Ahad, 6 Jun 2010

Main Pantai - Satu Nostalagia

Main Pantai adalah acara tradisi penduduk Kampung Padang Kemunting untuk berkumpul ditepi pantai. Pada kebiasaannya selepas musim menuai padi, mereka berpakat mendiri bangsal ditepi pantai. Mereka mendirikan bangsal dengan menggunakan pelepah kelapa dan buluh.
Bermula 4 Jun hingga 9 Jun 2010 bertempat di Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telepot mereka mengadakan pesta main pantai. Pada waktu siang mereka mengadakan pertunjukkan wau. Manakala pada waktu malam pertunjukkan Wayang Kulit dan Dikir Barat diadakan.
Selain daripada itu, terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan pakaian. Sebanyak 200 unit bangsal didirikan secara gotong royong. Anda boleh masuk kedalam bangsal untuk berkenalan dengan penghuni bangsal. Jika anda bernasib baik, anda akan dihidangkan nasi atau kuih tradisional seperti Loklik.
Anda juga boleh melihat mereka mengail ikan atau menjala ikan. Di sepanjang pantai ini terdapat banyak ikan seperti ikan ebek, kerapu, kakap dan pari. Disini juga anda melihat mereka menangkap ketam dengan mengguna tangan.
Mereka akan mencucuk perut ayam disebatang kayu & dipacak dalam air. Ketam akan memakan umpan tersebut. Untuk menangkapnya hanya memegang bahagian atas ketam
Untuk pergi ke tapak ini hanya memerlukan 30 minit perjalanan dari Kuala Terengganu. Tapak ini hanya bersebelahan dengan Universiti Malaysia Terengganu.

Sekiranya anda memerlukan penginapan yang berhampiran dengan tapak pesta ini sila hubungi chalet 09 666 6311 & homestay 012 949 0258/019 969 1871

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada lg ke sekarang?

Tanpa Nama berkata...

ada...pergi lah cepat..meriah benar

Tanpa Nama berkata...

patut la kebetulan lalu hari tu macam bangsal main pantai je..ingatkan tak dok doh lening.