Khamis, 2 September 2010

Bandar Yang Kedua Besar

Che Wan Teh diriwayatkan yang membuka kampung Chukai di tebing Sungai Kemaman pada awal abad ke 19. Semenjak itu, bandar Chukai terus berkembang dari status majlis daerah ke status majlis perbandaran. Sekarang ini Chukai menjadi bandar yang kedua maju selepas bandaraya Kuala Terengganu
Kini penduduk di kawasan majlis perbandaran telah meningkat lebih 100,000 orang dengan hasil pendapatan lebih RM10 juta setahun. Ekonomi daerah ini bertunjang kepada sektor petroliam dan gas. Sektor ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dan menjadi pemangkin pembangunan daerah ini.
Perhentian teksi dan bas terletak bersebelahan di Jalan Sulaimani iaitu jalan utama di bandar Chukai. Di jalan ini terdapat institusi bank,hotel, pusat membeli belah, pasar, pejabat-pejabat swasta dan kedai makan.
Di Jalan Air Putih terdapat kompleks jabatan kerajaan seperti Majlis Perbandaran Kemaman, Pejabat Daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Balai Polis dan sebagainya.


INFO

Lokasi
Chukai adalah bandar daerah Kemaman. Terletak selatan negeri Terengganu dan menjadi pintu masuk negeri Terengganu yang bersempadan dengan negeri Pahang.

Jarak
156 km dari Kuala Terengganu
0 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Bandar yang kedua terbesar di negeri Terengganu dan mempunyai tempat yang menarik seperti pantai, makanan, pelabuhan, zoo, kawasan mengail dan sebagainya.

Tiada ulasan: