Ahad, 11 Julai 2010

Taman Bandar Marang Yang Menawan

Taman Bandar Marang terletak di tepi sungai Kijing yang bersambung dengan sungai Marang. Untuk sampai di sini, anda kena belok ke kanan (dari arah Dungun) di lampu Isyarat Balai Polis Marang dan belok ke kiri jika anda dari Kuala Terengganu.
Taman ini dihias dengan cantik dengan pokok bunga, trek berjalan kaki dan alat permainan. Kawasan cukup bersih dan berasa nyaman apabila kita berehat di taman ini. Pokok rhu yang terdapat di sini menyebabkan kita terlindung dari terkena cahaya matahari.
Di tepi sungai dibina pondok untuk kita berehat. Dari atas pondok ini, kita akan dapat melihat air sungai jernih. Kejernihan air ini boleh melihat ikan-ikan yang sedang berenang . Jika anda membawa pancing boleh terus melempar ke dalam sungai.
Ini jambatan yang menghubungi kawasan pantai dengan taman ini. Jika anda ke pantai ini, anda boleh melihat orang sedang membuat bubu , orang sedang menjala ikan dan memancing.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

g ummrah sempat lg update blog...Tahniah2

wamora wasa berkata...

terima kasih ucapan tersebut. selagi ada internet,,selagi tu boleh update dimana jua.