Sabtu, 19 Jun 2010

Dusun Buah-Buahan

Taman Pertanian Negeri, Sekayu adalah taman pelancongan bersepadu yang mempunyai hutan lipur, kolam mandi, taman buah-buahan, taman haiwan dan sebagainya. Dengan keluasan 280 ekar, taman ini mengandungi pelbagai dusun buah-buahan.
Di antara dusun buah-buahan yang ada ialah buah duku atau Lansium Domesticum. Buahnya manis dan berbuah di dahan pokok. Warnanya berwarna kuning dan harga pasaran antara RM1-RM2 satu kilogram.
Ciku atau Achras Sapota L tumbuh dengan ketinggian 10-30 meter dan berbuah sepanjang tahun tetapi tidak seragam. Mengambil masa 7 bulan untuk berbuah. Di antara variati ciku ialah jantung, betawi, subang & pasir.
Buah dokong dikatakan berasal dari Selatan Thailand mempunyai rasa enak dan manis. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 10 meter dan berbuah di dahan pokok. Harga pasaran antara RM1 - RM2 kg.
Jambu madu berbuah di dahan pokok dan mencapai ketinggian 10 meter. Buah ini Warna merah sedap ditengok menyebabkan kita terasa hendak makan. Harga pasaran antara RM1 - RM2 kg.

Jika anda ingin merasa buah-buah tersebut, sila hubungi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu 09 6222 444 untuk mengetahui musim berbuah.

Tiada ulasan: