Sabtu, 4 September 2010

Sing Siput

Hasilan laut seperti kulit siput, kupang, kerang, tiram dan sebagainya boleh diproses menjadi kraf yang sangat cantik, termasuk aksesori tubuh. Produk kraf dari laut ini juga sesuai dijadikan penyeri sudut rumah, aksesori rambut dan cenderahati.
Di Kuala Kemaman terdapat perusahaan membuat kraf berasas siput. Siput yang didapati dari laut akan dibuang isi terlebih dulu. Kulitnya akan dibasuh dan diberus supaya kulit menjadi cantik dan bersinar.
Kulit siput yang siap dibersih akan dipamirkan untuk jualan. Harganya tidaklah mahal dan bergantung pada size dan jenis siput. Biasanya siput ini dijual daripada RM3.00 ke atas dan berdasar keunikan corak kulit siput.Memang cantik kulit-kulit siput yang ada di sini dan pelbagai bentuk dan warna.
Sing Siput itulah nama pemilik kedai ini. Nama sebenar ialah Ismail tetapi lebih dikenali nama Sing Siput. Hebatkan namanya. Sing Siput memperolehi siput-siput terus daripada nelayan tempatan. Kedainya yang terletak di Kuala Kemaman cukup popular dikalangan pelancong dan sering dikunjung.
INFO

Pemilik
Sing Siput
010 549 8145


Lokasi
Kedainya terletak di tepi pantai Kuala Kemaman dan untuk sampai di sini kena melalui kampung Geliga.

Jarak
165 km dari Kuala Terengganu
10 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Kawasan perkampungan nelayan terdapat jeti perikanan, tempat membuat kerepok, satar, otak-otak dan memilik pantai yang cantik. Jarak dengan Pantai Mok Nik (Monica) ialah 5 km.

.


Tiada ulasan: