Memaparkan catatan dengan label sungai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sungai. Papar semua catatan

Isnin, 21 Jun 2010

Belukar Bukit Antara Sungai Dengan Air Terjun

Belukar Bukit yang terletak di Hulu Terengganu merupa tempat mandi yang popular di Terengganu. Jarak dari Kuala Berang ialah 20 km sahaja dan dari Kuala Terengganu ialah 55 km. Untuk sampai ke sini anda boleh melalui jalan Ajil dan masuk ke simpang Bukit Diman atau melalui Lubuk Periuk atau melalui jalan ke Sekayu.

Kemudahan yang disediakan ialah wakaf, tandas, parkir,gerai dan surau.
Anda boleh memilih untuk mandi di sungai atau air terjun. Jika anda memilih sungai, anda boleh hamparkan tikar di atas pasir. Di kawasan air terjun, anda boleh pilih kawasan lapang di tepi batu atau di celah batu untuk berehat.

Air yang keluar dari celah batu memang sejuk.. Cuaca yang panas memang seronok berendam dalam air. Cukup melegakan. Air yang jernih cukup untuk menarik kita untuk berendam didalamnya.
Di bawah pokok rendang, kita boleh melihat pemandangan yang indah disekeliling. Sungai yang memanjang dengan pasir sungai yang kekuningan menambahkan lagi keindahan semulajadi Belukar Bukit.


Datanglah dengan keluarga untuk melihat kehebatan air terjun Belukar Bukit.

Jumaat, 7 Mei 2010

Kejernihan Air Sungai Guntong

Sungai Guntong terletak di kampung Guntong Luar, Setiu di jalan utama Kuala Terengganu Ke Besut di buka pada 21 Ogos 1993 oleh YB Dr Abdul Wahab, Pengerusi, Jawatankuasa Pertanian & Perikanan Negeri. Sungai ini belum lagi tercemar & dijaga rapi dengan menyediakan kemudahan asas.
Di tebing sungai ini disediakan meja untuk keselesaan pengunjung. Di samping itu jambatan gantung dibina untuk menghubungi kedua belah tebing. Pokok kelapa rendang ditanam untuk berteduh & Lanksap ini meredupkan suasana.
Sungai ini mempunyai pasir yang cantik & sesuai untuk kanak-kanak bermain terutama bermain bola & membuat istana pasir. Sungai ini bermula dari hulu Setiu & berakhir ke sungai Penarik.
Sungai ini mempunyai kedalaman satu kaki sesuai untuk berendam sambl menekmati kesejukan air sungai. Air yang tenang ini amat sesuai dengan kanak-kanak untuk bermain air tanpa takut.
Sebagai pelancong Cintai Sungai kita dengan menjaga kebersihan supaya tidak tercemar dengan sisa sampah & buangan lain.