Khamis, 24 Jun 2010

Hebatnya Taman Pertanian Sekayu.

Taman Pertanian Sekayu memang hebat bukan saja ada kolam ala taman tema air, burung unta atau dusun buah-buahan tapi mempunyai air terjun yang unik. Unik kerana air terjun jenis rendah dan sesuaii untuk mandi.
Kawasan untuk lepak mudah didapati kerana tebing tidak begitu tinggi dan amat mudah untuk hamparkan tikar. Pilihlah tempat yang sesuai untuk anda samada ditepi batu atau di bawah pokok. Semuanya redup.
Apa lagi cari kayu, ranting dan daun kering yang mudah didapati untuk dijadikan bahan bakar. Anda boleh buat barbeque dengan membawa daging ayam atau ikan untuk disalai. Selepas itu boleh makan ramai-ramai. Berebut-rebut !
Anda boleh pilih tempat mandi yang anda gemari samada di bawah air terjun atau  di tepi air yang mengalir di celah batu. Semuanya best..
Untuk sampai ke sini hanya memerlukan satu jam perjalanan dari Kuala Terengganu. Tempat yang anda tuju ialah Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Hulu Terengganu.

Rasalah kehebatan air terjun Taman Pertanian Sekayu.

INFO UNTUK KE SINI

Kepunyaan
Jabatan Pertanian Terengganu - 09 622 444

Lokasi
Air Terjun Sekayu  terletak di Hutan Simpan Hulu  Terengganu . Untuk sampai ke sini, anda perlu melalui persimpangan lampu berisyarat dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di Kuala Berang dan mengambil teksi untuk datang kesini.

Jarak
56 km dari Kuala Terengganu

120 km dari Kota Bahru
145 km dari Kuantan
16 km dari Kuala Berang


Penginapan

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542


Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt.23,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Laman Web: http://www.anggerikimpian.com
Emel: anggerik.impian@yahoo.com


Agensi Pelancongan

First World Naturally Sdn. Bhd.
Lot G 276, Bangunan MDHT,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6811699

Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 010-9846012, 010-9841165, 09-6811641

Lake Land Resort Sdn. Bhd.
Sungai Terengganu, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 03-62732213

Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6816469, 010-9000034, 013-9092932

Y & Z Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot 9328, Tingkat Atas, Sungai Petai,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 016-9338613, 013-9868749


Pengangkutan

1. Bas Online


3. Teksi
Perhentian Kereta Sewa/Teksi Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6813049


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744


Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Mempunyai sungai yang cantik, air terjun, kolam mandi yang besar, taman buah-buahan, taman orkid, taman haiwan dan lain-lain.

Tiada ulasan: