Selasa, 8 Jun 2010

Pasar Malam Di Taman Syahbandar

Cuti sekolah Taman Syahbandar menjadi tumpuan kunjungan pelancong untuk membeli belah. Berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, Bazar Warisan & Istana Maziah memudahkan pelancong singgah untuk membeli.
Pada waktu malam persembahan hiburan diadakan dengan jemputan penghibur terkenal & tempatan. Sebelah pasar malam ada taman pemainan seperti gondola, kuda berpusing dan sebagainya. Pertunjukkan ular juga diadakan oleh penjual ubat untuk menarik pembeli.
Selain menjual makanan, pasar malam juga ada menjual pakaian untuk sesuai semua golongan. Ada yang menjual tshirt, pakaian busana, pakaian kanak, kasut, beg tangan dan sebagainya.
Pengunjung yang datang kenderaan sendiri boleh meletak kereta dikawasan parkir yang luas. Mana kala pengunjung yang menyewa hotel berdekatan dengan tapak ini boleh berjalan kaki sambil bersantai.
Anda juga boleh menaiki beca ( orang Terengganu panggil teksi ) untuk datang ke tapak ini dengan bayaran RM5 atau menaiki bas pelancong (yang badannya berukiran kayu).

Jangan lupa bawa kamera untuk merakam pemandangan yang tercantik terutama berada di tepi Sungai Terengganu dan di muka kuala.

1 ulasan:

DVPro Video & Media Services berkata...

Salam, satu blog yg penuh dengan info yg berguna utk pelawat yg datang dari luar.

Nak tanya, pasar malam ni beroperasi sepanjang cuti sekolah ke?