Ahad, 25 Julai 2010

Duyong Aridinata Di Pulau Lang Tengah

Cerita Duyong Aridinata, lakonan Fasha Shada dengan Zack Xfactor tengah popular di tayang pada setiap hari di TV3 & TV9 . Kisah percintaan antara ikan duyong dengan manusia telah dirakam pengambaran di Pulau Lang Tengah, Terengganu.
Pulau Lang Tengah terletak di antara Pulau Perhentian dengan Pulau Redang. Jarak dengan pantai ialah 20 km dan Pulau Redang (10 km) . Pulau ini terletak di dalam kawasan Taman Laut Negara yang kaya dengan batu karang dan kehidupan laut.
Pulau Lang Tengah adalah syurga kepada penyelam untuk melihat khazanah di dasar laut. Kaya dengan batu karang yang cantik dengan pelbagai bentuk dan ikan-ikan yang berwarna warni. Memang cantik keindahan kehidupan laut di sekitar Pulau ini.
Hamparan pasir yang memutih akan memukau apabila pertama kali anda menjejak di pantai ini. Anda terasa hendak berbaring di atas pasir yang halus. Dengan deretan pokok kelapa yang menghijau mencantikan lagi panorama Pulau Lang Tengah.
Warna laut yang biru lembut dan kejernihan air seperti kristal menambahkan lagi keinginan untuk berenang di laut. Memang seronok mandi di tepi pantai sambil mengutip kulit siput yang cantik. Jika anda bernasib. anda boleh melihat penyu mendarat ke pulau untuk bertelur.
Di pulau ini terdapat 5 buah resort yang menawar penginapan dengan pakej serendah RM180 iaitu Lang Sari Island Resort (03 2166 1380), D' Coconut (03 4296 5753), Redang Lang Island Resort (09 623 9911) dan Blue Coral Island Resort (maxcarry@tm.net.my).

Jika tengok Duyong Aridinata, jangan lupa pada Pulau Lang Tengah yang hebat dengan keindahan semula jadi.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menarik...klau ada peluag nk g je rsnyaaaa...ada weekend surcharge x ???

TTDI : TourismTerengganuDarulIman berkata...

Banyak tempat menarik yang anda telah lawati. dan penceritaan juga bagus. Tahniah..Lawati juga kami di http://tourismterengganudaruliman.blogspot.com/

wamora wasa berkata...

hari weekend memang ada sucharge.
TTDI : sy sentiasa melawat anda. anda seorang blooger yang bagus.

UMAIRAH berkata...

anda seorang yang bijak menghubungkan satu tempat yang menarik dgn cerita/filem atau event yang ada diiklankan dikaca tv.....
dengan ini dapat menaikkan lagi tempat-tempat pelancongan yang ada di Negeri Terengganu....
Tahniah blog anda memang hebat......

wamora wasa berkata...

umairah: saya cuba mempamirkan cerita semasa dengan tempat kejadian untuk pengetahuan orang ramai supaya dpt menarik mereka berkunjung ke pulau ini.

Halimsaleh berkata...

best best ..
Kalau perempuan == Duyong
Klau Jantan == DUGONG ha ha ha

wamora wasa berkata...

Halim

jika pondan apa?