Memaparkan catatan dengan label masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masjid. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Oktober 2010

Surau Cute

Cantik sungguh surau ini. Rekabentuk cukup simple tapi menarik. Surau As Soliheen di Desa Solehah, Kampung Mak Cili, Kemaman

Rabu, 13 Oktober 2010

Masjid Putih


  • Terletak di Jalan Masjid Abidin
  • Masjid Negeri
  • Nama masjid diambil dari nama Sultan Zainal Abidin
  • Masjid Abidin juga dikenali sebagai  Masjid Besar dan lebih dikenali Masjid Putih.
  • Bangunan masjid ini  pada asalnya  istana kayu (1793-1808).  Pada tahun 1269H/1852M dibina baru daripada batu. Pada tahun 1319H (1901M ) diperbesarkan.
  • Tahun 2008   menara dan kubah masjid. dibuat baru.
Keterangan lanjut tentang Masjid

http://museum.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article3.php?cid=43&aid=3333

Jumaat, 13 Ogos 2010

Solat Jumaat Di Masjid Sultan Mahmud

Masjid ini terletak Di Bandar Almuktafi Billah Shah, KETENGAH. Sesiapa yang melalui Lebuhraya Jerangau Jabur boleh singgah untuk bersolat.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Khamis, 12 Ogos 2010

Berterawih Di Masjid Padang Nenas

Masjid Padang Nenas terletak dari laluan bulatan UMT ke Wakaf Tengah. Berhampiran dengan Maktab Sains Batu Rakit. Jum bersolat di Masjid Padang Nenas.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Rabu, 11 Ogos 2010

Teraweh Di Masjid Rantau Abang

Terletak antara Balai polis Rantau Abang dengan Stesyen Petronas atau disebelah Pusat Penyu & Ekosistem Marin (TUMEC).

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Jumaat, 4 Jun 2010

Solat Jumaat Di Masjid Hadhari

Masjid Hadhari yang dibina ditepi sungai telah menjadi tanda mercu pekan Jertih. Rekabentuk masjid di bahagian luar berasaskan pada seni bina Masjid Nabi di Madinah. Di dalam masjid pula senibina berasaskan pada masjid Cardova yang cukup terkenal di zaman kegemilangan Kerajaan Andalusia.
Menepati konsep hadhari (pembangunan), masjid ini dibina bukan sahaja untuk beribadat tetapi menyediakan kemudahan komuniti seperti kelas Quran, dewan kuliah, perpustakaan, bilik musafir, kedai runcit, gerai minuman dan sebagainya.
Dari jauh kita dapat melihat 4 menara yang bermakna asal kejadian manusia berunsurkan tanah, air, api & angin. Lima buah kubah bermaksud Rukun Islam & ditambah kubah di porch menjadi Rukun Iman.

Jika sampai di bandar Jertih, jangan lupa untuk berhenti untuk menunai ibadat sambil melihat keunikan senibina masjid.

Jumaat, 30 April 2010

Masjid Tiupan Angin Pantai

Masjid Penarik yang dibina di antara sungai Penarik dengan pantai Penarik mewujudkan suasana yang indah. Tiupan angin pantai membuat kita merasa selesa & menghilangkan rasa peluh dibadan. Para pelancong yang datang dari arah Kuala Terengganu atau dari Besut akan berhenti untuk bersembahyang.
Masjid ini baru siap 3 tahun lepas berharga RM3 juta bagi mengganti masjid lama. Masjid baru ini boleh memuat jemaah seramai 1000 orang. Kemudahan bilik air & tandas disediakan kepada pengunjung disamping kawasan meletak kereta yang luas.


Di depan masjid terdapat beberapa gerai yang menjual makanan seperti nasi ayam, nasi berlauk & masakan panas. Masakan popular disini ialah ikan percik. Ikan sudah pasti segar kerana berdekatan dengan tempat pendaratan ikan.