Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan

Khamis, 26 Ogos 2010

Misteri Telaga Simpul

Telaga Simpul terletak di pantai Marina wujud apabila airmata dari Bukit Pejajat mengalir turun menjadi kolam takungan air. Telaga ini dikatakan tidak pernah kering , jernih dan menyegarkan. Penduduk tempatan selalu menggunakan air ini untuk mandi, minum dan basuhan serta menjadi tempat persinggahan pelayar-pelayar untuk mengisi air bekalan untuk belayar.
Pada masa dulu telaga ini hanya berdindingkan tanah kini telah dibina dinding yang lebih kemas supaya dapat menarik pelancong ke sini. Mengikut cerita telaga ini dipercayai dibina oleh Abdullah Munsyi ketika membuat pelayaran ke Kelantan, Terengganu dan Pahang pada tahun 1852. Ketika pulang dari Kelantan, beliau singgah di Telaga Simpul untuk mengambil bekalan air dan mandi-manda.
Abdullah Musyi dan awak-awaknya mandi di telaga itu dan selepas mandi beliau serta awak-awaknya akan menyimpul daun mengkuang. Daun yang disimpul ini diletak  ditepi telaga. Setiap orang akan menyimpul daun tersebut bagi menggelak terkena malapetaka. Amalan ini adalah adat dan pantang larang yang diamalkan oleh penduduk tempatan sejak dulu lagi.
Sehingga ini masih ada orang yang melakukannya dengan menyimpul daun lalang atau daun pandang sebelum meninggalkan tempat ini.

INFO

Lokasi
Melalui Jalan Lama Kijal ke Perwaja dan selepas Perwaja anda akan ternampak Papan tanda Pantai Marina & Telaga Simpul. Jika dari arah Cukai selepas Kem Askar dan selepas menurun bukit.

Jarak
160 km dari Kuala Terengganu
15 km dari Kemaman

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Strawberry Kijal Resort Apartments
Lot 2865, Teluk Senajang,

Mukim Kijal,
24100 Kemaman,
Terengganu

Tel: 09-8623402, 09-8623403
Faks: 09-8623402, 09-8623403

Awana Kijal Apartment
No. 4A, Persiaran Bunga Melor,
Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun,
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8649612
Faks: 09-8649655

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort
KM28, Jln Dungun-Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8641188
Faks: 09-8641688
Laman Web: http://www.awana.com.my
Emel: awanakij@tm.net.my

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan

Berhampiran dengan Pantai Penunjuk (20 minit perjalanan) dan Pantai Teluk Kalong (15 minit perjalanan).

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Isnin, 19 April 2010

Rumah Misteri

Semasa saya melalui kampung Tanjung di Batu Rakit , saya ternampak sebuah rumah dua tingkat berwarna hijau putih yang tiada penghuni.
Sesiapa yang pernah melalui kampung ini akan tenampak rumah tersebut. Saya behenti & bertanya penduduk yang tinggal di kawasan itu. Mengikutnya rumah tersebut tidak didiami selama 30 tahun lalu dan tidak ketahui siapakah tuan rumah yang sebenar.



Ada yang mengatakan tuan rumah seorang che gu yang tinggal di bandar. Ada juga yang mengatakan rumah ini telah dimiliki oleh bank kerana gagal menjelaskan pinjaman. Yang pasti rumah ini bukan rumah berhantu.

Mengikut apa yang dicerita di facebook rumah ini pernah ditinggal oleh Mona Fadey & selepas itu penyewa rumah ini tidak kekal, seterusnya tiada yang berani untuk menyewa rumah tersebut.

Respon rumah misteri di facebook http://www.facebook.com/photo.php?pid=434446&id=1669429885&comments