja, Besut. Terdapat gerai yang menjual hasil laut & kraftangan yang diusahakan penduduk tempatan disitu.
Selain daripada itu cuka nipah dan budu ada dijual disitu dengan harga yang berpatutan.
Lokam ini dijual dengan harga 80 sen satu kilogram. Lokam ini diperolehi di celah pokok nipah yang terdapat disepanjang sungai berhampiran dengan Setiu Wetland.
Gerai ini ada menjual ikan kering pelbagai jenis, belacan, lidi, lekar dan pelbagai kraftangan nipah dengan harga berpatutan. Singgah sebentar untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang.

Selasa, 4 Mei 2010

Gerai Makanan Ringan

Ditepi sungai Penarik terdapat deretan gerai yang menjual hasil kerja tangan penduduk kampung. Gerai yang dibina oleh Majlis Daerah Setiu terletak di bulatan masuk ke Permaisuri & kampung Saujana.
Tempat meletak periuk yang diperbuat dari rotan adalah hasil kerja penduduk Penarik. Harganya antara RM3 - RM8 satu biji berdasarkan size.
Ikan kering jika digoreng garing memang menyelerakan. Harga ikan satu bungkus ialah RM8 satu kilo - RM12.00 satu kilogram berdasarkan jenis ikan seperti ikan gelama, ikan cencaru atau ikan selar kuning
Makanan ringan seperti baulu, apit-apit, bepang, buah rotan & sebagainya. Harga ialah RM2.50 satu bungkus.
Bukan saja makanan ringan, madu lebah asli juga dijual dengan harga RM12 sebotol. Belancan yang dibuat dengan undang dijual dengan harga RM3 - RM10 sebungkus berdasar size. Selain daripada itu budu juga dijual untuk pelancong yang meminatinya. Singgah untuk membeli untuk dibawa pulang.