Rabu, 1 September 2010

Chukai Waterfront

Taman Persiaran Bandar Chukai terletak di tepi sungai Chukai berhampiran dengan pasar dan stesyen bas. Taman ini dibuka pada 17 Mei 1990 oleh Dato' Seri Amar Di Raja, Bekas Menteri Besar Terengganu.
Bila berada di tepi benteng ini, anda boleh melihat pemandangan sungai yang luas. Di depan benteng terdapat pokok bakau yang menjadi tempat pembiakan ikan, ketam dan undang. Anda boleh memancing di sini kerana terdapat banyak ikan di sini. Bot-bot nelayan yang baru pulang dari laut untuk menghantar ikan ke pasar boleh ditonton dari sini.
Anda akan terasa nyaman bila berkunjung di sini kerana suasana yang nyaman dan damai. Lanskap yang menarik menambah keindahan taman. Ada pokok yang rendang dan pokok kelapa ditanam disekitar taman ini. Banyak kerusi disediakan untuk anda berehat.
INFO

Lokasi
Terletak di Jalan Sulaimani iaitu bersebelahan pasar dan stesyen bas.

Jarak
100 km dari Kuala Terengganu
0 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Berhampiran dengan dengan bank, pusat membeli belah, pasar dan hotel, Pantai Monica (15 minit perjalanan) dan kedai makan.

Tiada ulasan: