Rabu, 30 Jun 2010

Tidur Atas Tasik

Kelah Rakit Resort terletak Lata Terap, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Jarak perjalanan ke resort ini ialah 70 km dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 15 km dari Pengkalan Gawi Tasik kenyir. Untuk datang ke sini boleh menaiki teksi di perhentian teksi Kuala Berang.
Resort ini mempunyai 6 buah bilik dan setiap bilik boleh di duduki seramai 5 orang. Bilik dan dewan rehat atau dewan makan dibina di atas tasik. Resort terapung ini memberi pengalaman baru kepada pelancong belum biasa suasana ini.
Kawasan sekitar ini dianggap lubuk memancing. dan boleh memancing di Santuari Kelah. Terdapat banyak ikan patin, sarong golok atau kelah yang menghuni di kawasan ini. Anda boleh memancing di resort itu sendiri dan hasilnya boleh dimasak di situ juga. Untuk kaki pancing apa lagi ! jom.
Selain memancing, pakej ini juga membawa anda mejelajahi tasik ini dengan bot untuk melihat pemandangan indah yang anda belum pernah jumpai. Jelajah tasik ini anda boleh melihat burung dan tumbuhan yang belum terusik seperti orkid liar yang hidup di kayu balak. Pelbagai spesis flora dan fauna akan anda jumpa yang hidup ditepi tasik dan anak sungai.
Anda juga boleh melihat kumpulan gajah yang sedang mencari makan. Anda boleh merakam gelagat gajah bersama ahli kumpulan yang sedang bergurau. Lawatan ke Santuari Gajah boleh diaturkan sekira anda berminat.
Suasana dingin dengan bunyian penghuni hutan menambah keunikan yang belum dirasainya. Harga pakej 2H 1M ialah RM150 dan 2H 3M RM330 seorang (penginapan, makan, memancing, bersiar dengan bot). Umur bawah 17 tahun dikenakan bayaran separuh harga.

Jika anda teringin untuk menginap disini kenalah buat tempahan awal dengan menghubungi Saufi 014 320 6545 dan http://kelahrakitresort.multiply.com/


Rasailah kehebatan Kelah Rakit Resort.

Tiada ulasan: