Jumaat, 2 Julai 2010

Tasik Kenyir Kawasan Bebas Cukai

Pada tahun 2012, Tasik Kenyir akan menjadi kawasan bebas cukai. Kerajaan akan membina kompleks membeli belah untuk menjual barangan yang bebas cukai dan kompleks kastam. Selain daripada itu 300 buah chalet dan hotel yang bertaraf  3 bintang hingga 5 bintang akan dibina untuk menerima kemasukan pelancong.

Pengkalan Gawi adalah pintu masuk ke Tasik Kenyir. Dari sini anda boleh bermudik ke Taman Negara, Gua Bewah, Gua Taat, Air Terjun Lasir, Santuari Kelah, Pulau Herba dan sebagainya. Untuk sampai ke sini anda boleh menaiki teksi dari Kuala Terengganu atau di Pekan Kuala Berang. Anda juga boleh menaiki bas ekspres Tasik Kenyir dari Kuala Lumpur (03 4044 4276) ke Pengkalan Gawi (09 681 6276/09 631 0063). Tambang ialah RM44.10 dan waktu bertolak pada jam 9.00 pagi dan 8.00 malam.
Anda boleh memilih syarikat pengusaha pelancongan yang memberi perkhidmatan untuk membawa anda untuk menginap, memancing, bersiar dan lain-lain lagi aktiviti di Tasik Kenyir. Hanya membayar RM60 untuk sebuah, anda sekeluarga boleh bersiar-siar sekitar tasik untuk melihat panaroma dan keindahan Tasik Kenyir. Kecantikan yang terdapat di tasik ini memberi kepuasan yang berbaloi.
Lanskap di Pengkalan Gawi memang di jaga rapi dengan hiasan pokok renek. Tasik ini dimaju oleh KETENGAH dan menyediakan tempat berehat untuk pengunjung menekmati keindahan tasik.
Jika anda seorang kaki pancing jangan lepas peluang untuk mengail. Banyak spesis ikan air tawar yang menghuni di tasik buatan manusia. Di antara ikan yang terdapat di tasik ini ialah ikan lampan, patin, toman, kelah, kelisa dan lain-lain ikan yang bernilai tinggi.

Gerai makan di Pengkalan Gawi menawar masakan yang enak dan anda boleh meratah ikan air tawar sepuas-puasnya. Jangan bimbang harga adalah berpatutan dan sekali makan hanya RM5 sahaja.
Untuk mendapat keterangan lanjut sila hubungi Pusat Penerangan Pelancong, Pengkalan Gawi 609 626 7788/666 8498


INFO UNTUK KE SINI

Keterangan Lanjut
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- 09 623 4122/627 4153
Pusat Penerangan Pelancong
- 09 626 7788/ 666 8498

Lokasi
Tasik kenyir terletak di pengkalan Gawi Hulu  Terengganu . Untuk sampai ke sini, anda perlu menuju ke arah Pengkalan Gawi dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di  Kuala Berang dan mengambil teksi untuk datang kesini.

Jarak
70 km dari Kuala Terengganu

120 km dari Kota Bahru
160 km dari Kuantan
24 km dari Kuala Berang


Penginapan

Kenyir Sanctuary Resort
Pulau Poh, Tasik Kenyir,
D/A Box 24, Pej Pos Kuala Berang,
27100 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504

Lake Kenyir Resort and Spa
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
P.O. Box 32,
27100 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6668888
Faks: 09-6668343
Laman Web: http://www.lakekenyir.com
Emel: resort@lakekenyir.com

Lake Land Resort
Pulau Lata Terap,
Terengganu
Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939
Faks: 09-6633011
Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

Musang Kenyir Resort
895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6231888, 019-2782939
Faks: 09-6231888

Petang Island Resort
Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6221276, 013-2860681
Faks: 09-6221276
Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my
Emel: info@pirkenyir.com.my

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586
Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my
Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-6236684
Faks: 09-6316684
Jabatan PERHILITAN
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my
Uncle John Resort
Near Lasir Waterfall
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: patrvl@tm.net.my 

Agensi Pelancongan

First World Naturally Sdn. Bhd.
Lot G 276, Bangunan MDHT,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6811699

Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 010-9846012, 010-9841165, 09-6811641

Lake Land Resort Sdn. Bhd.
Sungai Terengganu, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 03-62732213

Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6816469, 010-9000034, 013-9092932

Y & Z Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot 9328, Tingkat Atas, Sungai Petai,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 016-9338613, 013-9868749


Pengangkutan

1. Bas Online



3. Teksi
Perhentian Kereta Sewa/Teksi Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6813049


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744


Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Tempat  untuk menerokai dan menghayati keindahan  khazanah alam semulajadi  dengan mengandungi 340 pulau dan seluas 210,000  hektar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x rugi ambil ms x sampai 45minit utk menyusuri tasek kenyir.... dpt melihat keindahn tasik buatan niee...