Ahad, 20 Jun 2010

Menginap Di Tepi Tasik Terbesar Di Asia Tenggara

Lake Kenyir Resort & Spa terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu merupakan sebuah resort yang berlatarbelakang hutan Hujan Tropika dan tasik. Anda perlu melalui Pengkalan Gawi untuk sampai ke resort ini.
Apabila anda sampai ke resort ini, anda akan dibawa dengan kenderaan khas ke lobby hotel. Selepas check in anda dibawa pula ke bilik yang terletak di tepi tasik.
Resort ini mempunyai135 buah chalet dengan rekabentuk senibina tradisional Melayu. Kadar sewa antara RM288 - RM1047 untuk satu semalam berdasar jenis bilik. Dalam bilik ini disediakan kemudahan membuat kopi/teh, telepon IDD, mini bar dan sebagainya.
Kedudukan resort yang mengadap tasik cukup menawan baik di waktu pagi atau di waktu senja. Kolam mandi juga mengadap ke tasik memberi pemandangan yang luas dengan pulau-pulau kecil. Ruang minum ditepi kolam juga sesuai aktiviti santai.
Resort ini juga menyediakan pakej untuk berkelah di air terjun Saok dan Lasir, melawat Gua Bewah dan Taat, Taman Negara, Pulau Herba dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut & membuat tempahan sila hubungi 09 666 8888, 03 2052 7766. http://www.lakekenyir.com/

Tiada ulasan: