Memaparkan catatan dengan label Hutan Lipur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hutan Lipur. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Oktober 2010

Pokok Cengal Tertua Dan Terbesar



INFO

  • Nama Spesies : 'Cengal', Neobalanocarpus heimii
  • Ukuran : 1,675 cm lilitan dan 65 meter tinggi
  • Tempat Dijumpai : Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun Terengganu
  • Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.
  • Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.
  • Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik.
  • Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.
  • Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.
  • Pokok cengal kedua terbesar pula terletak dalam kompartmen 4, Hutan Simpan Pasir Raja dan dianggarkan ketinggian 45 meter dengan ukuran lilitan 10.75 meter.
Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan 

    Ahad, 1 Ogos 2010

    Hutan Lipur Jambu Bongkok

    Hutan Lipur Jambu Bongkok Marang terletak di hadapan Taman Rekreasi Rhu Madu. Hutan ini cukup popular untuk dikunjungi kerana berhampiran pantai Jambu Bongkok dan pantai Rantau Abang tempat penyu bertelur. Kedudukan ditepi jalan besar Kuala Terengganu ke Kemaman memudah pelancong untuk berkunjung.
    Hutan lipur ini seluas 54 ekar mempunyai keunikan dan kaya dengan pokok balau besar, gelam dan tanah beris yang jarang dijumpa. Di sini anda akan terasa berada di dalam hutan tebal kerana bunyi cengkerik dan unggas mendayu-dayu tanpa henti. Suasana di sini begitu redup kerana dirembun pokok-pokok besar.
    Hutan lipur ini telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Terengganu sebagai lokasi Jambori Pengakap Asia Ke 12. Jambori ini akan diadakan pada 4 - 9 Jun 2011 dan di jangka 8000 orang pengakap dan 1000 orang pegawai akan menyertai jambori ini.
    Aktiviti latihan bina semangat, perkhemahan dan motivasi sering diadakan di sini. Kemudahan yang ada di hutan lipur ini ialah trek hutan, tapak perkhemahan, tempat mandi, tandas, chalet, padang kawad dan pejabat urusetia.
    INFO

    Kepunyaan :
    Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

    Konteks :
    Zailani - 09 627 4155
    Haji Harun - 09 622 1746

    Jarak :
    50 km dari Kuala Terengganu
    20 km dari Dungun

    Pengangkutan :
    Bas atau Teksi dari bandar Dungun

    Teksi
    Stesen Kereta Sewa Dungun
    23000 Dungun, Terengganu
    Tel: 09-8481744

    Penginapan :
    De Teratai Beach Resort - 017 987 8454
    Rantau Abang Chalet - 09 845 6001

    Harga bilik dari RM50 - RM200 satu malam

    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

    Penerbangan