Khamis, 23 September 2010

Kehebatan Pura Tanjung Sabtu

Pura Tanjung Sabtu bermaksud Istana Tanjung Sabtu adalah sebuah kompleks rumah-rumah tradisional Melayu Terengganu dan istana yang berusia 100 hingga 200 tahun. Rumah-rumah lama ini mula dipasang semula pada tahun 1992 di.Kampung Tanjung Sabtu dan siap untuk menginap sebagai homestay pada tahun 1995.
Rumah-rumah lama ini diambil dari Kampung Atas Tol, Kampung Seberang Baruh, Kampung Sungai Rengas dan Kampung Nesan Empat. Manakala istana di ambil dari Kampung Dalam Kota (belakang Istana Maziah). Rumah ini akan disambung antara rumah ke rumah menggunakan selasar sebagai laluan dan membentuk sebuah istana yang unik. Rumah ini mempunyai tiang-tiang yang  tinggi berukuran 10 kaki.
Rumah-rumah lama ini sengaja didirikan tinggi sebab mengelakan ditenggelami oleh air banjir, binatang buas, dan pengedaran udara .Bawah rumah ini juga digunakan untuk akiviti lain seperti meletak binatang ternakan, menjemur kain dan menenun songket. Selain daripada itu rumah ini dibina tanpa menggunakan paku tapi  menggunakan pasak yang dibuat daripada kayu saga.
Rumah lama ini menggunakan atap bata dan menampilkan ciri-ciri klasik tradisional. Setiap rumah terdapat paleh di tepi bumbung atap dan buah guntung dihujung bumbung.  Atap ini boleh menyerap haba panas dan membuat  penghuni rumah ini tidak merasa panas. Kawasan laman ini terdapat rumpun buluh, kebun buah-buahan dan lanskap yang menarik.
Ukiran kerawang menghiasi dinding rumah menambahkan keunikan yang sedia ada. Setiap lambor dan selasar akan dibuat pagar dengan menggunakan kayu larik yang cantik.Menggunakan dinding keset menjadikan rumah-rumah yang terdapat disini bertambah unik dan klasik.

INFO


1. Pemilik
     YM Tengku Ismail Tengku Su
     - +609-6153655 +6016-2257751 end_of_the_skype_highlighting / +6019-9833365 begin_of_the_skype_highlighting              +6019-9833365      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting +6019-9833365

2. Keluasan
    Keluasan Pura Tanjung Sabtu ialah 14 ekar.
 
3. Lokasi
   Terletak 14 km dari bandaraya dan menuju ke Kampung Tanjung Sabtu melalui  Kampung        Buluh Gading.

4. Harga Penginapan

Dari harga RM400 ke atas.


6. Pengangkutan

1. Bas Online



7. Teksi

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067



Keistimewaan
Terasa tinggal di zaman kesultanan Terengganu.

Tiada ulasan: