Ahad, 13 Jun 2010

Kerana Nasi Dagang, Ku Sanggup Ke Terengganu

En Razin dari Kuala Lumpur yang baru dikenali di FaceBook sanggup bercuti di Terengganu semata-mata hendak makan nasi dagang. Sebenarnya beliau tidak merancang hendak bercuti di Terengganu. Tetapi gara-gara saya menceritakan keenakkan nasi dagang Terengganu menyebabkan beliau merasa terliur untuk makan nasi dagang.
Saya membawa beliau makan nasi dagang Mok Ngoh ( Mak Ngah) di chendering iaitu 10 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Nasi Dagang Mok Ngoh memang tersohor di Terengganu sejak tahun 1950 lagi dan menjadi kedai tumpuan pelancong dari luar Terengganu. Kedai ini pernah menjadi kedai kontroversi 4 tahun lepas kerana kes nasi dagang kepala ikan yang berharga RM45.
En Razin sedang menekmati nasi dagang dengan kerepok goreng. Nasi dagang dihidang dengan daun pisang dan sedap dimakan dengan lada jeruk. Nasi dagang dimasak dengan santan, halba dan sebagainya untuk menghasilkan rasa yang enak. Manakala kuahnya dimasak dengan ikan tongkol.
Harga nasi dagang hanya RM2.50, kerepok goreng RM2.00 dan minuman RM1.00. Murahkan!

Untuk sampai ke kedai ini dari Kuala Terengganu tidaklah sukar. Selepas Masjid Terapung di Kuala Ibai melalui jambatan anda akan menjumpa kedai ini sebelah kiri. Jika tidak jumpa juga hubungi saya.

Tiada ulasan: