Memaparkan catatan dengan label pengangkutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengangkutan. Papar semua catatan

Rabu, 14 Julai 2010

Jeti Ke Pulau Kapas

Di Bandar Marang terletak jeti ke Pulau Kapas. Jarak dari bandaraya ialah 20 km. Untuk ke Pulau Kapas hanya mengambil masa 30 minit saja.
Di sini ditempatkan syarikat-syarikat yang menjalankan pekhidmatan pelancongan ke Pulau Kapas. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah bot, penginapan, menyelam, memancing dan mencandat.
Di antara pengusaha-pengusaha pelancong yang terdapat di sini ialah Wiwa Holiday 09 618 3277, Mok Chik Gemok Resort 09 624 5120 dan MGH Ferry Sevices 09 618 1976
Sebelum menunggu bot sampai anda boleh berehat dulu sambil menekmati keindahan sungai Marang dan tempat bot-bot nelayan sedang berlabuh. Bot ke Pulau Kapas bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Manakala dari Pulau Kapas pula bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Apa lagi di tunggu, buat tempahan sekarang supaya cuti anda tidak terganggu.

Selasa, 27 April 2010

Jeti Ke Pulau Redang


Di sungai Merang terdapat banyak jeti dibina oleh pengusaha resort bagi memudahkan bot atau feri untuk berlabuh. Jeti dibina di sungai kerana keadaan air yang tenang & laluan yang dalam
berbanding dengan jeti di pantai.

Selain jeti kayu yang disediakan oleh persendirian, kerajaan juga membina jeti berbumbung bagi mengelak terkena panas & hujan. Bot pelancong disediakan untuk mengangkut tetamu hotel yang
sudah membuat tempahan. Di Pulau Redang terdapat banyak resort & chalet yang menanti kedatangan pelancong.  Kadar harga bilik untuk satu malam antara RM180 - RM600 berdasar jenis bilik. Pelancong

boleh memilih pakej untuk menyelam dasar laut untuk melihat batu karang yang cantik, memancing ikan serta bercandat sotong di tengah laut & melawat Taman Laut Negara. Sebelum & selepas ke Pulau Redang, para

pelancong boleh membeli tshirt yang berkaitan Pulau Redang sebagai buat kenangan.Selain baju, anda boleh membeli cenderahati seperti key chain, patung ikan Nemo, seluar pendek,

baju batik, kain batik, rantai yang dibuat hasilan laut, siput dan lain-lain lagi. Terdapat lebih 10 buah gerai cenderahati dibina dengan pilihan yang menarik dan harga yang berpatutan. Setiap pelancong ke pulau mereka dibawa ke check point bagi di bawa ke bot atau feri.
Mereka akan dibawa ke jeti untuk menaiki feri yang sedang menunggu. Feri akan berlepas ke Pulau Redang pada jam 9.30 pagi yang mengambil masa hampir 2 jam & dari Pulau Redang ke Merang berlepas pada jam 12.30 tengahari.