Rabu, 9 Jun 2010

Pasar Minggu Kuala Besut

Setiap hari Jumaat, Jalan di Kuala Besut menghala ke sempadan negeri akan menjadi sesak apabila beratus kenderaan menuju ke pasar minggu. Pasar minggu ini amat popular bukan saja dikalangan penduduk tempatan bahkan dari Kuala Terengganu dan Kelantan akan mengunjung.
Pasar ini mula dibuka daripada 7 pagi hinggalah ke petang dan jarak dari Jertih hanya 15 km. Pasar ini menjual beranika barangan dari barangan basah hingga barangan kering. Jika anda ingin membeli sayur-sayuran seperti kangkung, sawi, petola, lada dan sebagainya banyak dijual disini.
Sayur-sayuran dan bermacam jenis ulam amat segar dengan harga berpatutan. Selain daripada itu buah-buahan juga ada dijual seperti buah manggis, bermacam jenis pisang, rambutan dan sebagainya.
Jenis ingin membeli pengkakas dapur seperti periuk, baldi, sodek, dapur dan sebagai memang banyak jual disini. Tidak lupa pakaian beranika fesyen dan pakaian bundle banyak pilihan yang ada.

Ingat pasar minggu ini berurusniaga hanya pada hari Jumaat sahaja. Datang awal untuk mendapat letak kereta yang berdekatan dengan pasar ini.

Tiada ulasan: