Memaparkan catatan dengan label haiwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haiwan. Papar semua catatan

Isnin, 13 September 2010

Terpukau Dan Terpegun

Kelip-kelip atau kunang-kunang (photuris lucicrescens) adalah sejenis serangga yang mengeluar cahaya yang cantik. Terdapat 2000 jenis spesis kelip-kelip yang terdapat di dunia dan kelip-kelip yang terdapat di sungai Yak Yah, Kemaman adalah jenis yang mengeluarkan cahaya cantik.
Untuk melihat kelip-kelip, anda perlu mudik sungai Yak Yah selama sejam (pergi & balik) dengan menaiki perahu. Waktu yang sesuai untuk melihat kelip-kelip ialah di waktu malam. Kelip-kelip ini suka hinggap di pokok Berembang, pokok Putat dan pokok Bebaru.
Kelip-kelip ini akan mengeluarkan cahaya yang tidak mengandungi infrared. Kelip-kelip jantan akan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding kelip-kelip betina. Cahaya terang kelip-kelip jantan ini akan menarik kelip-kelip betina untuk tujuan mengawan.
Apabila kelip-kelip ini hinggap di pokok yang terdapat di kiri kanan sungai akan menyebabkan pokok berubah rupa. Pokok ini akan berubah menjadi pelbagai bentuk seperti menjadi haiwan dan pokok itu menjadi terang seolah-olah dipasang lampu neon. Indahnya sungguh suasana malam itu dan anda akan terpukau serta terpegun melihat kejadian ini yang anda jarang lihat.

INFO

Pemilik
Pejabat Daerah Kemaman
09 859 1961

Lokasi
Melalui Jalan Mak Chili-Ibok dan jalan Kerteh-Ibok.

Jarak
170 km dari Kuala Terengganu
40 km dari Kuantan
10 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Agensi Pelancongan

Puncak Geliga Holidays Sdn. Bhd.
No. 543, Tingkat 1, Jalan Sulaiman, Kemaman
Tel: 09-8582128

Rayhar Travel Sdn. Bhd.
No. 1341-1, Dihadapan Sek Men. Sultan Ismail Kemaman
Tel: 09-8592942

Sayu Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.22, Ground Floor, Kemaman Supply Base, Administration Building B,  Kemaman
Tel: 09-8633833  
  



Pengangkutan
Teksi, dan kenderaan sendiri

Perkhidmatan Bas - Dua laluan
1. Awana Kijal melalui pekan Kijal, Kampung Payoh dan Ibok ke zoo

2. Stesyen bas Chukai melalui Centre Point (KCP) ke Telekom dan terus ke zoo.

Bas berkenaan bertolak dua kali sehari iaitu pada pukul 12 tengah hari dan 4 petang.

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Sungai Yak Yah ini bersebelahan dengan Zoo Kemaman.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Selasa, 17 Ogos 2010

Besarnya Awang

Anda pernah tengok lembu yang bernilai RM5,000 seekor. Biasa tengok kerana lembu itu adalah harga biasa di pasaran. Tetapi anda belum tengok lembu yang bernilai RM12,000 seekor. Bukan saja lembu ini bernilai tinggi, lembu ini patuh pada arahan tuannya.
Lembu ini diberi nama Awang sangat manja dengan tuannya. Tuannya yang bernama Haji Omar cukup sayang dengan lembu ini kerana patuh mendengar arahannya terutama ketika hendak mandi. Lembu yang seberat 1,500 kg dan setinggi 5 kaki baru berusia 3 tahun.
Haji Omar bercadang untuk menjual Awang pada harganya RM12,000 seekor. Kepada sesiapa ingin melihat Awang, anda boleh datang ke kampung Paya Datu, Buluh Gading. Bila datang ke sini, anda boleh bergambar dengan Awang yang besar dan tinggi.


INFO

Tuan Punya
Haji Omar - 016 980 4779

Lokasi
Kampung Paya Datu berhampiran dengan Kampung Buluh Gading.

Harga Yang Hendak Di Jual
RM12,000 seekor

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Jumaat, 6 Ogos 2010

Tengok Penyu Berenang Di Rantau Abang

Rantau Abang adalah tempat penyu bertelur. Biasanya pada bulan April hingga Ogos adalah musim bertelur di Rantau Abang. Penyu akan mendarat pada waktu tengah malam sehingga pagi. Pantai sepanjang 3 km menjadi pilihan penyu mendarat kerana dikatakan di pantai ini mempunyai ibu penyu.
Di tepi pantai ini terdapat kawasan penetasan telur penyu. Telur penyu yang dikutip akan ditanam dalam pasir tujuan kajian dan pemeliaharan supaya tidak mati dimakan burung. Telur ini akan diram selama 60 hari.
Di sebelah pusat penetasan terdapat takungan pembiakan penyu. Anak-anak penyu yang baru lahir akan diletakan dalam takungan air. Di sini pihak Pusat Penyu & Ekosistem Marin (TUMEC) membuat kajian tentang habitat dan pemuliaharaan dari pupus.
Anda dapat melihat penyu agar, karah dan lipas sedang berenang dalam takungan air. Pada tahun 1980 an pantai ini menerima kunjungan penyu belimbing sebayak 800 ekor. Penyu belimbing merupa spesis penyu terbesar seberat 1.5 tan dan mampu bertelur 60-120 biji. Keanehan penyu ialah apabila bertelur air mata akan keluar dan penyu ini sanggup datang beribu-ribu batu seperti dari Amerika semata-mata untuk bertelur di Rantau Abang.
INFO
 Tumec menerima peruntukan RM5 juta tahun depan
 20 penyu mati terperangkap dalam pukat pari sehingga Ogos 2006 dilaporkan di Terengganu
 499,565 anak penyu belimbing dilepaskan ke laut 1961-2005
 1,158,831 anak penyu agar dilepaskan ke laut 1990-2005
 12,792 anak penyu lipas dilepaskan ke laut 1990-2005
 12,726 anak penyu karah/sisik dilepaskan ke laut 1990-2005
 800 sarang penyu belimbing pada awal 1980-an
 5 sarang penyu belimbing tahun ini
 4 daripada 7 spesies penyu yang wujud di dunia mendarat dan bertelur di pantai Terengganu
 80-85 peratus telur penyu berjaya dieram setiap tahun
 15-20 peratus telur penyu tempatan di jual di pasar
 11 kawasan rezab penyu termasuk terbaru di Telaga Papan, Setiu
Kepunyaan
Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC)
(TURTLE AND MARINE ECOSYSTEM CENTER), Jabatan Perikanan Malaysia,
Rantau Abang, 23050 Dungun, Terengganu, Malaysia
No. Telefon: +609 845 8169/+609 845 8169
No. Faks: +609 845 8017
Email: tumec@fri.gov.my

Jarak :
60 km dari Kuala Terengganu
15 km dari Dungun

Musim Bertelur:
April hingga Ogos

Jenis Penyu
Agar, Karah, Lipas
Belimbing spesis penyu yang terbesar.

Pengangkutan
Teksi dan bas. Boleh dinaiki di Dungun atau Kuala Terengganu

Teksi
Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Penginapan

De Teratai Beach Resort - 017 987 8454
Turtles De Village Inn - 014 808 3137

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Ahad, 4 Julai 2010

Santuari Gajah Di Tasik Kenyir

Santuari Gajah merupakan tarikan baru di Tasik Kenyir selain Santuari Kelah, air terjun, gunung dan Gua Bewah. Santuari yang berkeluasan 15,000 hektar terletak di Sungai Ketiar, Hulu Terengganu. Jarak perjalanan dari Bandaraya Kuala Terengganu ialah 140 km ( 2 jam), Kuala Berang (86 km), Pengakalan Gawi ( 56 km) dan sempadan negeri Terengganu-Kelantan di Felda Aring ( 11 km).
Santuari ini berfungsi untuk menempatkan gajah-gajah liar yang ditangkap di tempat lain dan menjinak gajah untuk membuat persembahan. Gajah ini dilatih untuk membawa orang, memberi hormat dan menerima arahan. Bahasa yang di gunakan untuk berkomunikasi ialah bahasa Mymar untuk perkataan duduk, bahasa Thailand untuk tunduk hormat dan bahasa Melayu untuk makan.
Dua ekor gajah yang bernama Seri berumur 3 tahun dan Suria berumur 10 tahun. Seri berasal dari Felda Keratong, Pahang dan Suria berasal dari Kampung Pak Kancil, Setiu. Santuari ini dibuka pada setiap hari dari jam 11 pagi - 1 petang dan 3 petang - 5 petang. Waktu menunggang pada jam 3 petang - 4 petang.
Untuk melihat dan menunggang gajah adalah percuma. Berat gajah tersebut antara 1.3 tan - 1.5 tan dan memerlukan makan 100 kg sehari. Makanan untuk pagi ialah roti, tengahari - tebu dan petang - buah-buahan seperti betik dan tembikai.
Santuari ini diurus oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN), Daerah Hulu Terengganu 09 681 1831/www.wildlife.gov.my.

Kunjungilah Santuari Gajah yang Hebat.

INFO UNTUK KE SINI

Keterangan Lanjut
 
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- 09 623 4122/627 4153
 
Pusat Penerangan Pelancong
- 09 626 7788/ 666 8498

Lokasi
Santuari Gajah ini  terletak di Sungai Ketiar, Tasik Kenyir, Hulu  Terengganu . Untuk sampai ke sini, anda perlu menuju ke arah Lebuh Raya Tasik Kenyir dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di  Kuala Berang dan mengambil teksi untuk datang kesini.

Jarak
140 km dari Kuala Terengganu

56 km dari Pengkalan Gawi
11 km dari Felda Aring, Gua Musang
86 km dari Kuala Berang


Penginapan

Kenyir Sanctuary Resort
Pulau Poh, Tasik Kenyir,
D/A Box 24, Pej Pos Kuala Berang,
27100 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504

Lake Kenyir Resort and Spa
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
P.O. Box 32,
27100 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6668888
Faks: 09-6668343
Laman Web: http://www.lakekenyir.com
Emel: resort@lakekenyir.com

Lake Land Resort
Pulau Lata Terap,
Terengganu
Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939
Faks: 09-6633011
Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

Musang Kenyir Resort
895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6231888, 019-2782939
Faks: 09-6231888

Petang Island Resort
Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6221276, 013-2860681
Faks: 09-6221276
Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my
Emel: info@pirkenyir.com.my

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586
Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my
 
Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-6236684
Faks: 09-6316684
Jabatan PERHILITAN
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my
 
Uncle John Resort
Near Lasir Waterfall
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: patrvl@tm.net.my 
 
Agensi Pelancongan

First World Naturally Sdn. Bhd.
Lot G 276, Bangunan MDHT,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6811699

Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 010-9846012, 010-9841165, 09-6811641

Lake Land Resort Sdn. Bhd.
Sungai Terengganu, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 03-62732213

Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6816469, 010-9000034, 013-9092932

Y & Z Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot 9328, Tingkat Atas, Sungai Petai,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 016-9338613, 013-9868749


Pengangkutan

1. Bas Online


3. Teksi
Perhentian Kereta Sewa/Teksi Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6813049


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744


Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Sepanjang perjalanan ke santuari anda akan melihat panorama  Tasik Kenyir yang cantik dan menarik.

Selasa, 22 Jun 2010

Burung Unta Yang Jinak

Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Hulu Terengganu bukan saja terdapat dusun buah-buah tetapi terdapat burung unta yang tinggi lampai. Ketinggian burung boleh mencecah 8 kaki melebihi ketinggian manusia.
Terdapat 5 ekor burung unta yang terdapat dalam kandang dan boleh dilihat dari jarak dekat. Burung ini tidak mampu terbang walapun mempunyai sayap.
Burung ini mampu memecut sehingga 65 km sejam. Memiliki leher yang panjang mampu mengambil buah di pokok yang rendang.
Datang ke taman ini bersama keluarga untuk melihat sendiri dan sudah tentu anak-anak anda gembira melihat haiwan jarang di tengok.

Jangan lupa bawa kamera untuk abadikan kenangan manis ini.