Khamis, 17 Jun 2010

Taman Rekreasi Sungai Lawet

Taman Rekreasi Sungai Lawit terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu iaitu 70 km dari Kuala Terengganu. Taman ini berhampiran dengan simpang masuk Pengkalan Gawi iaitu di Lebuhraya Kenyir ke Gua Musang, Kelantan.
Apabila berada di taman ini, anda akan dapat melihat pemandangan Tasik Kenyir. Kawasan ini redup kerana dilindungi pokok-pokok besar. Kemudahan yang ada di kawasan ini ialah alat riadah untuk senaman ringan. Trek jogging mengeliling taman ini disediakan untuk pengunjung.
Beberapa pondok untuk berteduh disediakan di taman ini. Pondok ini boleh digunakan untuk menjamu selera dengan keluarga anda. Untuk aktiviti hari keluarga seramai 100 orang amat sesuai di jalankan disini kerana disini mempunyai kawasan lapang.
Kemudahan untuk berehat mengadap tasik ada tersediakan untuk keselesaan pengunjung. Berehat disini amat seronok melihat flora yang cantik dan angin sejuk yang meniup badan kita.

Bawalah keluarga anda untuk bercuti di salah satu tempat di Tasik Kenyir.

Tiada ulasan: