Isnin, 21 Jun 2010

Belukar Bukit Antara Sungai Dengan Air Terjun

Belukar Bukit yang terletak di Hulu Terengganu merupa tempat mandi yang popular di Terengganu. Jarak dari Kuala Berang ialah 20 km sahaja dan dari Kuala Terengganu ialah 55 km. Untuk sampai ke sini anda boleh melalui jalan Ajil dan masuk ke simpang Bukit Diman atau melalui Lubuk Periuk atau melalui jalan ke Sekayu.

Kemudahan yang disediakan ialah wakaf, tandas, parkir,gerai dan surau.
Anda boleh memilih untuk mandi di sungai atau air terjun. Jika anda memilih sungai, anda boleh hamparkan tikar di atas pasir. Di kawasan air terjun, anda boleh pilih kawasan lapang di tepi batu atau di celah batu untuk berehat.

Air yang keluar dari celah batu memang sejuk.. Cuaca yang panas memang seronok berendam dalam air. Cukup melegakan. Air yang jernih cukup untuk menarik kita untuk berendam didalamnya.
Di bawah pokok rendang, kita boleh melihat pemandangan yang indah disekeliling. Sungai yang memanjang dengan pasir sungai yang kekuningan menambahkan lagi keindahan semulajadi Belukar Bukit.


Datanglah dengan keluarga untuk melihat kehebatan air terjun Belukar Bukit.

Tiada ulasan: