Rabu, 16 Jun 2010

Taman Tema Air Di Sekayu

Apabila anda berkunjung ke Sekayu, Hulu Terengganu, anda akan terjumpa dua tempat destinasi pelancongan yang popular iaitu Air Terjun Sekayu & Taman Pertanian Negeri. Kedua-dua tempat hanyalah bersebelahan saja. Jarak antara Sekayu dengan Kuala Terengganu ialah 55 km ( 45 minit).
Di Taman Pertanian Sekayu yang dibuka 30 tahun lalu mempunyai berapa segmen iaitu Taman Ala Tema Air, Kebun buah-buahan, Taman Haiwan, Taman Orkid, air terjun, sungai, tasik dan sebagainya. Keluasan taman ini ialah 85 hektar dan dikendali oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.
Di taman ini mempunyai 2 kolam iaitu kolam yang bersaiz besar untuk orang dewasa dan yang saiz kecil untuk kanak-kanak. Sekiranya anda sampai awal, anda boleh pilih tempat yang teduh untuk hamparkan tikar. Anda boleh membawa pelampung untuk mandi dan bola plastik untuk anda bermain dalam air.
Di Kolam utama terdapat gelungsur air yang berliku-liku untuk kegunaan pengunjung. Anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk bergelungsur turun kedalam kolam. Anda tentu seronok untuk mencubanya.
Di kolam ini terdapat payung yang mengeluar air untuk kita mandi dibawahnya. Jika anda ingin mendapat keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu 09 6222444

Tiada ulasan: