Rabu, 22 September 2010

Pulau Vietnam

Pulau Bidong memang terkenal di peringkat dunia apabila pulau ini menjadi  kem penempatan perlarian Vietnam pada tahun 1979. Pulau yang mendapat jolokan Pulau Vietnam diduduki hampir seramai 40,000 orang perlarian sebelum dihantar ke  negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis.. Pada tahun  1991, kem ini ditutup sepenuhnya dan pada tahun 2006  Universiti Malaysia Terengganu telah menubuh Stesen Penyelidikan kehidupan laut dan tempat penetasan penyu.
Pulau yang mempunyai keindahan semulajadi menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat  kesan sejarah peninggalan orang hanyut Vietnam dan menikmati keindahan panorama pantai serta laut.  Pasir halus dan memutih memberi kelebihan kepada Pulau Bidong  untuk menarik pelancong ke pulau ini. Suasana pokok yang rendang menjadi redup dari lindungan matahari memberi keselesaan kepada pengunjung untuk berehat di bawah pokok.
Kejernihan air laut pulau ini membuat anda tidak sabar-sabar untuk mandi, berenang dan menyelam. Apabila anda menjejak pulau ini, cari dulu tempat untuk menghamparkan tikar dan menyalin pakaian. Selepas itu anda boleh mandi dan berenang di tepi pantai sepuas hati.
Kepada yang berminat snorkeling, disinilah tempat yang mempunyai coral yang cantik dan ikan yang berwarna warni. Anda boleh menyelam di dasar laut yang sedalam 5 kaki hingga 10 kaki untuk melihat beranika jenis coral dan ikan. Anda akan terpegun melihat kehidupan laut  yang tidak pernah anda  lihat sebelum ini. Anda boleh merakam gambar di dasar laut dengan menggunakan kamera kalis air..
Suasana petang di pulau ini memang cantik ketika matahari terbenam di ufuk. Warna kuning dengan bayangnya terpapar di permukaan air memberi kepuasan kepada kita untuk menikmati keindahan yang  semulajadi.


INFO UNTUK KE PULAU INI

Lokasi
Pulau Bidong  terletak berdekatan dengan Pulau Redang    di   Laut China Selatan. Tempat menaiki bot ialah di Jeti Merang atau Terminal Feri  Shahbandar, Kuala Terengganu


Keluasan
Pulau ini mempunyai keluasan 40.49 hektar.

Jarak 
40 km dari Kuala Terengganu  ke jeti Merang

100 km dari Kota Bahru ke jeti Merang
 23km dari Jeti Merang ke Pulau Bidong
 40 km dari Jeti Jabatan Laut, Kuala Terengganu   ke Pulau Bidong

Berjaya Redang Resort
P.O. Box 126, Main Post Office,
20928 Kuala Terengganu, Terengganu,
Tel: 09-6308866, 09-6308888, 1-800-8000-3838
Faks: 09-6308855
Laman Web: http://www.berjaya-redang.com
Emel: reservation@b-redang.com.my

Bahtera Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot PT 3207 P, Tingkat 2, Jalan Petani,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6301610

Laguna Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
S-5, Ground Floor, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6222907, 03-21411188

Redang Bay Resort Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.139, Jalan Bandar,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6203200

Redang Islands Marine Advanture Sdn. Bhd
No. 35, Jalan Bandar,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242236

Redang Kalong Resort Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 57, Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6221591, 03-79607163, 03-79608163

Redang Pelangi Resort Tour & Travel Sdn Bhd
No. 2-A, Jalan Syed Hussein,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242158

Redang Reef Resort Travel & Tours S. Bhd
167, Jalan Bandar,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6226181

Sri Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.5, Ruang Niaga MPKT, Gong Kapas,
Jln. Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6221229
Wisana Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot PT 3204P, Tingkat 2, Jalan Petani,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6227840

Pengangkutan

Untuk ke Pulau Bidong , bot akan disediakan oleh operator pelancongan dan  tiada hotel disini.


Stesyen Kereta Sewa/Teksi Bandar Permaisuri
22100 Setiu, Terengganu
Tel: 019-9580488

Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu

Tel: 09-6979840
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Pulau mempunyai  tempat sejarah peninggalan perlarian Vietnam . Mempunyai keindahan semulajadi baik di daratan atau di dasar laut.Tempat ini adalah tempat snorkeling dan scuba yang popular.

Tiada ulasan: