Isnin, 27 September 2010

Makam Sultan Terengganu Yang Pertama

 Sultan Zainal Abidin ialah Putera  kepada Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor. Baginda dilantik menjadi  Sultan Terengganu yang pertama pada tahun 1708 dan mangkat pada tahun 1723. Baginda dimakam di atas Bukit Keledang.
 Bukit Keledang yang terletak di kampung Kota Lama iaitu depan Hotel Seri Malaysia mempunyai kesan peninggalan sejarah kesultanan Terengganu. Di sini terdapat banyak kubur-kubur lama  yang dipercayai kerabat Sultan Terengganu pertama. Hanya makam Sultan Zainal Abidin 1 yang di tanda nama manakala kubur lain tidak ditandakan nama.
 Kubur ini disini agak unik sikit kerana pembinaannya tidak sama bentuk kubur yang ada sekarang. Saiz kubur agak besar dan unik, Begitu juga batu nesan bersaiz besar dan mempunyai ukiran. Sebanyak  lima buah kubur  yang terdapat  di sini.
Mengikut sejarah, Sultan Terengganu yang pertama mempunyai pusat pemerintahan di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu. Pusat pemerintahan mula berpindah ke Langgar, ke Pulau Manis, Cabang Tiga dan akhir sekali di Kota Lama, Kuala Terengganu. Baginda mangkat pada tahun 1723 dan jenazahnya dimakamkan di atas Bukit Keledang iaitu berhampiran Kota Lama. 

Al Fatihah.

INFO UNTUK KESINI 

Lokasi
Di persimpangan lampu isyarat Hotel Seri Malaysia

Penginapan

Seri Malaysia Hotel
Lot 1640 Jalan Hiliran (Balik Bukit),
20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6236454
Faks: 09-6238344
Laman Web: http://www.serimalaysia.com.my
Emel: smtgg1@yahoo.com

Felda Residence Kuala Terengganu

Jalan Hiliran,
21400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6321111
Fax: 09-6321122
Email: reservation.frkt@felda.net.my

Bunga Raya Hotel
105 – 111, Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6221799

Kenangan Hotel
65, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6222688, 09-6233268
Laman Web: http://www.hotelkenangan.com.my
Emel: admin@hotelkenangan.com.my


  Pengangkutan


  Teksi

  Perhentian Teksi/Kereta Sewa
  Jalan Masjid Abidin 

  (Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
  20100 Kuala Terengganu, Terengganu
  Tel: 09-6242694


  Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
  Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
  21300 Kuala Terengganu, Terengganu
  Tel: 09-6664067


 Bas Bandar

Cas Ligas Sdn. Bhd.
Tingkat 9, Menara Permint,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Tel :+609-6278000 (samb 8170)
Faks :+609-6233880
pertanyaan@casligas.com.my  

Keistimewaan
Berdekatan dengan Balik Bukit Waterfront, Bank, pusat membeli belah, kedai makan, Hotel, Kampung Cina, Pulau Warisan dan Sungai Terengganu

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Tiada ulasan: