Khamis, 15 Julai 2010

Mudik Ke Pulau Kapas

Pulau Kapas merupa sebuah pulau yang berdekatan dengan daratan. Jarak dengan Jeti di Marang ialah 7 km dan mengambil masa 30 minit untuk sampai. Keindahan Pulau Kapas bermula di muka kuala sungai Marang dengan suasana bot-bot nelayan baru pulang dari menangkap ikan.
Dalam perjalanan ke Pulau Kapas, anda akan melihat ketenangan air laut yang kebiruan. Kadang kala ternampak ikan sedang melompat-lompat. Di depan sana kita sudah ternampak Pulau Gemia yang lebih kecil dari Pulau Kapas.
Apabila kita hampir sampai dengan jeti Pulau Kapas, kita akan dapat melihat kejernihan air laut. Kita akan nampak ikan sedang berenang dalam air. Anda menjadi teruja dan tidak sabar-sabar untuk terjun.
Apa lagi setelah letak beg dan bersalin pakaian, anda boleh terus terjun ke laut. Mandi sepuas-puas hati. Menyelam sambil melihat ikan yang jinak. Batu karang yang cantik juga terdapat di sini.
Jika anda tidak berminat untuk bermalam, anda boleh menaiki bot dengan tambang RM60 satu orang (pergi dan balik). Untuk tempahan sila hubungi MGH Ferry Services 09 618 1976/019 997 3936

Tiada ulasan: