Jumaat, 25 Jun 2010

Memancing Di Tasik Kenyir

Kolam memancing berkonsep rekreasi terdapat di Sungai Lawet, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Terletak 2 km dari Pengkalan Gawi dan 50 km dari Kuala Terengganu. Kolam ikan yang seluas 100 ka x 200 ka menunggu kaki pancing untuk mengail ikan air tawar.
Kolam ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi - 6 petang. Di kolam ini terdapat pelbagai spesis ikan air tawar seperti kakap, lampan, talipia dan sebagainya. Hanya menggunakan umpan yang sesuai anda boleh mendapat ikan yang seberat lebih daripada 3 kg.
Di kolam ini juga terdapat spesis burung yang mencari makan di tepi kolam. Itik dan angsa merupakan penghuni tetap di kolam ini. Anda boleh bergambar dengannya untuk buat kenangan. Kolam ini di bawah pengurusan KETENGAH.

Untuk mendapat gambaran yang lengkap, sila hubungi KETENGAH 09 822 3181 atau Pengkalan Gawi 09 666 8498.

Bawa keluarga anda untuk mengail sambil bersantai.

1 ulasan:

AZizi berkata...

As salam

Masih beroperasii ke tak lagi kolam ini