Rabu, 23 Jun 2010

Lake Land Resort terletak di Lata Terap, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Untuk sampai disini, anda boleh memandu kereta pada jarak 70 km ( 1 jam) dari Kuala Terengganu dan 22 km dari Kuala Berang.
Mempunyai 20 buah chalet gaya kampung yang sedang menunggu pelancong untuk menginap disini. Mempunyai kemudahan bilik air, air paip dari gunung, elektrik menggunakan generator dan sebagainya.

Selain daripada itu rumah terapung disediakan untuk pelancong yang ingin suasana berlainan dengan bunyi aliran air. Mempunyai 10 katil bertingkat dapat memuat 20 orang. Pakej yang disediakan untuk menginap samada di chalet atau rumah rakit ialah berdasar harga pakej iaitu
2 hari 1 malam RM300, 3 hari 2 malam RM400, 4 hari 3 malam RM480. Pakej ini termasuk penginapan, makan, memancing, mandi di air terjun dan menjelajahi tasik. Anda juga boleh menyewa rumah bot dengan harga RM1,000 satu malam ( minima 2 malam).
Jika anda ingin merasa alam semula jadi yang belum terusik, anda boleh menginap di Lake Land Resort dengan menghubungi Abu 019 995 0720 atau Nor 014 845 1763. http://lakelandresort.bravehost.com

Yang Pasti Anda Merasa Hebat Bila Anda Bermalam Jauh Kebisingan Kota.

Tiada ulasan: