Isnin, 28 Jun 2010

Memorial Batu Bersurat

Memorial Batu Bersurat terletak di Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu iaitu 55 km dari pusat bandaraya. Untuk sampai ke sini tidaklah susah sangat kerana papan tanda sentiasa ada disepanjang jalan.
Memorial ini dibina pada tahun 1990 dan dirasmi oleh YAB Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad, Menteri Besar Terengganu. Pembinaan memorial dibina dengan tujuan untuk memperingati penemuan Batu Bersurat pada tahun 1882. Memorial dibina berdekatan dengan tempat berjumpa Batu Bersurat yang sebenar.
Penemuan ini menunjukkan agama Islam berkembang di Terengganu dan menjadi agama rasmi negeri. Tulisan yang terdapat Batu Bersurat bertarikh 1303 masehi menunjukan Islam sudah tersebar lebih awal di Terengganu dan menjadi tulisan tertua yang pernah di jumpai.

Batu ini mempunyai 4 muka dan menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi Terengganu. Selain itu terdapat catatan yang menerangkan hukum-hukum Islam mengenai maksiat dan kemungkaran. Pada mulanya Batu ini disimpan di Istana Terengganu dan dipindah ke Muzium Singapura, pindah ke Muzium Negara dan berakhir di Muzium Terengganu.

Disebelah seberang sungai memorial ini, tempat terjumpai batu bersurat. Sebagai tanda, Muzium Terengganu membina batu tanda sebagai tanda peringatan. Batu ini terletak ditebing Sungai Tara dan didalam kebun penduduk kampung.

INFO UNTUK KE SINI

Kepunyaan
Lembaga Muzium Terengganu - 09 622 1444


Lokasi
Memorial ini terletak di Kampung Buluh  Hulu  Terengganu . Untuk sampai ke sini, anda perlu melalui bandar Kuala  Berang dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di Kuala Berang dan mengambil teksi untuk datang kesini.

Jarak
50 km dari Kuala Terengganu

115 km dari Kota Bahru
150 km dari Kuantan
3  km dari Kuala Berang


Penginapan

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542


Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt.23,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Laman Web: http://www.anggerikimpian.com
Emel: anggerik.impian@yahoo.com


Agensi Pelancongan

First World Naturally Sdn. Bhd.
Lot G 276, Bangunan MDHT,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6811699

Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 010-9846012, 010-9841165, 09-6811641

Lake Land Resort Sdn. Bhd.
Sungai Terengganu, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 03-62732213

Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6816469, 010-9000034, 013-9092932

Y & Z Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot 9328, Tingkat Atas, Sungai Petai,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 016-9338613, 013-9868749


Pengangkutan

1. Bas Online


3. Teksi
Perhentian Kereta Sewa/Teksi Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6813049


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744


Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Batu bersurat yang paling lama dan tertua.

3 ulasan:

Sky8Men berkata...

batu bersurat..tanda kedatangan Islam terawal di tanah melayu.. =)

Tanpa Nama berkata...

slp mengislamkan krjn sriwijaya mala, syarif muhammad al-baghdadi membina empayar di benua terengganu d wilayah pelabuhan sriwijaya mala, Fo-Lo-An... d bawanya bersama raja madalika membuka daerah dungun...

Mohd Fairuz Mat Zin berkata...

Mohon pinjam beberapa gambar